Cara nak tinggi. Jika anda tergolong dalam kategori wanita atau lelaki yang bertubuh rendah, sudah pasti anda ingin tahu cara nak tinggi. Kenapa orang lebih suka tinggi berbanding pendek ya?
Masalah Ketinggian
Sekiranya kita dilahirkan daripada keturunan atau baka yang tinggi, biasanya kita tidak akan berhadapan dengan masalah ketinggian. Sebenarnya ada banyak perkara yang mempengaruhi tinggi atau rendahnya badan seseorang, seperti faktor makanan yang dimakan dan variasi genetik.
Namun, harus diingatkan bahawa pendek itu bukanlah satu ‘sumpahan’ keturunan. Selain menerima qada’ dan qadar, anda masih boleh berusaha khususnya yang masih dalam usia belasan tahun. Jika kebetulan anda pendek, galakkan anak-anak anda agar melakukan aktiviti yang boleh membantunya ‘memanjangkan’ badan.
Baca Juga:
5 Penyebab Kuat Berpeluh Ketika Tidur
Mengatasi Wajah Berminyak Dan Nampak Berkilat
5 Cara Nak Tinggi
Sungguhpun begitu, bagi yang ‘renek-renek’, jangan stres ok! Anda boleh cuba 5 cara seperti berikut:
-
Berenang
Sewaktu kita berenang, tubuh akan melakukan suatu peregangan secara maksimum dan melakukan stretching secara menyeluruh. Keadaan ini membuatkan otot-otot yang ada di dalam tubuh kita menjadi lebih fleksibal serta memberikan efek positif untuk pertumbuhan tulang. Inilah yang akan menjadikan seseorang menjadi lebih tinggi.
-
Joging
Cara nak tinggi yang kedua ini cukup mudah. Berjoging atau berlari boleh membantu merangsang hormon dan juga otot kaki kita. Ransangan hormon ketika kita berlari dikatakan dapat membantu untuk pertumbuhan tulang.
-
Skipping
Wah! Cara nak tinggi dengan aktiviti bersenam seperti skipping atau lompat tali dikatakan cukup efektif. Skipping boleh membantu untuk melatih bahagian betis, paha, belakang dan bahagian bahu secara serentak. Senaman seperti skipping ini juga boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung. Cubalah buat senaman ini secara rutin sebanyak 70 kali lompatan.
-
Bola Keranjang
Permainan bola keranjang memerlukan kita banyak bergerak, berlari dan melompat. Secara tak langsung ia akan membuatkan badan anda menjadi lebih tinggi.
-
Bergayut
Tips terakhir yang boleh anda cuba adalah dengan teknik bergayut dengan menggunakan kekuatan kedua belah tangan, tanpa kaki menyentuh lantai.Kemudian bengkokkan lutut sehingga mencecah perut. Setelah itu, luruskan kembali. Lakukannya selama 15 minit pada setiap hari,