BRAND’S Sari Pati Ayam dapat membantu mengatasi keletihan dan memastikan mereka ini terus kekal bertenaga. BRAND’S Sari Pati Ayam, merupakan jenama pati ayam pilihan nombor satu yang digunakan untuk meningkatkan kecergasan, berasaskan Nielsen’s Retail Audit.
7 daripada 10 rakyat Malaysia perlukan penguat tenaga sekurang-kurangnya dua kali semingggu. Formulasi baharu ini mampu mengembalikan kecergasan itu.
BRAND’S Sari Pati Ayam Mampu Kembalikan Kecergasan
Hasil penemuan satu kajian dalam talian baru-baru ini mendapati bahawa 7 daripada 10 rakyat Malaysia memerlukan pemangkin untuk mengembalikan kecergasan mereka.
Tambahan pula rakyat Malaysia menempuh kehidupan harian dalam dunia yang bergerak pantas. Mreka sering mengejar masa untuk menunaikan tuntutan kerja dan komitmen peribadi.
Tinjauan yang sama juga mendapati bahawa 31% daripada responden menghadapi cabaran untuk mencapai keseimbangan bagi memenuhi matlamat kerjaya dan kehidupan peribadi.
Ini adalah kerana mereka terlalu fokus pada tarikh tamat kerja dan pelbagai tugasan untuk diselesaikan setiap hari. Manakala 22% daripada mereka adalah ibu bapa bekerja dengan jadual kerja yang padat. Namun, terus sibuk menguruskan anak-anak mereka selepas waktu kerja.
Baca Juga: Anugerah Guardian 2023
Formulasi baharu BRAND’s Sari Pati Ayam
Kini, lebih ramai rakyat Malaysia boleh menikmati khasiat kebaikan dan rasa yang ditambah baik dengan formulasi baharu BRAND’s Sari Pati Ayam yang meningkatkan kecergasan sambil menghadapi hiruk-pikuk kehidupan dunia.
Ia tetap mengekalkan manfaat-manfaat yang sedia ada boleh meningkatkan metabolisme sambil mengurangkan keletihan dan menambah aliran oksigen kepada otak untuk meningkatkan daya tumpuan mereka.
Formulasi baharu kini disediakan dengan rasa yang lebih enak untuk diminum berserta khasiat kebaikan sama yang dijanjikan oleh jenama BRAND’S.
Berasaskan ujian rasa yang dikendalikan oleh Home Tester Club, 92% bersetuju formula baharu ini mempunyai rasa yang lebih halus. 96% bersetuju bahawa ia sesuai diambil untuk mereka yang ingin kekal produktif di sepanjang hari.’
“Kami memahami desakan gaya hidup pantas rakyat Malaysia di mana kita sentiasa bergerak untuk mengimbangi tuntutan kerja, komitmen peribadi dan pelbagai tanggungjawab lain.
Dengan formulasi baharu ini, kami yakin bahawa lebih ramai rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripadanya dengan rasa yang lebih enak diminum ini.
Formulasi baharu ini akan meningkatkan kecergasan setiap hari untuk memenuhi tuntutan gaya hidup mereka yang sibuk,” jelas Wong Wee Leong, Pengurus Besar, Suntory Beverage and Food Malaysia.
“Jadi, sebab itulah kami melantik Dr Shazril Shaharuddin (Dr Say) dan juga Chan Fong, sebagai duta BRAND’S Sari Pati Ayam di majlis pelancaran ini.
Baca Juga: Buah Tangan Untuk Orang Meninggal
Dr Say & Chan Fong Jadi Duta
Keduanya telah merasai kelebihan Sari Pati Ayam ini yang mana dapat membantu mereka sentiasa bergerak aktif setiap hari.
Dr Say, seorang bapa yang sibuk dan juga pempengaruh media sosial. Manakala Chan Fong, seorang penyampai radio dan usahawan yang berjaya. Mereka telah menggunakan produk sari pati ayam kami untuk memastikan mereka kekal cergas. Walaupun mengharungi kesibukan mereka memenuhi jadual yang padat,” tambah beliau lagi.
Baca Juga: Tips Rambut Cepat Panjang
Memanfaatkan Khasiat Kebaikan BRAND’S Sari Pati Ayam
Apa yang membezakan BRAND’S Sari Pati Ayam ialah proses pengeluaran hak miliknya. Ia benar-benar menjamin produk bermutu tinggi bagi rakyat Malaysia yang mahu meningkatkan tenaga untuk menempuh kehidupan harian.
Sari pati ayam baharu ini diperbuat daripada ekstrak semula jadi sepenuhnya. Ia terdiri daripada ayam premium bermutu tinggi yang diproses secara bersih di bawah suhu tinggi. Di samping itu, tekanan tersebut dipantau rapi, sambil mengekalkan pelbagai nutrien semula jadinya.
Setiap kelompok produk perlu menjalani lebih daripada 200 pemeriksaan kualiti yang ketat. Tambahan pula, produk ini telah menerima sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dengan pelancaran formulasi baharu ini, rakyat Malaysia kini boleh memanfaatkan khasiat kebaikan BRAND’S Sari Pati Ayam. Ia dapat membantu menghilangkan keletihan dan meningkatkan tenaga. Secara tak langsung, masing-masing lebih fokus dalam menyahut cabaran harian.
Sama ada hari kerja yang mencabar atau jadual peribadi yang padat. BRAND’S Sari Pati Ayam adalah teman terbaik untuk membantu sesiapa sahaja. Baik dari segi mental, mahupun memberikan yang terbaik untuk kekal bertenaga dalam kehidupan mereka.
Dapatkannya di pasaraya dan kedai farmasi utama. Selain itu anda boleh juga membelinya menerusi Shopee dan Lazada.