Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kempen mari beli lokal

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi

Posted on 04/29/202405/05/2024 by 123mamanet

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan RM2.5 juta hasil jualan usahawan tempatan melalui Kempen Mari Beli Lokal — Ramadan & Raya Tahun 2024.

Isi Kandungan hide
1 Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya
2 Sokongan Terhadap Produk Tempatan
3 Platform MyMall
4 Ketengahkan Konsep Malaysia MADANI

kempen mari beli lokal

Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya

KUSKOP memperkenalkan kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya. Ini merupakan  kali kedua susulan kejayaan kempen tersebut pada tahun 2023 yang meraih nilai jualan sehingga RM2.5 juta.

Seperti tahun 2023, kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya turut dikuasakan oleh platform digital tanpa caj iaitu MyMall.

Hampir 500 usahawan dijangka akan menyertai Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan & Raya pada kali ini yang menawarkan pelbagai produk. Antaranya  seperti pes masakan segera, produk runcit, pakaian raya dan kuih raya.

Kempen ini juga disertai jenama-jenama terkenal seperti Lima Waktu, Bulan Bintang, Shasya Habib, Primavalet, Bunga, Nur Aisyah, Ola Oli, V3, SKNN, Qi Rahman dan Agarbomb.

Sokongan Terhadap Produk Tempatan

Menurut YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, sebagaimana pelaksanaan pada tahun 2023, Kempen Mari Beli Lokal Ramadan & Raya.

Ia bertujuan menarik sokongan orang ramai kepada produk tempatan yang dikeluarkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di negara ini.

Baca Juga:

Kebaikan Air Lemon Suam

Tips Menabung Tanpa Gagal

 

kempen mari beli lokal

Platform MyMall

Melalui adaptasi jualan dalam talian dengan menggunakan platform MyMall, secara langsung inisiatif ini membantu proses pendigitalan PMKS dan koperasi di Malaysia.

Usahawan dan koperasi tempatan yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dijemput untuk menyertai platform jualan digital MyMall. Bagi yang berminat boleh mendaftarkan peniagaan di www.mymallmalaysia.my.

Manakala bagi yang berminat mendapatkan kelengkapan Ramadan dan Raya seperti makanan, pakaian, perhiasan dan pelbagai keperluan lain. Anda boleh membuat pesanan menerusi www.mymallmalaysia.my atau aplikasi MyMall 2.0 yang boleh dimuat turun di Playstore atau AppStore.

Ketengahkan Konsep Malaysia MADANI

Selain menyediakan platform @-dagang tanpa Caj, MyMall turut menawarkan akses terhadap pembangunan kapasiti, pembiayaan perniagaan dan pemasaran kepada usahawan dan koperasi tempatan.

KUSKOP terus komited dalam membantu pembangunan usahawan dan koperasi dengan pelbagai inisiatif terkini dan berimpak tinggi. Langkah ini bertepatan dengan konsep Malaysia MADANI, iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

1 thought on “Kempen Mari Beli Lokal – Ramadan Raya 2024 Kembali Lagi”

  1. Pingback: Koleksi  pakaian renang Joey & Mom Unik Dan Berkualiti Tinggi - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL

Recent Posts

  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme