Membeli kasut sebaiknya tidak sembarangan. Nampak cantik, warna menarik dan harganya pun ok, terus sambar. Tunggu! Bukan macam tu, ketahui dulu tips membeli kasut yang betul supaya tidak menyesal nanti jika kasut yang dibeli tidak sempurna dan selesa dipakai di kaki.
Memakai kasut yang tidak selesa boleh menyeksakan kaki dan mempengaruhi cara kita berjalan. Jadi, sebab itulah kita perlu membeli kasut yang elok, tepat, selesa dan berkualiti.
Ketahui juga tip memilih kasut bayi baru berjalan. [btn text=”KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/8-tip-memilih-kasut-baby/” target=”_blank”]
Berikut 6 tips membeli kasut yang perlu dipertimbangkan supaya ia selesa dipakai.
- Tujuan Membeli
Sebelum membeli kasut, tentukan terlebih dahulu tujuan anda membelinya. Apakah kasut tersebut dibeli untuk dipakai bersiar-siar, tempat kerja, berjoging ataupun sekadar suka-suka sahaja bagi menambah koleksi kasut anda.
- Rekaan Kasut
Setelah mengenalpasti tujuan anda membeli kasut, mulakan memilih rekaan yang anda sukai.
Pilih sahaja yang mana satu berkenan di hati, mengikut selera anda. Lebih-lebih lagi ada pelbagai jenis kasut yang dijual di pasaran. Ada jenis flats sampailah ke kasut tumit tinggi.
Jadi, pilihkan kasut yang sesuai dengan keperluan serta kegunaan anda. Jangan sesekali memilih jenis kasut hanya kerana trend sedangkan ia tidak sesuai dengan keperluaan anda.
Di samping itu, jangan untuk memastikan adakah rekaan tersebut sesuai dan selesa dengan bentuk kaki anda. Utamakan keselesaan, apatah lagi jika anda termasuk dalam kategori yang kuat berjalan!
- Bentuk Kaki
Jarang di antara kita yang begitu menitikberatkan soal bentuk kaki apabila membeli kasut. Padahal, bahagian ini juga sangat penting kerana ia akan menentukan keselesaan kasut yang kita pakai itu.
Bentuk kaki setiap orang berbeza-beza. Cubalah tengok bentuk kaki anda. Adakah ia berbentuk bulat, runcing ataupun empat segi .Sebaiknya pilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki supaya selesa memakainya. Jika bentuk kaki anda empat segi, hindari membeli kasut dengan hujung yang meruncing kerana ia akan menyebabkan jari-jari kaki anda melecet.
- Material Kasut
Tips membeli kasut yang seterusnya, ketika mencari atau membeli kasut, sebaiknya anda kenal pasti terlebih dahulu jenis bahan atau material kasut tersebut.Pilihlah material yang sesuai dengan kegunaannya.
Jika anda bekerja di pejabat, kasut jenis kulit tidak menjadi masalah.Tetapi jika tugasan memerlukan anda untuk banyak bergerak ke sana sini, atau perlu melakukan aktiviti fizikal, sebaiknya pilihlah kasut dari material kain.
- Warna Kasut
Jika membeli kasut kerja terutama jika anda perlu memakai pakaian seragam, pilihlah warna kasut yang boleh disuaipadankan dengan koleksi pakaian seragam anda itu.
Sebaikya matchingkan warna kasut yang akan dibeli dengan warna-warna baju yang akan anda pakai. Untuk langkah lebih selemat, pilihlah warna hitam, putih, kelabu kerana ia mudah untuk digayakan dengan semua warna baju.
Bagi anda yang bertugas di luar pejabat dan agak lasak, sebaiknya membeli kasut berwarna gelap supaya tidak nampak kotor ketika dipakai.
- Masa Membeli
Waktu terbaik untuk bershopping membeli kasut sebaiknya dilakukan pada petang hari. Ini adalah kerana pada masa tersebut kaki akan mengalami saiz dalam ukuran paling besar.
Berbeza jika kita membeli kasut pada pagi hari, kaki bukan dalam ukuran yang maksimum sehingga besar kemungkinan kasut yang dibeli akan sempit.
- Cuba Pakai Kasut
Tips membeli kasut yang terbaik, sebelum membelinya anda harus mencubanya terlebih dahulu bagi menentukan saiz kasut serta tahap keselesaannya di kaki.
Ketika mencubanya, pakailah kedua belah kasut. Ini adalah kerana salah satu kaki mungkin berukuran lebih besar, sedangkan kaki sebelah lagi belum tentu sama. Jadi, pastikan kasut tersebut betul-betul selesa di kedua belah kaki.
Di samping itu, manfaatkan cermin yang ada di kedai kasut tersebut untuk melihat rekaan kasut dan bentuk badan secara keseluruhannya. Tengok dari bahagian depan dan juga sisi bagi menentukan apakah kasut tersebut sesuai dengan bentuk tubuh ataupun tidak.
Tips membeli kasut yang juga penting untuk anda, ketika mencuba kasut yang ingin dibeli, jangan hanya duduk atau berdiri tanpa bergerak.
Pakailah kasut untuk berjalan-jalan di dalam kedai tersebut. Lakukan gerakan duduk dan berdiri beberapa kali. Rasakan apakah kasut tersebut benar-benar selesa ketika digunakan untuk berjalan ataupun tidak.
Itulah beberapa tips membeli kasut yang selesa di kaki.Pastikan jari jemari kaki anda tidak terseksa di dalam kasut ya. Semoga bermanfaat.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]