Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

SAYA SUKAR MENANGIS, ADAKAH SAYA NORMAL ATAU SEDANG DEPRESI?

Posted on 03/10/201703/11/2017 by 123mamanet

Ada yang mengeluh, ‘Saya memang sedih tapi saya sukar menangis!’ Mungkin anda akan menganggap yang bahawa orang yang tidak boleh menangis itu keras hati. Benarkah begitu?

Isi Kandungan hide
1 MARI KITA LIHAT 3 SEBAB KENAPA SUKAR MENANGIS BOLEH TERJADI:

Hakikatnya, bukan semua orang mampu menangis. Ada yang memang tidak boleh hendak menangis walau pun dalam keadaan yang teramat sedih. Pelik bukan? Pasti  anda tertanya-tanya kenapa sukar menangis ini boleh berlaku? Sedangkan kita telah ketahui bahawa menangis itu ada banyak kebaikannya.

Menangis itu hak semua orang. Tanggapan bahawa air mata itu teman baik wanita adalah tidak benar sama-sekali. Tidak semua wanita mudah menangis dan tidak semua lelaki sukar menangis. Jika lelaki menangis sekali pun bukanlah bererti dia lemah.

Bahkan, antara tidak mahu menangis dan tidak boleh menangis ada bezanya.saya sukar menangis

MARI KITA LIHAT 3 SEBAB KENAPA SUKAR MENANGIS BOLEH TERJADI:

  1. Faktor Perubatan

Satu kajian telah mendapati bahawa masalah genetik boleh menyebabkan seseorang tidak ada air mata. Hal ini telah berlaku kepada seorang kanak-kanak di San Francisco. Kanak-kanak ini mengalami perkembangan terencat iaitu ada masalah pada otak, otot, mata dan hati.

Hal ini ditunjukkan melalui tangisannya yang tidak mengeluarkan air mata. Beberapa ujian dan rawatan telah dijalankan terhadap kanak-kanak tersebut.

Ketidakmampuan merasai kesakitan fizikal merupakan satu lagi masalah genetik yang boleh menyebabkan seseorang itu sukar menangis.

Dengan masalah sistem pengesan kesakitan yang tidak berkembang, pesakit dengan Congenital Insensitivity to Pain with Anhidrosis (CIPA) mampu menahan kesakitan yang kuat. Misalnya saat dia mengalami kemalangan motorsikal dia hanya berasa seperti jatuh katil sahaja, maka sebab itu, dia jarang menangis.

saya sukar menangis

2. Faktor Rohani

Menangis sambil menyesali dosa dan memohon keinsafan kepada ALLAH SWT mampu membuatkan seseorang itu menjadi muslim yang bertakwa. Bagaimanapun, tidak semua orang sanggup menangis menyesali dosa dan menyukuri segala kebaikan yang diperoleh. Hal ini dikaitkan dengan penyakit hati atau keras hati.

Manusia yang tidak mahu menangis kerana ALLAH SWT dikatakan sebagai manusia yang sombong di atas segala nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya.

Sahabat Nabi, Abdullah bin Umar mengatakan, “Sungguh menangis kerana takut kepada ALLAH lebih aku cintai daripada bersedekah dengan 1000 dinar.”

Mungkin maksud Abdullah bin Umar ialah menangis kerana ALLAH itu lebih berat atau sukar jika dibandingkan bersedekah 1000 dinar.

3. Faktor Psikologi

Menurut Dr. Edward Sorter dari Universti Toronto, ketidakmampuan merasa apa-apa – sama ada sedih atau perkara lain – merupakan salah satu daripada tanda depresi melankolik (melancholic depression). Melankolik merupakan gejala bagi penyakit depresi.

Pesakit melankolik secara umumnya berada pada tahap kesedihan yang amat dalam. Sejak berabad lamanya, pesakit ini mengalami risiko membunuh diri. Hingga ada sebuah puisi yang menggambarkan hal ini.

Penyair Inggeris, Elizabeth Barrett Browning berkongsi hal ini dalam puisi beliau pada tahun 1844  yang bertajuk “Grief” (Kesedihan)

 “. . . sepi seperti mati –

Bak sebuah patung monumen,

Jadi tatapan selamanya dan diam terpaku,

Hingga ia runtuh menyembah debu,

Sentuhlah dia; kelopak mata si marmar tidak basah,

Jika ia boleh menangis, ia boleh hidup dan bebas.”

Secara ringkasnya, puisi ini bermaksud, individu melankolik adalah seperti patung monumen yang diperbuat daripada marmar. Keupayaan untuk menangis akan membebaskan seseorang daripada kemurungan tetapi ramai yang tidak boleh menangis kerana mereka tidak dapat merasa apa-apa.

Manual Diagnostik dan Statistik American Psychiatric Association, edisi kelima 2013 yang menjadi panduan dunia psikiatrik telah menegaskan bahawa kesepian di atas kehilangan keupayaan untuk merasa adalah satu tanda kemurungan.

Dalam gejala negatif skizofrenia, “kurangnya luahan emosi” atau disebut “penumpulan emosi” dianggap sebagai salah satu tanda penyakit psikotik kronik (schizophrenia).

saya sukar menangis

Jika anda mengenali sesiapa di sekitar anda yang kelihatan seperti monumen tanpa perasaan atau bertanya pada anda, ‘kenapa saya sukar menangis’, segeralah bantu dia untuk mendapatkan rawatan psikiatris dengan segera.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme