Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
mengatasi badan lesu

7 SOLUSI ATAU CARA MENGATASI BADAN LESU KETIKA BERPUASA

Posted on 05/29/201705/30/2017 by 123mamanet

KETIKA BERPUASA TENTU ADA DI ANTARA KITA YANG BERASA LESU DAN SEOLAH-OLAH TIDAK ADA ENERGI. 

Isi Kandungan hide
1 KETIKA BERPUASA TENTU ADA DI ANTARA KITA YANG BERASA LESU DAN SEOLAH-OLAH TIDAK ADA ENERGI.
1.1 Apakah penyebab badan terasa lesu di bulan puasa dan apakah solusi terbaik dan berkesan untuk mengatasinya?
1.2 Oleh kerana badan sering lesu ramai yang sedang berpuasa mengambil keputusan untuk tidur seharian atau malas melakukan sebarang aktiviti. Kononnya mahu menyimpan sisa-sisa tenaga.
1.3 Sedangkan, badan lesu ketika berpuasa boleh kita cegah atau cari cara mengatasinya. Sebenarnya kesegaran badan pada waktu siang ketika berpuasa sangat dipengaruhi oleh makanan dan minuman yang kita makan sewaktu berbuka puasa dan bersahur serta aktviti seharian kita.
1.4 Menyediakan makanan atau makan apa sahaja tanpa memikirkan jumlah atau ketepatan nutrisinya boleh menjadi penyebab badan kita menjadi lemah atau lesu serta kurang aktif dalam bulan puasa ini.
1.5 Bahkan sikap gemar bermalas-malasan akan membuatkan kita bertambah lesu kerana mood kita jadi negatif dan hilang semangat.
2 BERIKUT 7 CARA MENGATASI BADAN LESU ATAU LETIH KETIKA BERPUASA:
2.1 AMBIL BERAT TENTANG MAKANAN BERBUKA DAN BERSAHUR
2.2 Supaya berpuasa tanpa rasa lesu dan letih di siang hari, jangan lupa masukkan sayur dan buah-buahan dalam menu berbuka puasa dan juga sahur kita supaya keperluan vitamin dan mineral dapat dipenuhi.
2.3 Buah-buahan mengandungi serat tinggi seperti epal,pear dan anggur mengandungi serat yang tinggi. Makanan berserat tinggi akan lebih bertahan lama di usus.
2.4 Antara makanan yang perlu kita makan sepanjang berpuasa:
2.5 Sayur dan buah-buahan
2.6 Kentang atau roti
2.7 Daging/ikan/ayam
2.8 Susu dan produk susu serta makanan yang mengandungi lemak dan karbohidrat.Antara makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks ialah bijirin, barli, gandum dan nasi beras Basmati.
2.9 MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA, HINDARI KAFEIN
2.10 Badan yang kekurangan cairan boleh menimbulkan dehidrasi. Jadi, cara mengatasi badan lesu atau letih paling mudah ketika berpuasa, minumlah air masak secukupnya (8 gelas) ketika berbuka puasa sehingga bersahur.
2.11 Selain itu,kafein bersifat diuretic dan ketika kita menikmati kopi atau segala minuman berkafein ia boleh menjadikan badan kita kekurangan cairan dan menjadikan dehidasi.
2.12 Jika kita tidak mampu memenuhi keperluan cairan tersebut ketika berbuka puasa dan bersahur, sel kulit akan menjadi haus. Kulit muka kita akan jadi berkedut, tidak anjal dan kering.
2.13 REHAT DAN TIDUR YANG CUKUP
2.14 Bulan puasa sememangnya membuatkan waktu tidur kita jadi berubah. Sungghpun begitu, tidur berlebihan tidak bagus. Begitu juga kalau kita kekurangan tidur dan waktu beristirahat.
2.15 Selepas menunaikan solat tarawih, sebaiknya kita tidur dan dapat bangun sahur dengan rasa segar. Usah tidur semula sebaik sahaja selesai sahur. Hal ini akan menyebabkan badan tambah lesu.
2.16 Sebaiknya tidurlah selepas jam 11 pagi jika anda bercuti atau bekerja dari rumah. Bangun dan mandi sebelum menunaikan waktu zuhur. Cara ini akan membuatkan anda lebih segar sepanjang hari.
2.17 Lagipun tubuh yang kurang tidur dan tidak cukup rehat, biasanya akan membuatkan mata menjadi cengkung atau muncul lebam atau lingkaran hitam di mata.
2.18 MAKAN TERLALU BANYAK KETIKA BERSAHUR
2.19 Tubuh kita lebih sukar untuk bertahan tanpa air jika dibandingkan dengan makanan. Jika kita makan terlalu banyak ketika bersahur, justeru boleh membuatkan perut kekenyangan dan badan kita menjadi bertambah lesu.
2.20 Selain itu, kita kena kawal pengambilan makanan masin ketika bersahur. Pengambilan makanan yang tinggi garam akan membuatkan badan kita cepat lapar dan dehidrasi.
2.21 KENA BUAT SENAMAN RINGAN
2.22 Cara mengatasi badan lesu yang tidak kurang penting kita lakukan adalah melakukan senaman ringan. Bersenam dapat membuatkan badan kita tetap segar sepanjang hari, sehingga badan kita tidak mudah lesu dan letih.
2.23 Waktu yang tepat untuk bersenam di bulan puasa ini adalah pada sebelah petang, kira-kira sejam atau 30 minit sebelum berbuka puasa.
2.24 Inilah saat terbaik untuk kita membakar kalori, lakukan senaman ringan sekitar 15-20 minit sahaja. Walapun kita perlu berjimat tenaga pada waktu pagi atau siang, tetapi janganlah digunakan untuk bermalas-malasan sahaja.
2.25 MENGEMAS RUMAH
2.26 Selain senaman, anda boleh melakukan kerja-kerja mengemas rumah secara intensif. Tutup kipas dan penghawa dingin.
2.27 Mencuci, mengelap, vakum, menyusun perabot dan mengemas barangan rumah serta memasak adalah antara senaman ringan yang boleh membuatkan anda berpeluh.
2.28 BERKEBUN DAN MENGEMAS HALAMAN RUMAH
2.29 Di samping itu, anda juga boleh mengambil kesempatan waktu yang banyak terluang pada bulan puasa dengan berkebun dan mengemas halaman rumah.
2.30 Mungkin anda ingin mengubah sedikit lanskap rumah anda sempena Hari Raya yang bakal menjelma. Jadi, inilah masa untuk merajinkan diri sambil mengeluarkan peluh.
2.31 Itulah beberapa cara mengatasi badan lesu atau letih ketika berpuasa. Semoga artikel ini bermanfaat.
2.32 Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
2.33 Anda Mungkin Ingin Tahu Punca Lain Letih Dan Lesu Pada Waktu Pagi
2.34 [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]
Apakah penyebab badan terasa lesu di bulan puasa dan apakah solusi terbaik dan berkesan untuk mengatasinya?
Oleh kerana badan sering lesu ramai yang sedang berpuasa mengambil keputusan untuk tidur seharian atau malas melakukan sebarang aktiviti. Kononnya mahu menyimpan sisa-sisa tenaga.
Sedangkan, badan lesu ketika berpuasa boleh kita cegah atau cari cara mengatasinya. Sebenarnya kesegaran badan pada waktu siang ketika berpuasa sangat dipengaruhi oleh makanan dan minuman yang kita makan sewaktu berbuka puasa dan bersahur serta aktviti seharian kita.
Menyediakan makanan atau makan apa sahaja tanpa memikirkan jumlah atau ketepatan nutrisinya boleh menjadi penyebab badan kita menjadi lemah atau lesu serta kurang aktif dalam bulan puasa ini.
Bahkan sikap gemar bermalas-malasan akan membuatkan kita bertambah lesu kerana mood kita jadi negatif dan hilang semangat.
mengatasi badan lesu

BERIKUT 7 CARA MENGATASI BADAN LESU ATAU LETIH KETIKA BERPUASA:

  1. AMBIL BERAT TENTANG MAKANAN BERBUKA DAN BERSAHUR
Supaya berpuasa tanpa rasa lesu dan letih di siang hari, jangan lupa masukkan sayur dan buah-buahan dalam menu berbuka puasa dan juga sahur kita supaya keperluan vitamin dan mineral dapat dipenuhi.
Buah-buahan mengandungi serat tinggi seperti epal,pear dan anggur mengandungi serat yang tinggi. Makanan berserat tinggi akan lebih bertahan lama di usus.
Antara makanan yang perlu kita makan sepanjang berpuasa:
  • Sayur dan buah-buahan
  • Kentang atau roti
  • Daging/ikan/ayam
  • Susu dan produk susu serta makanan yang mengandungi lemak dan karbohidrat.Antara makanan yang mengandungi karbohidrat kompleks ialah bijirin, barli, gandum dan nasi beras Basmati.
mengatasi badan lesu
  1. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA, HINDARI KAFEIN
Badan yang kekurangan cairan boleh menimbulkan dehidrasi. Jadi, cara  mengatasi badan lesu atau letih paling mudah ketika berpuasa, minumlah air masak secukupnya (8 gelas) ketika berbuka puasa sehingga bersahur.
Selain itu,kafein bersifat diuretic dan ketika kita menikmati kopi atau segala minuman berkafein ia boleh menjadikan badan kita kekurangan cairan dan menjadikan dehidasi.
Jika kita tidak mampu memenuhi keperluan cairan tersebut ketika berbuka puasa dan bersahur, sel kulit akan menjadi haus. Kulit muka kita akan jadi berkedut, tidak anjal dan kering.
mengatasi badan lesu
  1. REHAT DAN TIDUR YANG CUKUP
Bulan puasa sememangnya membuatkan waktu tidur kita jadi berubah. Sungghpun begitu, tidur berlebihan tidak bagus. Begitu juga kalau kita kekurangan tidur dan waktu beristirahat.
Selepas menunaikan solat tarawih, sebaiknya kita tidur dan dapat bangun sahur dengan rasa segar. Usah tidur semula sebaik sahaja selesai sahur. Hal ini akan menyebabkan badan tambah lesu.
Sebaiknya tidurlah selepas jam 11 pagi jika anda bercuti atau bekerja dari rumah. Bangun dan mandi sebelum menunaikan waktu zuhur. Cara ini akan membuatkan anda lebih segar sepanjang hari.
Lagipun tubuh yang kurang tidur dan tidak cukup rehat, biasanya akan membuatkan mata menjadi cengkung atau muncul lebam atau lingkaran hitam di mata.
mengatasi badan lesu
  1. MAKAN TERLALU BANYAK KETIKA BERSAHUR
Tubuh kita lebih sukar untuk bertahan tanpa air jika dibandingkan dengan makanan. Jika kita makan terlalu banyak ketika bersahur, justeru boleh membuatkan perut kekenyangan dan badan kita menjadi bertambah lesu.
Selain itu, kita kena kawal pengambilan makanan masin ketika bersahur. Pengambilan makanan yang tinggi garam akan membuatkan badan kita cepat lapar dan dehidrasi.
mengatasi badan lesu
  1. KENA BUAT SENAMAN RINGAN
Cara mengatasi badan lesu yang tidak kurang penting kita lakukan adalah melakukan senaman ringan. Bersenam dapat membuatkan badan kita tetap segar sepanjang hari, sehingga badan kita tidak mudah lesu dan letih.
Waktu yang tepat untuk bersenam di bulan puasa ini adalah pada sebelah petang, kira-kira sejam atau 30 minit sebelum berbuka puasa.
Inilah saat terbaik untuk kita membakar kalori, lakukan senaman ringan  sekitar 15-20 minit sahaja. Walapun kita perlu berjimat tenaga pada waktu pagi atau siang, tetapi janganlah digunakan untuk bermalas-malasan sahaja.
mengatasi badan lesu
  1. MENGEMAS RUMAH
Selain senaman, anda boleh melakukan kerja-kerja mengemas rumah secara intensif. Tutup kipas dan penghawa dingin.
Mencuci, mengelap, vakum, menyusun perabot dan mengemas barangan rumah serta memasak adalah antara senaman ringan yang boleh membuatkan anda berpeluh.
mengatasi badan lesu
  1. BERKEBUN DAN MENGEMAS HALAMAN RUMAH
Di samping itu, anda juga boleh mengambil kesempatan waktu yang banyak terluang pada bulan puasa dengan berkebun dan mengemas halaman rumah.
Mungkin anda ingin mengubah sedikit lanskap rumah anda sempena Hari Raya yang bakal menjelma. Jadi, inilah masa untuk merajinkan diri sambil mengeluarkan peluh.
mengatasi badan lesu
Itulah beberapa cara mengatasi badan lesu atau letih ketika berpuasa. Semoga artikel ini bermanfaat.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
  • Anda Mungkin Ingin Tahu Punca Lain Letih Dan Lesu Pada Waktu Pagi
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025

Recent Posts

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme