Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Mira Filzah

Mira Filzah Duta MamyPoko ANTIMOS Pants

Posted on 06/27/202309/05/2023 by 123mamanet

Mira Filzah berkongsi keyakinan bersama para ibu tentang kebaikan menggunakan MamyPoko ANTIMOS Pants untuk melindungi bayi daripada gigitan nyamuk. Menurut Mira Filzah, ia adalah solusi terbaik untuk memberikan keselesaan kepada bayinya.

Isi Kandungan hide
1 MamyPoko ANTIMOS Pants
2 Mira Filzah Utamakan Kesejahteraan Anak
3 MamyPoko ANTIMOS Pants Cegah Gigitan Nyamuk
3.1 Bayi Terhindar Jadi Mangsa Gigitan Nyamuk
3.2 Jadi Lebih Berhati-Hati

Mira Filzah

Kehidupan seorang wanita yang bergelar ibu memang cukup sibuk, tetapi apabila bercakap tentang bayi mereka, pasti ada sahaja perkara yang dibimbangkan. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, di mana 48,712 kes denggi dilaporkan pada minggu epidemiologi ke-22.

Di mana peningkatan sebanyak 158% berbanding tempoh yang sama tahun lalu yang menyebabkan usaha mencegah gigitan nyamuk kini menjadi satu keutamaan.

MamyPoko ANTIMOS Pants

Menyedari keperluan ini, MamyPoko ANTIMOS Pants memperkenalkan solusi yang pertama seumpamanya bersempena Hari Denggi ASEAN, supaya para ibu berasa lebih tenang. Si manja mereka terlindung daripada gigitan nyamuk yang menjengkelkan, pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Menggunakan Teknologi Berpaten Jepun, lampin seluar dengan ekstrak serai wangi semula jadi ini berkesan menghalau nyamuk sehingga 8 jam. Manakala  teknologi BigDRY Zone+ yang inovatif  yang digunakan pula mengawal daya serapan dan kekeringan sehingga 10 jam.

Hasil gandingan ciri yang unik ini dengan pelbagai ciri lain, membolehkan bayi menikmati keselesaan optimum selain dapat bermain dan tidur tanpa gangguan, yang bebas daripada gigitan nyamuk.

Mira Filzah Utamakan Kesejahteraan Anak

Menurut Mira Filzah,tiada yang lebih penting daripada kesejahteraan anak beliau. Jika bercakap tentang keperluan lampinnya, MamyPoko ANTIMOS Pants baharu ini sememangnya cukup menarik hati.

MamyPoko ANTIMOS Pants Cegah Gigitan Nyamuk

“Seolah-olah ia mempunyai perisai tambahan terhadap gigitan nyamuk yang menjengkelkan, terutama apabila kita berada di dalam rumah dan jarang menggunakan penghalau nyamuk.

Bukan itu sahaja — lampin seluar ini juga sangat bagus untuk memastikan dia sentiasa kering dan mencegah sebarang keradangan kulit.

Sememangnya ini adalah solusi semua-dalam-satu yang membawa kedua-dua keselesaan kepada si manja saya,” jelas duta selebriti terkenal, Mira Filzah.

Baca Juga: 5 Mainan Kanak-Kanak Terbaik

Berkesan Halau Nyamuk

Ibu-ibu lain juga berkongsi keyakinan yang sama dengan Mira Filzah. Dalam ujian pengguna baru-baru ini, 90% ibu yang mencuba MamyPoko ANTIMOS Pants untuk bayi mereka mendapati ia cukup berkesan dalam menghalau nyamuk.

“Jadual harian saya sentiasa padat dengan memasak, membersih, dan menjaga anak-anak. Dalam kesibukan itu kadang-kadang saya terlupa. Terlupa  untuk memasang lingkaran nyamuk atau memakai losyen penghalau nyamuk, walaupun saya cukup sedar dengan isu denggi.

Inilah sebabnya saya sangat gembira dengan kehadiran MamyPoko ANTIMOS Pants dalam hidup saya. Ia sememangnya sangat berbaloi untuk dibeli. Tidak sekadar berkesan menghalau nyamuk, kini anak bongsu saya dapat tidur lebih nyenyak.

Ini kerana lampin seluar ini sangat menyerap. Sekali gus memastikan dia kekal kering dan selesa sepanjang malam,” kata Nur Shakila, 27, yang memiliki tiga orang anak.

Bayi Terhindar Jadi Mangsa Gigitan Nyamuk

“Saya sangat suka membawa anak saya keluar untuk meneroka tempat baharu dan mencari pengalaman. Inilah aktiviti kegemaran kami, tetapi ada satu perkara yang menjadi penghalang – nyamuk!

Tidak kira ke mana sahaja kami pergi, suda pasti anak saya menjadi mangsa nyamuk. Mujur ada MamyPoko ANTIMOS Pants.

Saya suka produk ini kerana ia melindungi anak saya secara menyeluruh dan bukannya di kawasan punggung sahaja. Lampin seluar ini juga mempunyai tahap regangan yang bagus, membolehkan anak saya bermain dan bergerak dengan selesa.

Kini, aktiviti luar kami lebih menyeronokkan,” kata Chia See Ming, 32, yang mempunyai anak perempuan berusia 2 tahun.

Baca Juga: Bermain Puzzle Bagus Untuk Otak Anak

 

Jadi Lebih Berhati-Hati

Bagi Norfadilah Bintajol, 39, yang dikurniakan tiga cahaya mata, pengalaman anaknya dimasukkan ke hospital akibat denggi mengajarnya untuk lebih berwaspada terhadap nyamuk.

“Melihat keadaan anak saya yang menderita akibat demam panas dan sakit badan memang menyayat hati. Anak saya mengambil masa beberapa minggu untuk pulih sepenuhnya. I adalah waktu yang sangat mencabar buat kami sekeluarga. Saya tidak mahu anak saya mengalaminya.

Jadi, saya lebih berhati-hati dalam melindungi mereka. Syukurlah ada MamyPoko ANTIMOS Pants. Saya yakin kini mereka lebih selamat daripada penyakit ini kerana sudah tidak nampak lagi kesan gigitan nyamuk di tangan dan kaki mereka.”

Mira Filzah

Seiring dengan pelancaran baharu ini, MamyPoko turut memperkenalkan laman web yang dikhususkan untuk memerangi denggi, www.mamypokoagainstdengue.com. Platform ini memperkasakan para ibu dengan memberikan maklumat dan sumber penting tentang pencegahan denggi.

Ia memaparkan makluman terkini iDengue supaya ibu bapa boleh menyemak sama ada rumah mereka tersenarai dalam kawasan hotspot denggi.

Selain itu, laman web ini turut berkongsi kisah sebenar berkaitan denggi dan butiran tentang MamyPoko ANTIMOS Pants baharu.

Cubalah MamyPoko ANTIMOS Pants baharu ini, yang kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan platform e-dagang utama.

Untuk keterangan lanjut mengenai pencegahan denggi atau untuk mencari kedai yang terdekat dengan anda, lawati  www.mamypokoagainstdengue.com.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia
  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Recent Posts

  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme