Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
cara pakai maskara

7 Cara Pakai Maskara Dengan Mudah & Tak Comot

Posted on 08/09/201608/09/2016 by 123mamanet
cara pakai maskara
Kredit: beststylo

MASKARA merupakan satu produk mekap yang boleh menonjolkan penampilan mata kita. Jadi, sebab itulah ramai wanita yang memberikan sentuhan yang lebih pada keindahan matanya. Percayalah, anda boleh tampil menawan jika tahu cara pakai maskara yang tepat tanpa sebarang cacat cela.

Isi Kandungan hide
1 Berikut 7 cara pakai maskara dengan mudah dan tidak comot:

 

Penggunaan maskara dapat membantu membuatkan bulu mata kita menjadi lebih lentik dan cantik sehingga membuatkan mata kita kelihatan  lebih menawan.

 

Bagi anda yang tidak biasa atau kurang mahir memakai maskara, perlu lebih gigih berlatih untuk mencubanya bagi mendapatkan hasil yang sempurna.

Berikut 7 cara pakai maskara dengan mudah dan tidak comot:

 

  1. Pilih Maskara

    cara pakai maskara
    Kredit: bellalash

Sebelum membeli maskara, pastikan anda telah mengenali bentuk berus maskara, jenis serta efek yang anda mahukan. Memanjangkan, menebalkan, waterproof atau yang tidak bergumpal.

 

Penggunaan berus atau sikat maskara yang tepat ketika memakai maskara akan mempengaruhi hasil solekan mata anda. Maskara  yang bentuk berusnya lurus digunakan untuk menambah volume dan memanjangkan bulu mata. Manakala bentuk berus yang melengkung pula akan membuatkan bulu mata kelihatan lebih lentik ketika menggunakan maskara.

 

 

  1. Gunakan Maskara Sesuai Bentuk Mata

Untuk mendapatkan hasil solekan yang natural, cara pakai masara yang tepat adalah dengan mengaplikasikan pada bulu mata bahagian atas.

 

Kurangkan atau hindari pemakaian maskara pada bahagian bawah. Tetapi, jika bentuk mata anda termasuk dalam kategori jenis kecil, anda disarankan memakai maskara pada bahagian bawah mata, namun jangan setebal bahagian atas ya!

 

 

  1. Maskara Cair Atau Waterproof
    Pilih tekstur maskara yang agak cair, terutama bagi anda yang memiliki jenis bulu mata pendek. Tujuannya supaya lebih muda diratakan ketika proses pemakaian maskara.

 

Bagi anda yang jenis aktif dan cepat berpeluh, pilih maskara jenis waterproof untuk menyelamatkan keadaan supaya bahagian sekeliling mata anda tidak menjadi comot dan menghitam. Peluh dan kelembapan boleh menyebabkan maskara menjadi luntur.

 

 

  1. Aplikasikan Foundation

Sebelum memakai maskara, pastikan anda telah memakai foundation dan pelembab. Sekiranya ia jatuh atau terkena bahagian bawah mata, dan sedikit comot anda masih boleh membersihkannya dengan mudah. Ini dalah kerana adanya pelembab atau foundation yang membuatnya tidak meresap di kulit muka.

 

 

  1. Tahan, Jangan Berkedip

Cara pakai maskara supaya tidak comot yang perlu anda praktik, cuba tahan mata selama 5 saat tidak berkedip setelah anda memakai maskara. Tujuannya adalah supaya maskara yang dipakai kering sehingga kesan hitam atau comot-comot di sekeliling mata tidak terjadi.

 

 

  1. Pakai Penyepit Bulu Mata

    cara pakai maskara
    Kredit: sincerelyskin

Bulu mata yang disepit dapat membuatkan efek mata kelihatan lebih menyerlah dan lebar. Panaskan seketika penyepit tersebut dengan hair dryer selama 5 saat sebelum menyepit bulu mata.

 

Kepitlah bulu mata setelah maskara kering bagi mengelakkan sisa-sisa maskara melekat dan bergumpal pada penyepit.

 

 

  1. Jaga Kebersihan Berus

    cara pakai maskara
    Kredit: birchbox

Cara pakai maskara yang perlu anda titikberatkan bagi mendapatkan hasil yang bagus, pastikan anda selalu menjaga kebersihan berus maskara. Cuci bahagian yang bergumpal. Paling kurang, bersihkannya seminggu sekali dan elakkan memakai maskara yang sama lebih dari empat bulan.

 

[btn text=”LIKE FACEBOOK KAMI” tcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme