Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Brick Parkour Asian Tour

Brick Parkour Asian Tour 2023 Meriahkan AEON MALL Shah Alam

Posted on 08/17/202308/24/2023 by 123mamanet

Brick Parkour Asian Tour 2023 | Baru-baru ini, Brick Parkour Asian Tour 2023 telah berlangsung selama dua hari. Bermula dari 15 hingga 16 Ogos 2023, di AEON MALL Shah Alam.

Isi Kandungan hide
1 Brick Parkour Asian Tour 2023
1.1 Atlet Parkour Antarabangsa
1.2 Tahniah Buat Pemenang!

 

Brick Parkour Asian Tour

Brick Parkour Asian Tour 2023

Menariknya, AEON Malaysia telah menjadi tuan rumah buat julung kalinya dalam acara yang gemilang ini. Acara tersebut menampilkan peserta dari pelbagai negara, berkumpul di AEON MALL Shah Alam untuk mempamerkan kecekapan mereka dalam seni parkour yang mencabar.

Ia turut memberikan peluang kepada komuniti tempatan untuk menyaksikan aksi-aksi luar biasa dan merasai semangat persaingan antarabangsa secara langsung.

Ini adalah suatu momen bersejarah, bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di seluruh Rantau Asia Tenggara. Sebelum ini, acara ini telah berlangsung di Indonesia. Seterusnya, acara ini akan berlangsung pula di Thailand, Vietnam, dan Filipina.

Baca Juga: Joging Cara Pantas Bakar Kalori

 

Brick Parkour Asian Tour

Atlet Parkour Antarabangsa

Dalam Brick Parkour Asian Tour, terdapat tiga disiplin parkour yang dipertandingkan iaitu kemahiran, gaya bebas dan kelajuan. Atlet-atlet Parkour antarabangsa seperti Javier Rodriguez dari Mexico, Audrey Johnson atlet wanita dari Amerika Syarikat, Carly Cordt Moeller dari Switzerland  dan Stephanie dari Australia turut serta dalam acara ini.

Brick Parkour Asian Tour

Tahniah Buat Pemenang!

Parkour speedrun Challenge Bricks Asian Tour, Atlet Tempatan vs Antarabangsa (pusingan akhir) menyaksikan peserta dari Malaysia, Muhammad Naqib Abu Bakar menjadi Juara

Diikuti oleh peserta tempat kedua, Koh Chen Pin dan Muhammad Faiz Saifulrahman dari Singapura menjadi pemenang tempat ketiga.

Baca Juga: Kempen #Malaysiaku Sempena Merdeka

Acara tersebut menjadi lebih bermakna dengan kehadiran Timbalan Menteri, Kementerian Belia dan Sukan, Y.Bhg Adam Ali dan tetamu jemputan khas iaitu Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG), Morinari Watanabe. Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif, Persekutuan Gimnastik Malaysia, Dato Tan Gin Soon, Setiausaha Pertama, Konsulat Jepun Malaysia, Daisuke Takakashi serta Timbalan Pengarah Urusan AEON Malaysia, Naoya Okada.

Sekalung tahniah dan syabas juga buat AEON Mall Malaysia atas kejayaan penganjuran acara hebat yang julung kalinya ini.

la bukan sekadar mempromosi sukan, tetapi juga membina komuniti yang aktif. Di samping menyokong kepada gaya hidup sihat di kalangan masyarakat serta berdaya tahan dalam menghadapi cabaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Recent Posts

  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme