Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
IMPACT Ergo Comfort

IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack-  Beg Sekolah Terbaik untuk Postur dan Kesihatan Anak

Posted on 10/17/2024 by 123mamanet

Mencari beg sekolah yang bukan sahaja bergaya tetapi juga menjaga kesihatan tulang belakang anak anda? IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack adalah pilihan yang tepat!

Isi Kandungan hide
1 Keunggulan IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack
1.1 Sistem Perlindungan Tulang Belakang yang Dipatenkan
1.2 Sokongan Ergonomik untuk Keselesaan Maksimum
1.3 Bahan Reflektif untuk Keselamatan
1.4 Reka Bentuk Ringan dan Kukuh
1.5 Ruang Penyimpanan Teratur
1.6 Kualiti Pembuatan & Jaminan
2 Mengapa Anda Perlu Memilih IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack?
3 Pilihan Terbaik untuk Anak Anda
4 Beli Sekarang!

Dengan reka bentuk ergonomik yang memenangi Malaysia Good Design Award 2023, beg ini direka khas untuk membantu postur yang baik dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang.

Sesuai untuk pelajar, ia bukan sahaja memastikan keselesaan, tetapi juga menjaga kesihatan tulang belakang anak anda. Baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui  mengapa kerusi ergonomik menjadi pilihan utama bagi ibu bapa yang mementingkan kesihatan dan kesejahteraan anak-anak mereka

IMPACT Ergo-Comfort

Keunggulan IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack

  • Sistem Perlindungan Tulang Belakang yang Dipatenkan

IMPACT Ergo-Comfort dilengkapi dengan Patented Orthopaedic Spinal Protection System, yang direka khusus untuk mengurangkan tekanan pada tulang belakang anak anda. Sistem ini membantu mengekalkan postur yang betul semasa membawa beban berat yang penting bagi pertumbuhan tulang belakang yang sihat.

  • Sokongan Ergonomik untuk Keselesaan Maksimum

Beg ini dilengkapi dengan tali bahu berbentuk “U Neck Fit” yang direka untuk keselesaan sepanjang hari. Anak anda tidak akan merasa terbeban walaupun membawa banyak buku kerana tali bahu yang tebal dan empuk membantu menyebarkan beban dengan lebih seimbang. Sekaligus dapat mengurangkan tekanan pada bahu dan belakang.

 

IMPACT Ergo-Comfort

  • Bahan Reflektif untuk Keselamatan

Selain menjaga kesihatan tulang belakang, beg ini juga dilengkapi dengan bahan keselamatan reflektif USA 3M Scotchlite yang memastikan anak anda dilihat dengan jelas dalam keadaan pencahayaan rendah. Ini menjadikannya lebih selamat untuk anak anda beraktiviti pada waktu petang atau pagi.

  • Reka Bentuk Ringan dan Kukuh

IMPACT Ergo-Comfort hanya seberat 890g menjadikannya antara beg sekolah paling ringan dalam kategorinya. Walaupun ringan, beg ini mempunyai struktur yang sangat kukuh dan tahan lama, diperbuat daripada bahan nilon balistik berkualiti tinggi yang tahan air, debu dan juga sinar UV.

  • Ruang Penyimpanan Teratur

Beg ini menawarkan banyak ruang penyimpanan dengan beberapa kompartmen teratur yang dilengkapi tali elastik. Ini membolehkan anak anda menyimpan buku, bekas pensel dan juga peralatan sekolah mereka dengan mudah dan rapi. Selain itu, beg ini juga mempunyai tali pinggang yang boleh ditanggal, memberi sokongan tambahan apabila diperlukan.

  • Kualiti Pembuatan & Jaminan

Dibuat sepenuhnya di Korea dengan bahan yang berkualiti tinggi. Jaminan selama setahun untuk jahitan dan jaminan 6 bulan untuk zip. Zip mungkin terasa sedikit ketat pada awalnya, tetapi selepas beberapa kali digunakan, ia akan berfungsi dengan lebih lancar. Reka bentuk “Loop Lock” juga memastikan zip ini tahan lama.

Mengapa Anda Perlu Memilih IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack?

Beg sekolah ergonomik

Sebagai ibu bapa, kesihatan dan keselamatan anak-anak pastinya menjadi keutamaan. Dengan IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack, anda bukan sahaja memberi anak anda beg sekolah yang bergaya dan praktikal.

Malahan ia juga melindungi tulang belakang mereka daripada tekanan berlebihan. Kajian menunjukkan bahawa membawa beban berat dengan beg yang tidak ergonomik boleh memberi kesan negatif kepada pertumbuhan tulang belakang anak-anak.

Beg ini juga satu-satunya beg ergonomik yang diakui oleh Singapore Physiotherapy Association dan The Chiropractic Association (Singapore) menjadikannya pilihan terbaik untuk memastikan anak anda membawa barang-barang mereka dengan selamat tanpa risiko kerosakan tulang belakang.

Pilihan Terbaik untuk Anak Anda

Jika anda sedang mencari beg sekolah yang berkualiti, IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack adalah pelaburan yang sangat berbaloi untuk kesihatan anak anda. Ia bukan sahaja menawarkan kelebihan ergonomik. Tetapi juga memberikan pelbagai pilihan warna dan reka bentuk yang menarik untuk anak anda. Sama ada untuk sekolah atau aktiviti luar, beg ini adalah pilihan ideal bagi memastikan keselesaan dan keselamatannya.

Beli Sekarang!

IMPACT Ergo Comfort

Dapatkan beg ini sekarang dan berikan anak anda sokongan ergonomik yang mereka perlukan! Dapatkannya di Pavilion Bukit Jalil atau IOI City Mall. Tak pun anda boleh membeli secara dalam talian di laman web ergoworks Malaysia

Lindungi tulang belakang anak anda hari ini dengan IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack – pilihan terbaik untuk kesihatan tulang belakang yang optimum!

2 thoughts on “IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack-  Beg Sekolah Terbaik untuk Postur dan Kesihatan Anak”

  1. Pingback: Masalah Anak Kembung dan Cara Mengatasinya - 123mamanet
  2. Email; Transaction NoZO81. GET => https://telegra.ph/Go-to-your-personal-cabinet-08-25?hs=19124c661a7af47d886061ea7ddf2883& says:
    11/01/2024 at 5:32 AM

    aipk4o

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme