Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
BRAND’S Sari Pati Ayam

BRAND’S Sari Pati Ayam Formulasi Baharu Lebih Enak Diminum

Posted on 07/26/202309/11/2023 by 123mamanet

BRAND’S Sari Pati Ayam dapat membantu mengatasi keletihan dan memastikan mereka ini terus kekal bertenaga. BRAND’S Sari Pati Ayam, merupakan jenama pati ayam pilihan nombor satu yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan, berasaskan Nielsen’s Retail Audit.

Isi Kandungan hide
1 BRAND’S Sari Pati Ayam Mampu Kembalikan Kecergasan
2 Formulasi baharu BRAND’s Sari Pati Ayam
3 Dr Say & Chan Fong Jadi Duta
4 Memanfaatkan Khasiat Kebaikan BRAND’S Sari Pati Ayam

7 daripada 10 rakyat Malaysia perlukan penguat tenaga sekurang-kurangnya dua kali semingggu. Formulasi baharu ini mampu mengembalikan kecergasan itu.

 

BRAND’S Sari Pati Ayam

BRAND’S Sari Pati Ayam Mampu Kembalikan Kecergasan

Hasil penemuan satu kajian dalam talian baru-baru ini mendapati bahawa 7 daripada 10 rakyat Malaysia memerlukan pemangkin untuk mengembalikan kecergasan mereka.

Tambahan pula rakyat Malaysia menempuh kehidupan harian dalam dunia yang bergerak pantas. Mreka sering mengejar masa untuk menunaikan tuntutan kerja dan komitmen peribadi.

Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa 31% daripada responden menghadapi cabaran untuk mencapai keseimbangan bagi memenuhi matlamat kerjaya dan kehidupan peribadi.

Ini adalah kerana mereka terlalu fokus pada tarikh tamat kerja dan pelbagai tugasan untuk diselesaikan setiap hari. Manakala 22% daripada mereka adalah ibu bapa bekerja dengan jadual kerja yang padat. Namun, terus sibuk menguruskan anak-anak mereka selepas waktu kerja.

Baca Juga: Anugerah Guardian 2023

Formulasi baharu BRAND’s Sari Pati Ayam

Kini, lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati khasiat kebaikan dan rasa yang ditambah baik dengan formulasi baharu BRAND’s Sari Pati Ayam yang meningkatkan kecergasan sambil menghadapi hiruk-pikuk kehidupan dunia.

Ia tetap mengekalkan manfaat-manfaat yang sedia ada boleh meningkatkan metabolisme sambil mengurangkan keletihan dan menambah aliran oksigen kepada otak untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.

Formulasi baharu kini disediakan dengan rasa yang lebih enak untuk diminum berserta khasiat kebaikan sama yang dijanjikan oleh jenama BRAND’S.

Berasaskan ujian rasa yang dikendalikan oleh Home Tester Club, 92% bersetuju formula baharu ini mempunyai rasa yang lebih halus. 96% bersetuju bahawa ia sesuai diambil untuk mereka yang ingin kekal produktif di sepanjang hari.’

“Kami memahami desakan gaya hidup pantas rakyat Malaysia di mana kita sentiasa bergerak untuk mengimbangi tuntutan kerja, komitmen peribadi dan pelbagai tanggungjawab lain.

Dengan formulasi baharu ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya dengan rasa yang lebih enak diminum ini.

Formulasi baharu ini akan meningkatkan kecergasan setiap hari untuk memenuhi tuntutan gaya hidup mereka yang sibuk,” jelas Wong Wee Leong, Pengurus Besar, Suntory Beverage and Food Malaysia.

“Jadi, sebab itulah kami melantik Dr Shazril Shaharuddin (Dr Say)  dan juga Chan Fong, sebagai duta BRAND’S Sari Pati Ayam di majlis pelancaran ini.

Baca Juga: Buah Tangan Untuk Orang Meninggal 

BRAND’S Sari Pati Ayam

Dr Say & Chan Fong Jadi Duta

Keduanya telah merasai kelebihan Sari Pati Ayam ini yang mana dapat membantu mereka sentiasa bergerak aktif setiap hari.

Dr Say, seorang bapa yang sibuk dan juga pempengaruh media sosial. Manakala  Chan Fong, seorang penyampai radio dan usahawan yang berjaya. Mereka telah menggunakan produk sari pati ayam kami untuk memastikan mereka kekal cergas. Walaupun mengharungi kesibukan mereka memenuhi jadual yang padat,” tambah beliau lagi.

Baca Juga: Tips Rambut Cepat Panjang

Memanfaatkan Khasiat Kebaikan BRAND’S Sari Pati Ayam

Apa yang membezakan BRAND’S Sari Pati Ayam  ialah proses pengeluaran hak miliknya. Ia benar-benar  menjamin produk bermutu tinggi bagi rakyat Malaysia yang mahu meningkatkan tenaga untuk menempuh kehidupan harian.

Sari pati ayam baharu ini diperbuat daripada ekstrak semula jadi sepenuhnya. Ia terdiri daripada ayam premium bermutu tinggi yang diproses secara bersih di bawah suhu tinggi. Di samping itu,  tekanan tersebut dipantau rapi, sambil  mengekalkan pelbagai nutrien semula jadinya.

Setiap kelompok produk perlu menjalani lebih daripada 200 pemeriksaan kualiti yang ketat. Tambahan pula, produk ini telah  menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Dengan pelancaran formulasi baharu ini, rakyat Malaysia kini boleh memanfaatkan khasiat kebaikan BRAND’S Sari Pati Ayam. Ia dapat membantu menghilangkan keletihan dan meningkatkan tenaga. Secara tak langsung, masing-masing lebih fokus dalam menyahut cabaran harian.

Sama ada hari kerja yang mencabar atau jadual peribadi yang padat. BRAND’S Sari Pati Ayam adalah teman terbaik untuk membantu sesiapa sahaja. Baik dari segi mental, mahupun memberikan yang terbaik untuk kekal bertenaga dalam kehidupan mereka.

Dapatkannya di pasaraya dan kedai farmasi utama. Selain itu anda boleh juga membelinya menerusi  Shopee dan Lazada.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme