Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Golden Screen Cinemas

Golden Screen Cinemas Persembahkan Kempen #Malaysiaku Sempena Merdeka

Posted on 08/17/202308/24/2023 by 123mamanet

Golden Screen Cinemas | Dalam rangka menyambut bulan Merdeka, pempamer pawagam ternama, Golden Screen Cinemas (GSC) dengan bangganya mempersembahkan kempen #Malaysiaku.

Isi Kandungan hide
1 Golden Screen Cinemas Bawa Kempen #Malaysiaku
2 Filem MALBATT: Misi Bakara
2.1 Potret Sejati Semangat Patriotik Negara
2.2 Tanda Sokongan Padu Golden Screen Cinemas
2.2.1 Kombo “Gemilang” Edisi Terhad
2.2.2 Nikmatinya di Happy Food Co dan JIN Gastrobar
2.2.3 Barangan Eksklusif daripada Keepsake

Golden Screen Cinemas Bawa Kempen #Malaysiaku

Kempen ini adalah penghormatan kepada aktiviti masa lapang kegemaran rakyat Malaysia. Dengan semangat patriotik, GSC menghadirkan pengalaman unik kepada penonton dengan hidangan makanan istimewa, tawaran eksklusif di pawagam dan barangan khas.

Selain itu, kempen ini turut menghadirkan tayangan filem yang sangat dinanti-nantikan, termasuk filem MALBATT: Misi Bakara. Ia adalah peluang unik untuk menyatu-padukan hiburan dan semangat kebangsaan dalam satu perayaan yang meriah di pawagam.

Filem MALBATT: Misi Bakara

Dalam gelombang baru penceritaan patriotik, filem MALBATT: Misi Bakara mendedahkan kisah wira-wira Malaysia yang jarang terdengar. Inspirasi dari Pertempuran Mogadishu sebenar di Somalia, filem ini mengangkat bakti dan pengorbanan tegar Batalion Malaysia yang tak pernah mendapat sorotan yang sepatutnya.

Menerusi perjuangan mereka yang penuh berani, filem ini mengisahkan pengorbanan mereka dalam menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap dalam tragedi helikopter Black Hawk yang memilukan.

Potret Sejati Semangat Patriotik Negara

MALBATT: Misi Bakara tidak hanya sebuah filem, ia merupakan potret sejati semangat patriotik negara. Melalui sentuhan perasa yang mendalam, filem ini menyentuh hati dan jiwa rakyat Malaysia.

Ini merupakan pencapaian gemilang, menjadi filem tempatan pertama yang dipersembahkan di layar IMAX di seluruh negara pada 18 Ogos.

Manakala semua format lain filem itu akan ditayangkan pada 24 Ogos di pawagam-pawagam di seluruh negara.

“Sebagai jenama tempatan, kami menyatukan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk meraikan aktiviti masa lapang kegemaran.Termasuklah menonton wayang dan menikmati makanan dengan kempen #Malaysiaku di sepanjang bulan Merdeka.

Baca Juga: Revitalise Your Sleep with Epitex

Tanda Sokongan Padu Golden Screen Cinemas

 Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman yang unik kepada semua peminat filem, termasuk tayangan filem produksi tempatan, MALBATT: Misi Bakara yang hadir pada saat yang tepat.

Di samping itu terdapat penawaran barangan eksklusif bertemakan filem sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami yang telah menunjukkan sokongan mereka di sepanjang tempoh yang paling mencabar.

Kami tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi detik yang menggembirakan pada masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee.

Golden Screen Cinemas
Kombo ‘Gemilang’ tempoh terhad ini hanya boleh didapati dari 10 Ogos hingga 17 September, sementara stok masih ada

Kombo “Gemilang” Edisi Terhad

Bagi melengkapkan pengalaman para penonton, GSC turut menyediakan kombo ‘Gemilang’ untuk tempoh terhad di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara!

*Sempena bulan Merdeka ini, raikan negara yang kita cintai dengan kotak bertih jagung berinspirasikan Jalur Gemilang. Turut didatangkan dengan 1x bertih jagung saiz biasa, 1x minuman So Tinge, 1x air mineral, dan 1x beg tote Spritzer edisi terhad dengan hanya RM16.50!

Kombo ‘Gemilang’ tempoh terhad ini hanya boleh didapati dari 10 Ogos hingga 17 September, sementara stok masih ada.

Baca Juga: Rahsia Nasi Lemak Confirm Sedap!

Nikmatinya di Happy Food Co dan JIN Gastrobar

Makanan memainkan peranan penting dalam budaya Malaysia, di mana ia dapat menyatukan kita semua tanpa mengira latar belakang. Sebagai jenama tempatan, kedai makanan dan minuman GSC, Happy Food Co. dan JIN Gastrobar menyajikan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia untuk tempoh terhad sahaja.

Dari 17 Ogos hingga 30 September, Happy Food Co. akan menampilkan kombo ‘Rasa Sayang’, yang menyajikan kombinasi hidangan enak berinspirasikan mamak dengan Murtabak kegemaran ramai serta sos kari untuk rasa yang lebih menyengat.

Happy Food Co. turut membawa anda mengimbau kenangan lama dengan hidangan susu kocak istimewa yang pasti memuaskan selera rakyat Malaysia.

Dinosaur Milkshake – minuman ais kisar yang padat dengan malt dan rasa coklat. Ia turut dilimpahi pula dengan serbuk coklat yang mewah bagi memberikan rasa yang lebih padu.

Nikmati gabungan rasa tradisional tempatan dengan set menu istimewa yang disediakan dengan kerjasama BOH Tea di JIN Gastrobar, The Gardens Mall KL dan Mid Valley Southkey JB.

Anda akan dapat menikmati Nasi Ulam Sirih Purut yang beraroma atau kambing bersalut herba bercampur teh Rooibos. Ia turut dihidangkan dengan kentang russet, lengkap dengan pilihan pencuci mulut, trifle strawberi comel.

Manakala minuman yang boleh dipilih dari Teh Tarik kegemaran ramai atau teh BOH Gunung Chantik, sejenis teh hitam berzes dengan rasanya yang manis.

 

Golden Screen Cinemas
Set Nasi Ulam Sirih Purut yang enak berharga RM66 dan set kambing bersalut herba berharga RM36!

 

Golden Screen Cinemas
Diinspirasikan daripada haruman bunga kebangsaan kita, Bunga Raya, pelanggan boleh menikmati moktel Hibiscus Citrus Fusion atau memilih koktel Independence Blossom

botol air MALBATT: Misi Bakara

koleksi tumbler comel Hello Kitty y

Barangan Eksklusif daripada Keepsake

Tunjukkan bahawa anda bangga menjadi rakyat Malaysia dengan barangan eksklusif daripada Keepsake. Miliki rangkaian barangan eksklusif bertemakan Hari Merdeka, diinspirasikan oleh elemen ikonik Malaysia. Ia boleh didapati di kedai Keepsake sama ada di lokasi fizikal atau dalam talian!

Di samping itu, jadilah seorang wira dengan memiliki botol air MALBATT: Misi Bakara. Atau tunjukkan rasa cinta anda kepada negara dengan koleksi tumbler comel Hello Kitty.

Koleksi tumbler comel ini turut  dihiasi dengan elemen bertemakan Malaysia.  Daripada Bunga Raya yang cantik hinggalah kepada raja segala buah – Durian, Nasi Lemak yang digemari ramai dan Wau tradisional.

Jika nak tahu lebih lanjut tentang  kempen #Malaysiaku, ikuti platform media sosial GSC.

*Kombo bertih jagung Gemilang boleh didapati di semua pawagam GSC di Semenanjung Malaysia sahaja. Tidak termasuk Aurum Theatre di The Gardens Mall, KL

1 thought on “Golden Screen Cinemas Persembahkan Kempen #Malaysiaku Sempena Merdeka”

  1. Pingback: Brick Parkour Asian Tour 2023 Meriahkan AEON MALL Shah Alam - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Recent Posts

  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme