Bibir sihat merupakan aset penting wajah kita. Bibir sihat bermakna bebas daripada masalah bibir kering, mengelupas ataupun pecah-pecah. BK kulit pada bibir kita retak, mengelupas dan juga berdarah.Bibir kering juga boleh disebabkan oleh pelbagai macam faktor.
Bibir Sihat Jadi Idaman
Bibir mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan transparent. Berbeza dengan kulit muka, bibir tidak mempunyai kelenjar minyak.Jadi, sebab itulah bibir lebih mudah kering dan pecah-pecah. Kurangnya kelembapan adalah penyebab utama bibir kering dan pecah-pecah.
Punca Utama Kepada Bibir Jadi Tak Sihat
Dehidrasi
Ia boleh menganggu keseimbangan mineral semulajadi dalam badan, menyebabkan kerosakan. Bukan hanya pada sistem organ dalam badan, namun turut memberikan efek negatif pada kulit kita.
Dehidrasi menimbulkan efek seperti pening, sakit kepala, sembelit, penurunan pengeluaran air kencing, mulut dan bibir kering.
Di samping itu, dehidrasi yang parah juga boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah, demam, sesak nafas dan jantung berdebar-debar.
Menjilat dan Menggigit Bibir
Biarpun menjilat bibir boleh memberikan kelembapan sementara, tetapi air liur yang berpindah dari mulut ke bibir kita akan membuatkan lapisan kulit bibir kita menjadi semakin nipis dan menghilangkan kelembapan semulajadinya.
Air liur mengandungi enzim yang berfungsi untuk membantu kita menghadamkan makanan dan bukannya sebagai pelembab tambahan untuk bibir kita.
Jadi, solusi terbaik untuk mendapatkan bibir sihat dan bebas daripada masalah kekeringan, hentikan kebiasaan menjilat bibir.
Kebiasaan mengggigit bibir juga boleh menganggu kesihatan bibir. Ketika kita menggigit bibir, gigi akan mengetip bibir, secara tak langsung akan membuatkan lapisannya terkoyak dan retak serta berdarah.
Makanan Pedas Atau Masin
Jika kita kerap mengalami masalah bibir kering dan pecah-pecah, sebaiknya kurangkan pengambilan makanan masin.
Garam yang terkandung dalam makanan masin boleh membuatkan lapisan kulit bibir lebih sensitif dan menyebabkan peradangan. Begitu juga dengan makanan pedas.
Solusi terbaik bagi mendapatkan bibir sihat serta tidak kering dan pecah-pecah, perbanyakkan pengambilan buah- buahan dan sayur-sayuran yang boleh mengembalikan keseimbangan pH tubuh.
Kekurangan Zat
Bibir kering juga boleh menjadi tanda bahawa badan kita kekurangan nutrisi tertentu seperti kekurangan pengambilan asid folik dan fiboflavin atau vitamin B2.
Di samping itu, bibir yang kekurangan vitamin C dan E boleh menjadikan bibir kelihatan kusam dan tidak segar.
9 Cara Boleh Dilakukan Untuk Bibir Kembali Sihat
- Perbanyakkan dan pastikan kita cukup minum air masak. Paling kurang 8 gelas pada setiap hari.
- Hindari pemakaian lipstik yang mengandungi pewarna sintetis atau bahan yang berbahaya serta tidak sesuai dengan bibir kita.Jangan mudah tergoda dengan harga murah yang ditawarkan, sedangkan lipstik tersebut hanya membuatkan bibir kita rosak.
- Ambil makanan yang mengandungi vitamin B dan C supaya dapat membantu merawat bibir sihat dan terjaga.
- Pakai pelembab bibir atau lip balm supaya bibir selalu lembab dan terhindar dari kekeringan.
- Gunakan berus gigi berbulu lembut atau tuala kecil yang lembut untuk membersihkan sel-sel kulit mati yang membuatkan bibir kita kering. Setelah itu, pakailah pelembab bibir.
- Petua paling mujarab ialah sapu Vaseline setiap kali selepas anda mencuci muka, selepas makan, sebelum tidur atau apabila bibir terasa kering.
- Untuk menghindari bibir kering dan menghitam hindari kebiasaan merokok, dan juga pengambilan kafein yang berlebihan.
- Agar bibir sihat dan tidak kering, dan pecah-pecah, jaga kebersihan mulut dengan penggunaan ubat kumur yang sesuai dengan kulit bibir.
- Jangan terlalu kerap makan makanan yang pedas dan panas kerana ia akan merangsang kulit bibir menjadi lebih kering dan hitam.
Paling penting anda perlu elakkan iritasi pada bibir dengan tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan bibir kering. Amalkan 9 petua di atas untuk bibir sihat.
Baca Juga : Buat Srub Bibir Sendiri. Jom Cuba!