Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Hotel Royal Kuala Lumpur

Hotel Royal Kuala Lumpur Bufet Ramadan 2024

Posted on 02/06/2024 by 123mamanet

Memandangkan bulanRamadan yang semakin hampir, sudahkah anda membuat rancangan untuk menikmati hidangan bufet istimewa di hotel? Jika anda mencari sesuatu yang memenuhi rasa klasik dan membangkitkan kenangan tradisi lama, bufet Ramadan “Citarasa Klasik” di Hotel Royal Kuala Lumpur adalah pilihan yang tepat untuk anda

Isi Kandungan hide
1 Lebih 100 Hidangan Ditawarkan
2 Nikmati Hidangan Bufet Hebat, Hotel Royal Kuala Lumpur
3 Jom Buat Tempahan Sekarang!

Hotel Royal Kuala Lumpur

Lebih 100 Hidangan Ditawarkan

Ketua juru masak hotel, Mohd Hafif Mohd Saleh bersama dengan barisan dapur beliau telah menyediakan hidangan istimewa yang cukup menyelerakan dan membawa  kita merasai kepelbagaian hidangan yang disajikan dalam Bufet Ramadan ini. “Citarasa Klasik” menjanjikan pengalaman makanan yang memuaskan dengan lebih dari 100 hidangan yang disediakan untuk dinikmati oleh para tetamu.

Baca Juga:

Bufet Ramadan 2024 di Hotel Royal Signature 

Resepi Sagu Gula Melaka

Resepi Kari Ayam Lazat

 

Bufet Ramadan
Pelbagai pilinan pencuci mulut yang enak
bufet ramadan
Pucuk Manis Masak Lemak Putih & Keledek
Bufet Ramadan
Rendang Daging
bufet ramadan
Udang Masak Lemak & Daun Pegaga + Kacang Buncis

bufet ramadan

Nikmati Hidangan Bufet Hebat, Hotel Royal Kuala Lumpur

Dari Nasi Biryani yang kaya dengan rempah ratus sehinggalah kepada Kambing Kuzi yang tak dapat ditolak. Setiap hidangan memancarkan kesedapan dan keunikan budaya Malaysia.

Pilihan Kerabu yang segar,seperti Kerabu Mangga Muda,Kerabu Daging dan Kerabu Ayam, serta pelbagai jenis Agar-Agar untuk pencuci mulut. Anda boleh menikmati Agar-Agar Cendol, Agar-Agar Santan, Tapai Pulut, Tapai Ubi dan pelbagai lagi pilihan.

Sup Mee Panas dan Goreng Gorengan juga akan menjadi tarikan di Signature Stalls .Salah satu aspek yang paling menarik dari bufet ini adalah pelbagai pilihan hidangan yang disajikan. Dari makanan pembuka hingga pencuci mulut, tetamu dapat menikmati hidangan dari pelbagai masakan yang berbeza.

Hotel Royal Kuala Lumpur
Masak Lemak Ayam Dengan Rebung
Hotel Royal Kuala Lumpur
Ekor Sapi Masak Asam Pedas Dengan Bendi
Hotel Royal Kuala Lumpur
Patin Masak Tempoyak

Antara hidangan yang disyorkan oleh ketua juru masak,  termasuklah hidangan  seperti Ekor Sapi Masak Asam Pedas yang kaya dengan perisa rempah, Masak Lemak Ayam dengan Rebung yang lazat serta Patin Masak Tempoyak yang memikat  selera.

Selain daripada hidangan bufet yang hebat, Hotel Royal Kuala Lumpur juga turut menyediakan persembahan oleh artis jemputan khas iaitu iaitu Kelly Azman dan juga Ani Maiyuni untuk menghiburkan tetamu semasa mereka berbuka puasa.

Jom Buat Tempahan Sekarang!

Bufet Ramadan “Citarasa Klasik” ini akan disajikan di Restoran Makan Makan, Tingkat Mezanin Hotel Royal Kuala Lumpur.

Bermula dari 13 Mac hingga 4 April 2024 dari jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.

Harga bufet adalah RM108.00 nett untuk dewasa dan RM58.00 nett untuk warga emas dan kanak-kanak.

Manakala untuk early bird (sehingga 5 Mac) harga yang ditawarkan hanyalah RM88 sahaja.

Untuk tempahan kumpulan 10 orang, 1 tempahan percuma akan diberikan (maksimum 3 tempahan percuma sahaja).

Untuk membuat tempahan sila hubungi (603) 2148 6888, sambungan 2855 atau 2858.

1 thought on “Hotel Royal Kuala Lumpur Bufet Ramadan 2024”

  1. Pingback: Concorde Hotel Shah Alam Bufet Ramadan 2024 - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia

Recent Posts

  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme