Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
masalah anak kembung

Masalah Anak Kembung dan Cara Mengatasinya

Posted on 10/11/202410/20/2024 by 123mamanet

MASALAH anak kembung memang merimaskan. Dia akan merengek sepanjang hari dan anda perlu memberi tumpuan padanya agar dia berasa sedikit tenang. Rasa tidak selesa timbul bila angin berpusing-pusing dalam perut dan tidak mahu keluar (kentut).

Isi Kandungan hide
1 Apa Perlu Dibuat Apabila Anak Kembung Perut?
2 Panduan Atasi Masalah Anak Kembung
Mamanet membawa kisah seorang ibu yang berhadapan dengan masalah anak kembung. Ikuti perkongsian Puan Huzaimah Basar dalam blognya huzaimahbasar.blogspot.my mengenai ragam anaknya yang mengalami masalah perut kembung.

Apa Perlu Dibuat Apabila  Anak Kembung Perut?

“Apabila kakak Shaima’ demam. Lumpuh segala operasi. Kembung perut, angin sampai ke kepala. Sejak pagi semalam mengadu pening kepala. Ingatkan pening kurang tidur, kerana malam sebelum itu main sepuasnya dengan sepupu sampai lewat malam.
Pagi sabtu sepatutnya adik Hanzalah perlu berjumpa doktor untuk rawatan susulan bronchitis dan vaksin setahun. Alhamdulillah semuanya baik-baik. Kakak Shaima’ nampak tidak bermaya. Tiada selera untuk makan dan minum.

Urut-urut, umi yang sendawa. Selepas urusan adik Hanzalah selesai terus bawa Kakak Shaima’ berjumpa doktor. Kami risau kerana Kakak mengadu sakit perut. Ketika rawatan Kakak Shaima’ terus muntah dan tidak bermaya.

Percubaan memberi bubur nasi tidak berjaya. Sedikit sahaja yang dijamahnya. Sebelum ke rumah nenek singgah membeli buah kegemarannya anggur dan strawberi. Alhamdulillah, lebih sepuluh biji dimakannya. selepas itu kembali tiada selera. Air pun sedikit sahaja yang diminumnya.

Malamnya pula muntah di katil nenek. Sorry nenek, kakak tak sengaja.

Makan minum tak lalu. Sekarang ini tidur dan tidur lagi. Masak mi kicap dan nasi bubur pun tiada selera makan. Meragam kerana pening kepala.

Menjelang asar, kelihatan Kakak Shaima’ selera untuk makan mi kicap dan sedikit biskut. Sudah mula bertenaga. Mula bermain bersama sepupunya. Riang gembira bermain hujan. Makan juga bertambah selera.

Alhamdulillah sudah kembali normal.”

Baca Juga:

IMPACT Ergo-Comfort Spinal Support Backpack

Diet Sihat Tanpa Gula

Panduan Atasi Masalah Anak Kembung

  • Pastikan anak minum air masak – air yang tercemar dengan bakteria boleh memudaratkan lagi kesihatan anak dan boleh menyebabkan cirit-birit.
  • Elakkan minuman bersusu (kecuali susu ibu) – buat sementara waktu, elakkan susu kerana boleh mengganggu sistem pencernaan.
  • Makan buah-buah – kandungan serat dalam buah membantu pencernaan.
  • Kismis  dan kurma – dapat memberi tenaga dan mudah dihadam oleh perut.
  • Rehat yang cukup – biarkan dia tidur untuk memulihkan tenaga dan kesihatannya.
  • Biarkan dia muntah – Usah bimbang jika dia muntah kerana ia ada tindak balas semula jadi kepada mereka yang mengalami masalah kembung dan pencernaan. Waktu ini juga angin mungkin akan keluar.
  • Bawa ke doktor- Jika keadaan lebih teruk, bawa dia ke klinik.  Doktor mungkin akan memberinya ubat untuk melegakan angin dan sebagainya.

Dipetik dengan izin dari huzaimahbasar.blogspot.my  (Teks: Huzaimah Basar)

1 thought on “Masalah Anak Kembung dan Cara Mengatasinya”

  1. Pingback: Pocky Susu Baharu - Snek Rangup Kaya Kalsium & Serat - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha
  • Pelancaran Garis Panduan Optometris Malaysia

Recent Posts

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme