Sudah tentu semua wanita di dunia ini nak nampak sihat dan cantik sekalipun sudah meniti usia senja.Mamanet pun sama, jadi bacalah tip agar awet muda ni kalau nak nampak muda selalu macam Mamanet!Ada banyak tip wajah awet muda dan terpulanglah kepada anda untuk memilihnya. Jika anda yakin dengan rahsia kecantikan Mamanet, praktik sahaja tip agar awet muda yang berkesan dan cukup senang untuk dipatuhi ini.
Tip Awet Muda Cara Mamanet
-
Minum Air Masak Secukupnya
Walau di manapun anda berada, air adalah sumber kehidupan yang sangat penting. Kekurangan air dalam tubuh boleh menyebabkan beberapa penyakit yang cukup serius.
Pengambilan air masak yang mencukupi bagus untuk kulit kerana ia dapat melembabkan kulit, menegangkan sehingga sel-sel kulit anda dapat bertukar ganti pada setiap masa. Akhirnya anda akan merasakan kulit anda anjal dan tetap awet muda.
-
Guna Kosmetik Yang Sihat Dan Halal
Pilih kosmetik yang sesuai dengan jenis kulit anda. Kosmetik yang bagus tidak semestinya mahal. Memadai jika anda memilih kosmetik yang selamat dan halal.
Kosmetik yang sihat perlu bebas daripada bahan kimia yang berlebihan. Jika tidak, proses awet muda anda akan gagal. Memakai kosmetik yang tidak selamat akan membuatkan kulit anda iritasi, berjerawat, berjeragat dan sebagainya. Inilah yang membuatkan kulit wajah anda menjadi tidak sihat dan mudah berkedut.
-
Bersihkan Muka Secara Rutin
Rajin membersihkan muka atau wajah setiap hari akan memberikan manfaat yang baik. Wajah anda akan kelihatan lebih bersih dan cerah. Jika tidak, minyak yang melekat dengan sel-sel kulit mati pada permukaan kulit akan menyumbat pori-pori dan menjadi jerawat.
Kulit wajah yang bersih boleh menyerap nutrisi secara maksimum. Selepas membersihkan wajah dengan pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda, bilas dan keringkan dengan tuala bersih. Kemudian pakai penyegar(toner), kemudian serum dan pelembab.
Baca Juga:
-
Lindungi Kulit Muka Dari Sinaran UV
Sinaran UV penting, tetapi cahaya matahari yang terpancar pada jam 10 pagi ke atas tidak elok untuk kulit muka. Kulit tetap terjaga di antara jam tersebut, kerana ia akan mempengaruhi proses regenarasi kulit baru.Jika terdedah dengan aktiviti panas, anda disarankan memakai sunscreen kerana ia akan membantu melindungi kulit anda daripada panasnya sinar matahari.
-
Masker Wajah
Tips agar awet muda yang terakhir adalah dengan memakai masker secara rutin. Banyak manfaat untuk proses awet muda jika anda memakai masker. Fungsi masker juga banyak, selain memutihkan wajah ia juga dapat membantu menghalang tumbuhnya jerawat.
Anda boleh manjakan kulit muka anda dengan masker semulajadi buatan sendiri. Campurkan putih telur dengan perahan lemon. Kacau sehingga berbuih, kemudian sapukan ke wajah yang sudah dibersihkan dengan rata.
Putih telur berfungsi menegangkan kulit dan mengecilkan pori-pori serta kandungan proteinnya berguna untuk melembabkan kulit serta mempercepatkan proses regenerasi. Manakala lemon kaya dengan vitamin C, berfungsi sebagai antioksida untuk melawan penuaan.
-
Rehat Yang Secukupnya
Tip awet muda yang seterusnya, jaga kualiti tidur anda, cuba dapatkan waktu tidur yang secukupnya iaitu 7 hingga 8 jam. Berilah waktu untuk tubuh anda memperbaiki sel dan beristirahat setelah seharian penat beraktiviti.
Jangan biarkan otak anda terlelap dalam keadaan stress. Sebaiknya matikan semua lampu dan sumber cahaya. Beristirahat dalam keadaan gelap akan membuatkan tubuh menghasilkan hormon melatonin yang baik bagi mempertahankan tubuh dan menjaga sel tubuh daripada kerosakkan.
1 thought on “Awet Muda Sepanjang Masa. Ini Rahsianya!”