Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
buah untuk diet sihat

7 Jenis Buah Untuk Diet Sihat Yang Berkesan

Posted on 12/15/201612/15/2016 by 123mamanet
buah untuk diet sihat
foto-playbuzz

Buah untuk diet sihat boleh dijadikan kudapan ketika perut kosong dan terasa lapar. Selain menyihatkan, ia juga dapat membantu anda menurunkan berat badan. Diet dengan buah adalah diet sihat secara semulajadi. 

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa jenis buah untuk diet sihat:

 

Jika dibandingkan dengan ubat atau pil-pil kurus, khasiat buah-buahan jauh lebih sihat dan pratikal untuk membantu menurunkan berat badan. Pengambilan buah untuk diet sihat yang tidak menimbulkan efek sampingan seperti yang ditimbulkan ubat atau pil kurus.

 

Selain membantu menurunkan berat badan, pengambilan buah untuk diet sihat juga dapat memberikan rasa kenyang. Ini adalah kerana  khasiat buah-buahan itu sendiri  kaya dengan vitamin,air dan serat yang sangat diperlukan oleh tubuh.

 

Biarpun buah-buhan mengandungi banyak vitamin dan mineral lain yang bagus untuk kesihatan badan, tetapi tidak semua buah bagus untuk diet.

 

[btn text=”Ketahui cara buat salad buah. KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/cara-buat-salad-buah/” target=”_blank”]

 

Berikut beberapa jenis buah untuk diet sihat:

 

  1. buah untuk diet sihat
    foto-newhealthadvisor

    Pir

Kandungan air yang ada pada buah pir mampu mendetoksifikasi tubuh sehingga dapat mengeluarkan racun dalam tubuh.

Selain itu, buah pear juga berupaya membersihkan usus besar dan pengambilan buah pear pada setiap pagi dapat menambah energi serta menghapuskan lemak di perut dengan cepat. Sebaiknya anda tidak mengupas kulit buah pear kerana disitulah terkandung kandungan serat yang paling tinggi.

 

 

  1. buah untuk diet sihat
    foto-authoritynutrition

    Anggur

Kandungan antioksidan yang ada pada buah anggur dapat membantu mencegah pembentukan lemak dalam perut. Memang sesuai dimakan untuk mereka yang sedang berdiet.

 

 

 

 

  1. buah untuk diet sihat
    foto-authoritynutrition

    Kiwi

Buah kiwi mempunyai rasa yang cukup unik. Di sebalik rasa sensasinya yang manis dan masam, buah ini mengandungi banyak vitamin C.

 

Di samping itu, kandungan seratnya yang tinggi juga dapat mengurangkan nafsu makan serta baik untuk penghadaman. Buah rendah lemak ini  juga mengandungi kalium yang mampu menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh.

 

 

  1. buah untuk diet sihat
    foto-hogarmania

    Nanas

Nanas merupakan salah satu buah yang bebas kolesterol dan lemak. Di samping itu juga nanas kaya dengan antioksidan, vitamin dan serat serta nutrisi penting lainnya.

 

Nanas adalah buah untuk diet yang bagus kerana mengandungi 85% air, sehingga membuatkan perut kenyang dalam waktu yang lama.Kandungan kalori dalam nanas pun relatif rendah. Jadi, pastikan nanas tersenarai dalam buah untuk diet sihat yang menjadi pilihan anda.

 

  1. buah untuk diet sihat
    foto-arabfeed

    Delima

Buah delima atau pomegranate ini mempunyai kandungan antioksidan yang cukup tinggi. Cukup efektif untuk membantu mengeluarkan zat-zat negative dan racun dari dalam tubuh.

 

Pengambilan buah untuk diet sihat ini secara teratur juga dapat membantu anda mengawal nafsu makan.Kandungan polyphenols  yang ada di dalam buah delima ini penting untuk melancarkan metabolisme tubuh. Bahkan kolesterol di dalam badan juga akan berkurangan.

 

 

 

  1. buah untuk diet sihat
    foto-thespiritscience

    Lemon

Buah lemon mengandungi vitamin C yang tinggi dan boleh dimanfaatkan sebagai minuman yang baik untuk diet.

 

Anda hanya perlu campurkan beberapa sudu air perahan lemon ke dalam segelas air panas dan minumlah secara teratur. Segelas lemon di pagi hari akan membantu anda mengurangkan kandungan lemak yang ada di dalam badan.

 

 

  1. buah untuk diet sihat
    foto-thebeautyinsiders

    Strawberi

Menikmati buah strawberi sebagai pengganti kudapan antara makan pagi dan makan tengahari sangat efektif untuk membakar lemak.

 

Vitamin C dalam buah strawberi dapat memecahkan lemak keluar dari dalam badan serta memberikan manfaat bagi kesihatan kulit.

 

 

Sekiranya anda sedang berusaha mengamalkan diet sihat, selain bersenam secara teratur, pilihlah buah untuk diet sihat seperti yang telah dinyatakan di atas.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme