ADA beberapa cara kuruskan badan tanpa bersenam yang boleh dimasukkan dalam program diet kita. Dengan mencuba strategi tersebut, insya-Allah kita boleh menjadi langsing dengan cara sihat dan tidak menderita kelaparan akibat ‘gila-gila’ berdiet!
Sungguhpun begitu, kunci kejayaan dalam menurunkan berat badan sebenarnya terletak pada kesungguhan diri masing-masing.
Berikut cara kuruskan badan yang boleh dipraktik demi mendapatkan tubuh yang langsing dan ramping:
- Jangan Tinggalkan Sarapan
Menghindari sarapan pagi dan memilih untuk melakukan aktiviti dengan perut kosong boleh menyebabkan obesiti.
Rasa lapar yang berlebihan selepas itu akan membuatkan kita mengambil makanan yang berlemak tinggi dengan banyak. Perkara ini akan menyebabkan lemak berkumpul di sekitar perut serta meningkatkan kadar kolesterol yang merupakan penyumbang utama kepada penyakit jantung.
Jadi, usahakan untuk bersarapan dengan makanan yang kaya dengan serat, protein dan mempunyai karbohidrat kompleks.
- Minum Air Masak Sebelum Makan
Cara kuruskan badan yang seterusnya adalah dengan memanfaatkan air masak.
Minum air masak sebelum makan adalah salah satu cara untuk mencegah rasa lapar. Air masak sangat membantu proses penurunan berat badan.
Dengan memperbanyakkan pengambilan air masak akan meningkatkan hidrasi sel-sel tubuh yang akan menunjuang proses metabolisme.
Minum air masak sebelum makan boleh dijadikan senjata berkesan untuk program diet. Jadi, minumlah segelas air masak sebelum makan kerana ia dapat membantu kita mengurangkan jumlah makan kerana perut sudah terasa kenyang terlebih dahulu.
- Khasiat Teh Hijau
Minum teh hijau secara teratur dapat membantu mempercepatkan metabolisme dan juga meningkatkan kemampuan tubuh dalam membakar lemak.
Teh hijau dikatakan mampu membakar paling kurang 70 kalori lebih dalam sehari. Selain itu, minum teh hijau panas sangat efektif membantu menurunkan berat badan.
- Minum Susu Rendah Lemak
Susu yang memiliki rendah kadar lemaknya ternyata boleh membantu kita menurunkan berat badan sekaligus menjaga massa otot.
Susu yang tinggi kalsium dan rendah lemak juga mampu meningkatkan pembakaran lemak dan metabolisme. Pengambilan susu yang mengandungi protein ini akan memberikan kita rasa kenyang yang lebih lama atau berpanjangan.
- Makan Dengan Perlahan-Lahan
Kunyahlah makanan yang dimakan beberapa kali sehingga lumat sebelum kita menelannya. Ia akan menyebabkan perut menjadi cepat kenyang dan keinginan untuk menambah makanan juga berkurangan.
Makan dengan terburu-buru akan menyebabkan perut kita menjadi lambat kenyang. Silap-silap kita jadi semakin berselera.
- Makan Lebih Banyak Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran
Pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran pada setiap hari akan membuatkan tubuh membakar lemak. Berat badan kita pun akan turun dengan perlahan-lahan.
- Katakan Tidak Pada Makanan Ringan
Makan ringan, makanan segera atau ‘junk food’ mempunyai kadar lemak yang sangat tinggi dan mengandungi bahan pengawet yang boleh membuatkan berat badan kita semakin bertambah-tambah.
Cubalah elakkan apa sahaja yang berkaitan dengan makanan ringan atau segera kerana ia tetap tidak baik untuk kesihatan.
Itulah beberapa cara kuruskan badan yang boleh anda implementasikan.