Skin Health Festival | Jualan akhir tahun kini lebih meriah kerana Cetaphil telah meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan kulit. Secara tak langsung, ia memberikan pengalaman bermakna buat mereka yang bakal menyertai Skin Health Festival LIVE. Temui secara langsung di laman Facebook Cetaphil Malaysia dan stor rasmi Shopee pada 10 November 2021, jam 8 malam.
Cetaphil Skin Health Festival
Menjelang tahun baharu yang bakal tiba, Cetaphil akan menganjurkan sambutan secara maya untuk memperingati usaha rakyat Malaysia menempuh tahun kedua berdepan pendemik. Acara secara maya ini akan dihoskan oleh duta Cetaphil Malaysia, Lisa Surihani dan Lizz Chloe. Turut sama diundang adalah pakar dermatologi klinikal jemputan dari Fakulti Perubatan Hospital UiTM, Dr Liyana Dhamirah Aminuddin. Sambutan ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh kumpulan penyanyi wanita Malaysia yang sedang meningkat naik, DOLLA sempena siaran langsung Skin Health Festival Cetaphil Malaysia.
Baca Juga: Vitamin E untuk kulit cantik
5 Tanda Kulit Sensitif
Pengurus Pemasaran Galderma Malaysia Sdn. Bhd, Jessica Chan berkata, “Kami perhatikan ramai orang sedang mengalami tekanan hidup dan norma baharu yang mula kita sedari. Objektif kami adalah untuk menyalurkan pengetahuan kepada orang ramai. Usaha ini dibuat bagi meningkatkan kesihatan kulit dan melindungi kulit daripada 5 Tanda Kulit Sensitif, iaitu Pelindung Kulit Lemah, Kekeringan, Iritasi, Kekasaran, dan Ketegangan.”
Cetaphil Malaysia turut memaklumkan bahawa mereka telah menjemput perunding dermatologi untuk sesi Q&A menerusi Ask A Derm IG Stories secara mingguan. Ianya diadakan di laman Instagram Cetaphil Malaysia pada setiap hari Jumaat sejak Oktober. Hal demikian telah dilaksana berdasarkan tinjuan Cetaphil Skin Health Survey 2021 yang dijalankan pada April 2021. Seramai hampir 7,000 rakyat Malaysia yang mengambil bahagian, kebanyakannya mengalami 5 Tanda Kulit Sensitif dan didapati:
- 62% merasa kepedihan selepas menggunakan alat solek atau produk penjagaan kulit, menandakan pelindung kulit lemah.
- 73% mengalami kekeringan. Peserta mendapati terdapat tompok-tompok kulit kering yang muncul pada muka, tangan, kaki dan bahagian badan yang lain.
- 68% memaklumkan kulit mereka mudah mengalami iritasi, kegatalan dan kemerahan.
- 86% sedar mereka mengalami masalah kulit tidak sekata dan kusam pada sesetengah bahagian muka dan tubuh, dan ini adalah petanda kekasaran pada kulit.
- Yang terakhir, 68% merasa kulit menjadi tegang selepas membersih.
- Lebih daripada 50% rakyat Malaysia pernah mengalami salah satu tanda kulit sensitif.
Baca Juga: Krim Muka Untuk Jeragat
IG Live Bersama Cetaphil Malaysia
Tambahan pula, para peminat pasti menyedari bahawa DOLLA telah mengambil alih laman rasmi Instagram Cetaphil untuk sesi IG LIVE bersama Dr Liyana. Kemunculan mengejut DOLLA, menjadikan sesi IG LIVE kali pertama Cetaphil Malaysia sebuah perkongsian yang menarik.
Selain itu, lebih daripada 20,000 sampel produk percuma telah diberikan melalui Facebook dan TikTok Cetaphil melalui trivia dan permainan mengenai 5 Tanda Kulit Sensitif. Para peminat penjagaan kulit pasti berasa lebih teruja.Cetaphil bersedia memberi promosi seperti diskaun hebat, baucar dan hadiah untuk sesi siaran langsung di masa akan datang.
Apa Itu ‘Clear Skies’ ?
Galderma dan Cetaphil sedar bahawa untuk memperoleh kulit yang cantik dan sihat bukanlah bergantung kepada produk semata-mata. Sebab itulah, syarikat ini dengan bangganya ingin mengumumkan Clear Skies, sebuah inisiatif impak sosial keberlanjutan dengan komitmen jangka masa panjang demi menuju persekitaran lebih sihat, dengan mengurangkan impak kepada alam sekitar serta menggunakan pembungkusan yang lebih baik.
Selama lebih sedekad, Cetaphil telah maju dalam usaha mengurangkan jejak alam sekitar. Ini menandakan arah tuju global syarikat dalam menerapkan sikap bertanggungjawab di dalam perniagaan. Di mana ianya dengan seiring matlamat untuk mencapai penggunaan 100% tenaga boleh diperbaharui di kilang miliknya menjelang 2022 dan mempunyai kemudahan pengeluaran karbon neutral.
Jessica Chan turut berkata, “Pencemaran udara dan air lagi perubahan cuaca faktor persekitaran yang mempengaruhi kulit semua orang. Sebagai peneraju dalam merawat kulit sensitif selama lebih 70 tahun, penting untuk kita peka terhadap keperluan alam sekitar. Ia bertujuan memastikan adanya perubahan positif agar pelanggan, pekerja dan masyarakat dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.”
Maklumat lanjut tentang Cetaphil Skin Health Festival LIVE layari completecarewithcetaphil.com dan layari https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia atau https://www.instagram.com/cetaphilmy/