Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
khasiat timun

7 KHASIAT TIMUN UNTUK SIHAT DAN CANTIK YANG KITA TIDAK PERNAH TAHU!

Posted on 03/18/201703/23/2017 by 123mamanet

Khasiat timun memang luar biasa. Mungkin ramai yang masih belum tahu kebaikan makan timun untuk kesihatan dan juga kecantikan kulit kita ini cukup banyak!

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA KHASIAT TIMUN YANG PERLU DIKETAHUI:

Timun juga merupakan salah satu dari jenis sayur yang menjadi menu wajib dalam program diet beberapa selebriti popular antarabangsa.

Jennifer Lopez, Gwyneth Paltrow dan Jennifer Aniston dikatakan menjadikan khasiat timun yang luar biasa ini untuk melangsingkan badan dan menjaga kecantikan kulit mereka.

Di samping itu, timun juga merupakan sayur lengkap dengan kandungan nutrisi yang melimpah ruah.khasiat timun

BERIKUT BEBERAPA KHASIAT TIMUN YANG PERLU DIKETAHUI:

  1. MENGURANGKAN MASALAH SELULIT

Selulit biasanya muncul selepas kita bersalin atau melahirkan anak.Tidak terkecuali apabila kita kehilangan berat badan secara drastik. Selulit akan muncul di beberapa bahagian badan, seperti lemak, paha, lengan dan pinggang.

Biarpun masalah selulit ini sukar untuk dipulihkan, tetapi tidak bermakna tiada jalan penyelesaiannya. Timun dikatakan sangat efektif untuk mengurangkan selulit.

Ada dua cara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi masalah ini, pertama dengan  menggunakan timun sebagai masker. Kedua, dibuat ulam.khasiat timun

  1. MENURUNKAN BERAT BADAN

Kalori dalam timun sangat rendah, namun ia mengandungi serat yang tinggi, kalsium, magnesium, vitamin, zink dan air yang sangat tinggi.

Inilah yang membuatkan timun tergolong dalam makanan yang cukup bagus dimakan untuk menurunkan berat badan.

Perut akan berasa kenyang dengan lebih lama dan inilah salah satu alasan, mengapa makanan kaya serat dapat membantu kita mengawal berat badan.

Jennifer Aniston dikatakan menjadikan timun sebagai kudapan harian. Paling tidak, dia telah menghabiskan 3 biji timun pada setiap hari.

khasiat timun

  1. MENYIHATKAN KULIT

Kandungan caffeic acid dan ascorbic acid di dalam timun cukup berguna untuk mencegah pengumpulan cairan di dalam kulit.

Perkara inilah yang membuatkan timun cukup efektif bagi mengatasi pembengkakan  atau lebam di kawasan bawah mata dan sekaligus mampu mengurangkan peradangan pada kulit.

Bagi mendapatkan khasiat timun yang luar biasa untuk kecantikan kulit muka kita boleh mengggunakan sayur ini untuk ditekap di mata atau menjadikannya sebagai masker muka.

Di samping itu, biji timun juga mengandungi vitamin E dan potassium yang bermanfaat untuk kesihatan kulit. Antaranya, menegangkan kulit muka, mengurangkan bintik-bintik hitam pada muka serta mengurangkan kedutan atau garis-garis halus di muka.khasiat timun

  1. MEREDAKAN STRES

Salah satu khasiat timun yang cukup menarik, ia mempunyai efek yang cukup menenangkan.

Efek menenangkan yang dihasilkan dari timun melalui baunya boleh membuatkan otot-otot kita menjadi lebih relaks.

Bagi mendapatkan khasiatnya, ambil sebiji timun segar, bersihkan dan hiriskan. Setelah itu, masukan hirisan tersebut ke dalam air panas. Sudut baunya dan rasakan kesegarannya!

khasiat timun

  1. MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI

Jika kita mengalami tekanan darah tinggi, cubalah minum jus timun atau jadikan timun sebagai ulam.

Kandungan kalium, mangnesium dan serat semulajadi yang terdapat pada timun berkhasiat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.khasiat timun

  1. MENCEGAH KANSER

Timun mengandungi lariciresol, pinoresol dan seccoisolariciresinol. Ketiga-tiga kandungan tersebut memainkan peranan yang cukup besar untuk memperlambatkan pertumbuhan sel kanser, seperti kanser payudara, kanser rahim, kanser prostat dan kanser usus.

khasiat timun

  1. MENGATASI BAU MULUT

Timun juga mempunyai manfaat dalam mengatasi masalah bau mulut. Ambil satu hirisan timun dan tekan  ke langit-langit mulut dengan lidah selama 30 saat. Kandungan phytochemicials dalam timun akan membunuh bakteria yang ada di dalam mulut yang bertanggung jawab menyebabkan bau mulut.

khasiat timun

Semoga artikel khasiat timun di atas bermanfaat dan menambah pengetahuan kita semua.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme