Tentu ada di antara kita yang sememangnya tahu dengan kebaikan vitamin E dalam dunia kecantikan wanita. Vitamin E adalah salah satu vitamin yang mampu merawat dan mengatasi masalah kulit.Kandungan zat di dalamnya bukan sahaja berfungsi di bahagian luar sahaja, malahan turut bekerja dari dalam badan.
Vitamin E Untuk Kulit Cantik Dan Sihat
Dari luar, khasiat vitamin E memainkan peranan bagi kesihatan kulit iaitu untuk melindungi kulit daripada kerosakan sinaran ultra violet (UV), mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mencegah penuaan semulajadi.
Di samping itu, ia juga berguna sebagai antioksidan semulajadi. Pengambilannya secara teratur (bekerja dari dalam badan) dapat meningkatkan daya ketahanan badan dan mengatasi stress.
Selain krim ataupun suplemen, khasiatnya juga boleh kita peroleh daripada makanan. Antaranya kuning telur, kacang almond, avokado,udang, labu, brokoli, minyak zaitun dan juga sayur bayam.
Baca Juga: Tip Awet Muda Sepanjang Masa
6 Kebaikan Vitamin E
Berikut beberapa kebaikan atau khasiatnya yang perlu diketahui:
-
Mencegah Penuaan Kulit
Ia mengandungi antioksidan yang mampu mencegah penuaan kulit. Vitamin ini berupaya mengurangkan garis-garis halus dan kedutan serta membantu menegangkan kembali kulit yang kendur.
-
Merawat kulit terbakar atau sunburn
Minyak yang berkhasiat ini mudah diserap oleh lapisan kulit epidermis. Radikal bebas daripada terkena sinaran cahaya matahari boleh merosakkan kulit.
Penggunaannya boleh digunakan untuk melegakan dan merawat kulit yang terbakar disebabkan sinaran cahaya matahari.
Carilah losyen pelindung cahaya matahari yang mengandungi vitamin E. Sapukan pada kulit sebelum kita keluar ke tempat-tempat yang terdedah pada cahaya matahari terutama ketika di pantai atau pada cuaca panas terik.
-
Membantu Melembabkan Kulit
Ia boleh dijadikan salah satu alternatif untuk dijadikan pelembab untuk kulit. Daripada memilih pelembab yang mengandungi banyak bahan-bahan kimia adalah lebih baik jika kita memilih produk pelembab yang mengandungi vitamin E.
-
Mengurangkan Period Pain
Ia dikatakan dapat meredakan period pain ketika menstruasi. Sebaiknya ambil suplemen vitamin E, satu atau dua kali setiap hari dua minggu sebelum datang period.
-
Mengurangkan tompok-tompok hitam pada kulit
Penuaan kulit jelas kelihatan dengan adanya tompok-tompok hitam pada kulit. Perkara ini disebabkan oleh radikal bebas dan gerak kerja hati yang kurang baik. Sapukan minyak yang mengandungi kebaikan tersebut pada tompok-tompok hitam untuk menghilangkannya.
Di samping itu, kulit muka yang kasar atau kusam akan menjadi lembut kembali. Caranya mudah sahaja, titiskan minyak tersebut pada kapas, kemudian sapukan pada kulit muka. Lakukan dua kali sehari bagi mendapatkan kulit wajah yang kembali bersih dan berseri.
Baca Juga: Penyebab Bibir Hitam
-
Mencegah Sakit Jantung Dan Strok
Ia juga berguna untuk melancarkan perjalanan darah dalam badan. Secara tak langsung khasiatnya dapat mencegah terjadinya plak pada dinding arteri. Pengumpulan atau penimbunan plak tersebut boleh menyebabkan penyakit jantung dan stroke.
Itulah antara kebaikannya untuk kulit yang sebaiknya kita ketahui. Sungguhpun begitu penggunaan vitamin E tidak boleh sembarang atau diambil secara berlebihan kerana ia boleh memberikan efek negatif pada tubuh.
8 thoughts on “Vitamin E Untuk Kulit Cantik”
Comments are closed.