Wajah Berminyak. Pada musim panas semacam nie, Mamanet yakin, tentu ramai yang mencari-cari cara mengatasi wajah berminyak.Keadaan cuaca terik yang melanda negara kita sekarang ni, bukan sahaja membuatkan ramai yang jatuh sakit. Malahan, wajah berminyak dan nampak berkilat juga banyak kelihatan.
Cubalah anda pandang wajah teman-teman yang berada di sekeliling anda, tentu ada di antara mereka yang berhadapan dengan masalah muka berminyak. Susah-susah sangat, cerminlah muka anda sendiri. Silap-silap minyak yang terpalit di wajah macam dah boleh buat minyak menggoreng ikan!
Ada sebahagian orang berpendapat bahawa wajah berkilat itu memberikan efek cerah dan segar. Tetapi, jika berlebihan ia akan membuatkan wajah anda nampak kusam.
Cara Mengatasi Wajah Berminyak
Ikuti beberapa cara mengatasi wajah berminyak yang Mamanet selalu praktik.Hasilnya, cubalah sendiri! Cuma, apa yang nyata, kini wajah Mamanet bebas daripada masalah wajah berminyak walaupun di bawah panas terik. Selamat mencuba, tip yang diberikan.
-
Bersihkan Wajah Secara Rutin
Membersihkan wajah secara rutin merupakan salah satu kunci untuk memiliki wajah yang bebas daripada berminyak.Pastikan anda memakai produk pembersih wajah yang sesuai dan mengandungi ‘asid salisilat’ yang dapat mengurangkan pengeluaran minyak di wajah.
Baca Juga:
Vitamin E untuk kulit cantik
-
Pakai ‘Primer’ Sebelum Mekap
Cara mengatasi wajah berminyak yang tidak disukai, anda disarankan memakai ‘primer’ sebelum bermekap. Ia akan mengurangkan pengeluaran minyak terutama pada wajah sehingga mekap anda boleh bertahan lebih lama.
-
Gunakan Pelembap
Disebabkan wajah berminyak, tidak bermakna anda tidak perlu memakai pelembap. Sebenarnya pemakaian pelembap akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih matte. Apatah lagi jika anda menggunakan pelembap yang mengandungi vitamin E, zinc ataupun pelembab berasaskan mineral.
- Pakai Dua Foundation
Pengeluaran minyak paling banyak pada kawasan T di wajah. Biasanya di bahagian wajah yang lainnya lebih kering. Jadi, penggunaan dua jenis foundation atau bedak asas dapat membantu menyeimbangkan minyak pada wajah.
-
Gunakan Kertas Penyerap Minyak
Penggunaan kertas penyerap minyak boleh menyerap kelebihan minyak pada wajah.Sebaiknya jangan gunakan kertas penyerap minyak ini setelah anda melihat terlalu banyak minyak pada wajah. Lebih baik jika anda terus mengunakannya setelah anda memakai foundation.
1 thought on “5 Cara Mengatasi Wajah Berminyak Dan Berkilat”