Golden Screen Cinemas | Dalam rangka menyambut bulan Merdeka, pempamer pawagam ternama, Golden Screen Cinemas (GSC) dengan bangganya mempersembahkan kempen #Malaysiaku.
Golden Screen Cinemas Bawa Kempen #Malaysiaku
Kempen ini adalah penghormatan kepada aktiviti masa lapang kegemaran rakyat Malaysia. Dengan semangat patriotik, GSC menghadirkan pengalaman unik kepada penonton dengan hidangan makanan istimewa, tawaran eksklusif di pawagam dan barangan khas.
Selain itu, kempen ini turut menghadirkan tayangan filem yang sangat dinanti-nantikan, termasuk filem MALBATT: Misi Bakara. Ia adalah peluang unik untuk menyatu-padukan hiburan dan semangat kebangsaan dalam satu perayaan yang meriah di pawagam.
Filem MALBATT: Misi Bakara
Dalam gelombang baru penceritaan patriotik, filem MALBATT: Misi Bakara mendedahkan kisah wira-wira Malaysia yang jarang terdengar. Inspirasi dari Pertempuran Mogadishu sebenar di Somalia, filem ini mengangkat bakti dan pengorbanan tegar Batalion Malaysia yang tak pernah mendapat sorotan yang sepatutnya.
Menerusi perjuangan mereka yang penuh berani, filem ini mengisahkan pengorbanan mereka dalam menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap dalam tragedi helikopter Black Hawk yang memilukan.
Potret Sejati Semangat Patriotik Negara
MALBATT: Misi Bakara tidak hanya sebuah filem, ia merupakan potret sejati semangat patriotik negara. Melalui sentuhan perasa yang mendalam, filem ini menyentuh hati dan jiwa rakyat Malaysia.
Ini merupakan pencapaian gemilang, menjadi filem tempatan pertama yang dipersembahkan di layar IMAX di seluruh negara pada 18 Ogos.
Manakala semua format lain filem itu akan ditayangkan pada 24 Ogos di pawagam-pawagam di seluruh negara.
“Sebagai jenama tempatan, kami menyatukan rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat untuk meraikan aktiviti masa lapang kegemaran.Termasuklah menonton wayang dan menikmati makanan dengan kempen #Malaysiaku di sepanjang bulan Merdeka.
Baca Juga: Revitalise Your Sleep with Epitex
Tanda Sokongan Padu Golden Screen Cinemas
Kami sentiasa berusaha memberikan pengalaman yang unik kepada semua peminat filem, termasuk tayangan filem produksi tempatan, MALBATT: Misi Bakara yang hadir pada saat yang tepat.
Di samping itu terdapat penawaran barangan eksklusif bertemakan filem sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan kami yang telah menunjukkan sokongan mereka di sepanjang tempoh yang paling mencabar.
Kami tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi detik yang menggembirakan pada masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas, Koh Mei Lee.
Kombo “Gemilang” Edisi Terhad
Bagi melengkapkan pengalaman para penonton, GSC turut menyediakan kombo ‘Gemilang’ untuk tempoh terhad di pawagam-pawagam terpilih di seluruh negara!
*Sempena bulan Merdeka ini, raikan negara yang kita cintai dengan kotak bertih jagung berinspirasikan Jalur Gemilang. Turut didatangkan dengan 1x bertih jagung saiz biasa, 1x minuman So Tinge, 1x air mineral, dan 1x beg tote Spritzer edisi terhad dengan hanya RM16.50!
Kombo ‘Gemilang’ tempoh terhad ini hanya boleh didapati dari 10 Ogos hingga 17 September, sementara stok masih ada.
Baca Juga: Rahsia Nasi Lemak Confirm Sedap!
Nikmatinya di Happy Food Co dan JIN Gastrobar
Makanan memainkan peranan penting dalam budaya Malaysia, di mana ia dapat menyatukan kita semua tanpa mengira latar belakang. Sebagai jenama tempatan, kedai makanan dan minuman GSC, Happy Food Co. dan JIN Gastrobar menyajikan pelbagai makanan kegemaran rakyat Malaysia untuk tempoh terhad sahaja.
Dari 17 Ogos hingga 30 September, Happy Food Co. akan menampilkan kombo ‘Rasa Sayang’, yang menyajikan kombinasi hidangan enak berinspirasikan mamak dengan Murtabak kegemaran ramai serta sos kari untuk rasa yang lebih menyengat.
Happy Food Co. turut membawa anda mengimbau kenangan lama dengan hidangan susu kocak istimewa yang pasti memuaskan selera rakyat Malaysia.
Dinosaur Milkshake – minuman ais kisar yang padat dengan malt dan rasa coklat. Ia turut dilimpahi pula dengan serbuk coklat yang mewah bagi memberikan rasa yang lebih padu.
Nikmati gabungan rasa tradisional tempatan dengan set menu istimewa yang disediakan dengan kerjasama BOH Tea di JIN Gastrobar, The Gardens Mall KL dan Mid Valley Southkey JB.
Anda akan dapat menikmati Nasi Ulam Sirih Purut yang beraroma atau kambing bersalut herba bercampur teh Rooibos. Ia turut dihidangkan dengan kentang russet, lengkap dengan pilihan pencuci mulut, trifle strawberi comel.
Manakala minuman yang boleh dipilih dari Teh Tarik kegemaran ramai atau teh BOH Gunung Chantik, sejenis teh hitam berzes dengan rasanya yang manis.
Barangan Eksklusif daripada Keepsake
Tunjukkan bahawa anda bangga menjadi rakyat Malaysia dengan barangan eksklusif daripada Keepsake. Miliki rangkaian barangan eksklusif bertemakan Hari Merdeka, diinspirasikan oleh elemen ikonik Malaysia. Ia boleh didapati di kedai Keepsake sama ada di lokasi fizikal atau dalam talian!
Di samping itu, jadilah seorang wira dengan memiliki botol air MALBATT: Misi Bakara. Atau tunjukkan rasa cinta anda kepada negara dengan koleksi tumbler comel Hello Kitty.
Koleksi tumbler comel ini turut dihiasi dengan elemen bertemakan Malaysia. Daripada Bunga Raya yang cantik hinggalah kepada raja segala buah – Durian, Nasi Lemak yang digemari ramai dan Wau tradisional.
Jika nak tahu lebih lanjut tentang kempen #Malaysiaku, ikuti platform media sosial GSC.
*Kombo bertih jagung Gemilang boleh didapati di semua pawagam GSC di Semenanjung Malaysia sahaja. Tidak termasuk Aurum Theatre di The Gardens Mall, KL
1 thought on “Golden Screen Cinemas Persembahkan Kempen #Malaysiaku Sempena Merdeka”