Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
makanan untuk orang demam

7 Makanan Untuk Orang Demam

Posted on 09/20/201609/20/2016 by 123mamanet
makanan untuk orang demam
kredit foto: honeyandbeauty

Batuk, demam dan selesema selesema adalah penyakit yang sering menyerang kita, terutama dengan keadaan cuaca yang tidak menentu. Selain makan ubat, terdapat beberapa jenis makanan untuk orang demam yang sebaiknya dinikmati ketika sakit.

 

 

Tambahan pula, bila badan kita tidak sihat,bukan sahaja rasa kepala, badan terasa lemah, tekak akan juga akan terasa sakit dan pahit sehingga nak makan pun tak lalu!

 

Berikut beberapa jeis makanan sihat yang boleh kita makan ketika demam. Selain mengurangkan rasa loya, makanan untuk orang demam ini mampu membantu meredakan kesakitan yang dialami.

 

  1. Sup Ayam
makanan untuk orang demam
kredit foto: cookinglight

Sup ayam merupakan penawar semulajadi yang mempunyai kemampuan untuk menyembuhkan batuk, sakit tekak, demam dan juga selesema.

 

Sup ayam panas membantu melancarkan saluran pernafasan yang tersebut serta kuahnya memberikan kita lebih banyak energi.
Selain itu, asid amino yang disebut ‘cistine’ yang terdapat di dalam daging ayam mampu membantu mencairkan lendir yang ada di hidung sehingga memudahkannya untuk keluar. Pastikan sup ayam yang dinikmati mewah dengan sayur-sayuran

 

 

  1. Air Garam

Garam pink atau garam bukit sangat bagus untuk mencegah batuk selesema. Efek dehidrasi daripada garam dapat mengeluarkan cairan berlebihan yang membuatkan tekak bengkak sekaligus mematikan kuman.

 

Ketika merasakan tekak pahit dan berkahak, buatlah larutan air garam suam, dan kumurlah tiga kali sehari.

 

 

  1. Halia

Halia dapat membantu mengubati batuk dan demam serta selesema. Parut atau haluskan halia, kemudian masukkan ke dalam air panas.Tambahkan sedikit gula merah.

 

Halia menjadi salah satu makanan untuk orang demam yang bagus kerana ia dapat mengurangkan rasa mula, loya dan membuatkan sistem penghadaman menjadi lebih lancar serta membantu mempercepatkan proses penyembuhan.

 

 

  1. Bawang Putih
makanan untuk orang demam
kredit foto: steptohealth

Bawang putih termasuk dalam kategori maknan untuk orang demam yang sangat efektif. Ia mengandungi antioksidan dan kaya dengan selenium  yang berguna bagi sistem ketahanan tubuh untuk melawan pelbagai bakteria dan virus.

 

Cara mengolahnya sangat mudah, kupas dan potong beberapa ulas bawang putih. Biarkan selama 15-20 minit sebelum dimasak bagi mengaktifkan enzim yang berfungsi meningkatkan daya ketahanan tubuh.

 

 

  1. Bayam

makanan untuk orang demam

Sayur bayam kaya dengan zat yang boleh mengubati selesema kerana ia mengandungi asid folat yang membantu tubuh untuk mengeluarkan sel-sel baru serta memperbaiki DNA.

 

Selain itu, makanan untuk orang demam seperti sayur bayam ini juga mengandungi serat, antioksidan, vitamin C dan lain-lain lagi.

 

 

  1. Bubur
makanan untuk orang demam
kredit foto: hangingwithhang

Makanan untuk orang demam yang terbaik, tak lain tak bukan adalah bubur. Tekstur bubur yang lembut, membuatkannya sangat mudah diserap.

 

Proses penghadaman juga akan berjalan lancar, membuatkan tubuh jadi lebih berenergi sehingga proses penyembuhan dapat berjalan dengan lebih cepat. Jangan lupa, letakkan bawang putih dalam bubur tersebut.

 

 

  1. Pisang
makanan untuk orang demam
kredit foto: pnhimg

Pisang juga merupakan makanan untuk orang demam yang tidak wajar diketepikan. Selain rasanya yang manis, buah ini juga mampu membuatkan penghadaman kita menjadi lebih stabil serta mudah dihadamkan oleh tubuh.

 

Bukan itu sahaja, buah pisang juga membantu menurunkan suhu badan dan menggantikan elektrolit dalam badan yang hilang disebabkan muntah-muntah.

 

Itulah antara makanan untuk orang demam yang boleh kita makan agar proses penyembuhan dapat berjalan dengan cepat. Selamat mencuba!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme