SELAIN BELAJAR, KECERDASAN OTAK ANAK JUGA BOLEH DIASAH MENERUSI PERMAINAN. PASTIKAN KITA MEMILIH MAINAN KANAK KANAK YANG TEPAT DAN MAMPU MERANGSANG KEMAMPUAN OTAKNYA!
Sekarang ini ada banyak mainan kanak-kanak yang dibuat khas untuk meningkatkan kecerdasan otak anak. Jadi, kita sebenarnya tidak susah untuk memilihnya.
Perkembangan otak terjadi pada setiap peringkat atau tahap usia anak. Ketika bermain, anak akan mempelajari pelbagai perkara baru dan ini merupakan perkara penting untuk menstimulasikan kecerdasan serta tahap perkembangannya.
BERIKUT ANTARA MAINAN KANAK-KANAK YANG DIPERCAYAI DAPAT MENUNJANG KECERDASAN OTAK ANAK:
- FLASH CARD
Flash card dipercayai sangat efektif untuk membuatkan anak-anak berkembang dengan lebih bijak.
Flash card adalah antara mainan kanak-kanak yang sangat bagus, bermain sambil belajar. Melalui gambar yang tertera di flash anak dapat mengenal huruf, angka, warna, bentuk, haiwan dan sebagainya.
Bermain dengan flash card akan merangsang kemampuan otak kanan dan mengembangkan kemampuan anak dalam mengingati sesuatu.
- LEGO
Imaginasi anak akan dilatih untuk menyusun atur potongan lego berwarna warni menjadi sesuatu yang ada dalam bayangan anak, ataupun yang sesuai dengan gambar petunjuk yang tertera pada kertas.
Permainan lego juga boleh menjadi media awal untuk anak kita mengenal rekabentuk dan bangunan.
Selain meningkatkan kecerdasan otak, mainan kanak-kanak seperti lego ini juga dapat mengembangkan lagi kreativiti si anak.
- PUZZLE
Kebaikan bermain puzzle begitu banyak. Antaranya dapat meningkatkan kemampuan anak untuk memecah masalah dengan menggabung potongan puzzle satu demi satu sehinggalah membentuk gambar.
Selain itu, anak kita boleh mengenal bermacam-macam warna dan gambar daripada permainan ini. Lama kelamaan otak anak kita akan jadi semakin terasah.
4.SQUISHY
Squishy adalah permainan yang diperbuat daripada material span, yang boleh ditekan akan mengecut dan bila dilepaskan akan kembali ke bentuk asalnya semula.
Mainan kanak-kanak ini boleh menjadi media bagi anak-anak kita untuk mengenal bentuk. Misalnya seperti bentuk segitiga, bulat, persegi dan sebagainya.
Selain itu, anak kita juga boleh mengenal pelbagai macam perkara seperti nama benda, binatang dan sebagainya.
- SUSUN BLOK
Mainan kanak-kanak yang satu ini, sama seperti lego juga. Boleh dilerai dan disususn menjadi tinggi sehingga membuatkan anak kita dapat belajar sesuatu yang baru.
Di samping itu, permainan ini juga dapat meningkatkan perkembangan otak anak kerana dalam permainan susun blok tersebut diperkenalkan pelbagai macam huruf dan angka.
Kita boleh mengajar anak untuk menyusun nama ataupun membuat bangunan dengan bentuk ataupun warna yang serupa utuk menstimulasi fikiran dan kreativitinya.
Itulah antara mainan kanak-kanak yang mampu mengembangkan kretiviti serta kecerdasan otak anak.
Tip Pilih Mainan Pertama Anak Untuk Merangsang Otaknya
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]
1 thought on “5 MAINAN KANAK KANAK YANG MAMPU MERANGSANG KECERDASAN OTAK ANAK”
Comments are closed.