Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Jus Kurus

Nak Sihat Dan Ramping? Jom Buat Jus Kurus

Posted on 04/22/202410/19/2025 by 123mamanet

Jus Kurus. Nak sihat sihat dan ramping serta bebas daripada lemak-lemak di badan? Kalau nak, jangan malas ok sebab pengambilan jus secara rutin di pagi hari setelah bersarapan boleh membantu anda menurunkan berat badan.

Isi Kandungan hide
1 Jus Kurus Kaya Nutrisi
2 Resepi Jus Kurus
2.1 Epal Dan Lobak Merah
2.2 Epal, Pir Dan Halia

Jus Kurus Kaya Nutrisi

Ia bukan setakat boleh menurunkan berat badan anda dengan cepat, malahan membantu anda mendapatkan kulit yang segar dan bersinar serta mengenyangkan!

Resepi Jus Kurus

Berikut 3 Resepi  Yang Boleh Anda Buat Sendiri:

Epal Dan Lobak Merah

  • Kupas sebiji limau manis dan buang bijinya.
  • Ambil sebiji epal segar, cuci bersih dan kemudian dipotong dadu.
  • Bersihkan 3 batang lobak merah, blender dan ambil airnya.
  • Kemudian masukkan pati air lobak merah, potongan epal , limau manis dan sedikit ketulan air ke dalam blender.
  • Kisarlah sehingga semuanya hancur dan bersatu.
  • Tuang dalam gelas, boleh tambahkan ketulan ais batu lagi jika anda suka, kemudian siap dan bolehlah dihidangkan.

Baca Juga:

Kebaikan Minum Teh Hijau Sebelum Tidur

Resepi Kerabu Mangga Bunga Kantan

Epal, Pir Dan Halia

  • Sediakan sebiji epal, sebiji pir dan juga setengah inci halia.
  • Kupas, bersihkan dan potong dadu semua bahan tersebut.
  • Masukkan sedikit ketulan ais batu bersama semua bahan yang diperlukan untuk membuat jus kurus yang mampu melancarkan sistem penghadaman anda.
  • Blender sampai hancur dan sebati.
  • Ok, siap. Tuang dalam gelas dan segera dinikmati.

 Lemon Dan Tembikai

  • Ambil lima sudu air perahan lemon dan 5 potong buah tembikai.
  • Blender sampai hancur bersama sedikit ketulan ais. Buah tembikai kaya dengan air dan serat, dan inilah yang akan membuatkan anda berasa lebih kenyang.
  • Kemudian tuang dalam gelas.
  • Rahsia anda untuk menurunkan berat badan dengan jus kurus gabungan lemon dan tembikai ini boleh disegarkan lagi dengan hiasan daun mint.

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda yang mahu menurunkan berat badan secara sihat dan selamat. Selamat mencuba!

2 thoughts on “Nak Sihat Dan Ramping? Jom Buat Jus Kurus”

  1. Pingback: SAFI YOUTH GOLD RETINOL - Kunci Rahsia Awet Muda - 123mamanet
  2. Pingback: Tips Hidup Sihat dan Bebas Stres - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme