Hotel Royal Signature merupakan nama terbaru dalam industri hospitaliti di Kuala Lumpur. Kini mengundang anda untuk menikmati Bufet Sulung eksklusif mereka yang bertemakan “Sajian Titian Desa” sempena bulan Ramadan yang mulia.

Hotel Royal Signature Tawar 200+ Hidangan
Abadikan kenangan terindah bersama orang tersayang sambil menikmati hidangan lazat yang memukau dengan tema tradisional Malaysia di Hotel Royal Signature.
Dalam bufet makan malam ini, lebih daripada 200 jenis hidangan tradisional Melayu dan Antarabangsa disediakan untuk para tetamu.
Suasana bufet dimeriahkan dengan aksi memasak secara langsung oleh eksekutif chef, Chef Tony Tang dan pasukan kulinari beliau. Mereka menghadirkan hidangan-hidangan yang diinspirasikan daripada desa zaman kanak-kanak mereka.
Baca Juga:
Kambing Perap Yang Sedap Dan Juicy
Nasi Lemak Sedap

Masakan Tradisional dan Antarabangsa
Hidangan utama seperti Kambing Golek dan Kari Kepala Ikan “Istimewa” Kedah menjadi tarikan utama dalam bufet ini. Terdapat juga pelbagai hidangan lain seperti Gulai Kawah Tulang Rawan, Asam Pedas Ekor Melaka dan Sate.
Selain itu juga pelbagai hidangan laut segar seperti Seafood on Ice, Ikan Siakap Bakar, dan Sambal Petai Udang Karang.
Kambing Golek yang mendapat sentuhan gaya masakan barat oleh Chef Tang yang berinovatif dalam mencetuskan resepi baharu daripada menu tradisional hidangan tersebut.
Manakala Kari Kepala Ikan “Istimewa” Kedah juga merupakan antara hidangan yang mendapat sambutan ramai sebagai hidangan yang memberikan sentuhan klasik dalam bufet makan malam ini.
Bufet makan malam “Sajian Titian Desa” turut dilengkapi dengan pelbagai pilihan pencuci mulut tradisi Malaysia.Antaranya Ais Kacang, kuih-muih Melayu, chocolate fountain, dan lain-lain lagi.


Rasa Asli Masakan Turun Temurun
Menurut Pengurus Besar Hotel Royal Signature, May Cheong @ Nurul, “Hidangan yang kami tampilkan dalam bufet makan malam Sajian Titian Desa ini adalah bercirikan resepi yang telah diturunkan dari generasi ke generasi sejak zaman tok nenek kita, mencerminkan rasa asli masakan turun temurun.”
Selain menikmati hidangan, tetamu juga dapat menikmati hiburan secara langsung setiap hari dengan penampilan istimewa oleh penyanyi Reyhana Yunus dan Fareez Fauzi. Kemudahan surau juga disediakan untuk tetamu yang beragama Islam.
Bersempena dengan bulan Ramadan yang penuh berkat, Hotel Royal Signature juga melakukan inisiatif sosial korporat dengan menyumbangkan sejumlah RM1.00 daripada setiap penjualan bufet makan malam Sajian Titian Desa kepada Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah.

“Early Bird” Bermula 1 Februari-1 Mac 2024
Bufet makan malam Sajian Titian Desa berlangsung di restoran Asian Pot dari 12 Mac 2024 hingga 6 April 2024, dari jam 7.00 malam hingga 9.30 malam. Harga bagi dewasa adalah RM 178.00 bersih, warga emas (60 tahun ke atas) RM 128.00 bersih, dan kanak-kanak (7 hingga 12 tahun) RM 98.00 bersih. Terdapat juga diskaun 20% untuk pemegang kad RHB dan tawaran beli 10, percuma 1.
Bagi mereka yang merancang untuk menempah lebih awal, tawaran “Early Bird” tersedia bermula dari 1 Februari 2024 hingga 1 Mac 2024. Bermula dengan harga RM 128.00 bersih untuk setiap dewasa (harga asal RM 178.00 bersih).
Tempahan boleh dibuat melalui e-mel di fb.secretary@hotelroyalsignature.com atau melalui panggilan telefon atau WhatsApp di +60 16-808 3188.
Pakej Penginapan Ramadan Eksklusif dari Hotel Royal Signature!
Selain itu, untuk mereka yang ingin meraikan bulan Ramadan dengan berkumpul bersama keluarga tercinta ini ada berita baik. Hotel Royal Signature menawarkan Pakej Penginapan Titian Desa Ramadan eksklusif.
Harga pakej bermula dari RM 488.00 bersih untuk setiap bilik pada kadar satu malam. Pakej ini termasuk bufet sarapan sahur dan bufet makan malam Sajian Titian Desa. Di samping tempat letak kereta percuma dan snek Ramadan dalam bilik.
Selain itu diskaun 20% turut diberikan untuk pembelian tambahan untuk bufet makan malam Sajian Titian Desa. Tempoh tempahan dan penginapan bermula dari sekarang hingga 5 April 2024.
Tempahan pakej boleh dibuat melalui laman sesawang https://hotelroyalsignature.com dengan menggunakan kod akses FESTIVE. Untuk maklumat lanjut, hubungi melalui e-mel di reservation@hotelroyalsignature.com atau melalui panggilan telefon atau WhatsApp di +60 16 809 5188.


2 thoughts on “Hotel Royal Signature Tawar 200+ Hidangan Bufet Ramadan 2024”