Memandangkan bulanRamadan yang semakin hampir, sudahkah anda membuat rancangan untuk menikmati hidangan bufet istimewa di hotel? Jika anda mencari sesuatu yang memenuhi rasa klasik dan membangkitkan kenangan tradisi lama, bufet Ramadan “Citarasa Klasik” di Hotel Royal Kuala Lumpur adalah pilihan yang tepat untuk anda
Lebih 100 Hidangan Ditawarkan
Ketua juru masak hotel, Mohd Hafif Mohd Saleh bersama dengan barisan dapur beliau telah menyediakan hidangan istimewa yang cukup menyelerakan dan membawa kita merasai kepelbagaian hidangan yang disajikan dalam Bufet Ramadan ini. “Citarasa Klasik” menjanjikan pengalaman makanan yang memuaskan dengan lebih dari 100 hidangan yang disediakan untuk dinikmati oleh para tetamu.
Baca Juga:
Bufet Ramadan 2024 di Hotel Royal Signature
Resepi Sagu Gula Melaka
Resepi Kari Ayam Lazat




Nikmati Hidangan Bufet Hebat, Hotel Royal Kuala Lumpur
Dari Nasi Biryani yang kaya dengan rempah ratus sehinggalah kepada Kambing Kuzi yang tak dapat ditolak. Setiap hidangan memancarkan kesedapan dan keunikan budaya Malaysia.
Pilihan Kerabu yang segar,seperti Kerabu Mangga Muda,Kerabu Daging dan Kerabu Ayam, serta pelbagai jenis Agar-Agar untuk pencuci mulut. Anda boleh menikmati Agar-Agar Cendol, Agar-Agar Santan, Tapai Pulut, Tapai Ubi dan pelbagai lagi pilihan.
Sup Mee Panas dan Goreng Gorengan juga akan menjadi tarikan di Signature Stalls .Salah satu aspek yang paling menarik dari bufet ini adalah pelbagai pilihan hidangan yang disajikan. Dari makanan pembuka hingga pencuci mulut, tetamu dapat menikmati hidangan dari pelbagai masakan yang berbeza.



Antara hidangan yang disyorkan oleh ketua juru masak, termasuklah hidangan seperti Ekor Sapi Masak Asam Pedas yang kaya dengan perisa rempah, Masak Lemak Ayam dengan Rebung yang lazat serta Patin Masak Tempoyak yang memikat selera.
Selain daripada hidangan bufet yang hebat, Hotel Royal Kuala Lumpur juga turut menyediakan persembahan oleh artis jemputan khas iaitu iaitu Kelly Azman dan juga Ani Maiyuni untuk menghiburkan tetamu semasa mereka berbuka puasa.
Jom Buat Tempahan Sekarang!
Bufet Ramadan “Citarasa Klasik” ini akan disajikan di Restoran Makan Makan, Tingkat Mezanin Hotel Royal Kuala Lumpur.
Bermula dari 13 Mac hingga 4 April 2024 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Harga bufet adalah RM108.00 nett untuk dewasa dan RM58.00 nett untuk warga emas dan kanak-kanak.
Manakala untuk early bird (sehingga 5 Mac) harga yang ditawarkan hanyalah RM88 sahaja.
Untuk tempahan kumpulan 10 orang, 1 tempahan percuma akan diberikan (maksimum 3 tempahan percuma sahaja).
Untuk membuat tempahan sila hubungi (603) 2148 6888, sambungan 2855 atau 2858.
1 thought on “Hotel Royal Kuala Lumpur Bufet Ramadan 2024”