Jika kita mengamalkan tips sihat ataupun gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sudah pasti kita memiliki badan yang lebih sihat dan mempunyai stamina yang kuat.
Rajin bersenam, pengambilan makanan yang sihat dan tidur yang mencukupi pada malam hari merupakan kunci penting gaya hidup sihat.
Ada beberapa tips sihat yang sebaiknya kita lakukan sebelum melelapkan mata. Lagipun ramai di antara kita yang selalu mengabaikan kesihatan badan kerana terlalu sibuk bekerja, malas bersenam dan lebih teruk lagi suka berjaga hingga larut pagi.
Berjaga pada setiap malam tidak baik untuk kesihatan kerana malam merupakan waktu terbaik untuk merehatkan badan dan juga fikiran.
BERIKUT BEBERAPA TIPS SIHAT SEBELUM TIDUR YANG WAJAR KITA PRAKTIK:
1.KEMAS TEMPAT TIDUR
Segala habuk atau debu lembut yang melekat di cadar tentunya tidak bagus untuk sistem pernafasan kita dan boleh menyebabkan penyakit asma.
Mengemas cadar dan membuang habuk pada cadar sebelum tidur sangat disarankan. Cucilah cadar, selimut dan sarung bantal paling kurang dua minggu sekali, atau sebulan sekali.
- MINUM AIR MASAK
Jangkamasa waktu yang relatif lama untuk tidur pada malam hari mengakibatkan badan tidak mendapat pengambilan cairan dalam waktu yang lama.
Pengambilan segelas air masak sebelum tidur bukan setakat mampu membantu membakar kalori. Bahkan turut membantu keseimbangan hormon, tahap energi, otot dan juga sendir-sendi. Ianya akan membantu kita berasa lebih relaks sehingga tidur kita pun menjadi lebih lena.
Minum air masak juga boleh menjadi cara untuk membersihkan toksin yang berasal dari makanan, persekitaran dan faktor lain. Ia akan dikeluarkan melalui pembuangan air kencing.
Jadi, sebab itulah kita sarankan untuk minum segelas air masak sebelum tidur. Tetapi sebaiknya dilakukan sejam sebelum tidur supaya air tersebut dapat diserap oleh tubuh terlebih dahulu.
- ELAKAN MAKAN MAKANAN DAN MINUMAN BERKAFIEN
Makanlah makanan yang sihat secukupnya dan cuba hindari juga minuman yang mengandungi kafien.
Kafien bukan hanya pada kopi atau soda, tetapi juga ada pada teh dan juga ubat yang boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur.
Hindari pengambilan minuman tersebut sebelum tidur, paling kurang lapan jam sebelumnya.
- JAUHKAN GAJET DARI TEMPAT TIDUR
Telefon bimbit atau mp3 player pasti akan menganggu waktu tidur kita. Jadi, letaklah di meja atau di tempat-tempat yang tidak mampu dijangkau dari tempat tidur kita.
- REHATKAN BADAN DAN TENANGKAN FIKIRAN
Jika kita berhasrat untuk masuk tidur pada jam 10.00 malam, hentikan sebarang aktiviti atau segala kerja lebih awal.
Biarkan badan serta fikiran anda berehat sejam sebelum itu. Tidur yang mencukupi dan teratur merupakan salah satu tips sihat yang wajib dilakukan oleh semua wanita.
Untuk itu, cubalah untuk tidur pada malam hari paling kurang 7-8 jam pada setiap malam.
- PADAMKAN LAMPU
Tidur malam dengan tidak memang lampu atau menggunakan lampu yang samar sangat bagus untuk kesihatan badan dan membuatkan tidur kita menjadi lebih selesa dan nyenyak.
Tidur dalam keadaan gelap mampu meningkatkan kemampuan otak berfikir serta menghindari sifat lupa.
Di samping itu, tidur dalam keadaan lampu yang cerah juga akna menghalang pengeluaran hormone melatonin, sehingga muncul beberapa masalah kesihatan kerananya.
- BANGUN AWAL PAGI
Biasakan diri untuk bangun awal pagi. Ianya sangat penting dan bagus untuk memulakan gaya hidup sihat seperti bersenam pagi, mandi serta melakukan aktiviti yang menyihatkan.
Bersenam juga merupakan salah tips sihat yang seharusnya dilakukan oleh semua wanita. Apatah lagi, jika usia kita sudah semakin bertambah atau mencecah usia 30 tahun, kegiatan fizikal seperti bersenam ini sudah mula diketepikan.
Itulah beberapa tips sihat yang sebaiknya dipratik sebelum tidur. Semoga bermanfaat!