Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
guardian Malaysia

guardian Malaysia Sambut Ulang Tahun Ke-57!

Posted on 10/13/2024 by 123mamanet

guardian Malaysia meraikan ulang tahun ke-57 operasinya dengan pelbagai aktiviti yang memantapkan komitmennya terhadap kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Isi Kandungan hide
1 Aktiviti Menarik & Promsi Hebat Sempena Ulangtahun guardian Malaysia
2 Pink October: guardian Malaysia Pertingkat Perjuangan Menentang Kanser Payudara
3 Istimewa Oktober: Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu di guardian Malaysia
4 Parti Ulang Tahun Oktober: Diskaun 57% – Untuk Bulan Ini Sahaja!

guardian Malaysia

 Aktiviti Menarik & Promsi Hebat Sempena Ulangtahun guardian Malaysia

Antara aktiviti yang dilaksanakan termasuk:

  • Kempen Pink October dijayakan secara kolaborasi bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) untuk meningkatkan kesedaran, memperluaskan akses, di samping menggalakkan penglibatan masyarakat dalam perjuangan menentang kanser payudara.

 

  • Pelancaran jenama kecantikan dan kesejahteraan eksklusif baharu di stor-stor guardian Malaysia di seluruh negara dan dalam talian, yang bakal disusuli dengan acara kemuncak rasmi akhir bulan ini di guardian The Exchange TRX bagi meraikan tawaran baharu yang menarik ini.

 

  • Promosi eksklusif diskaun 57% untuk pembelian item kedua untuk lebih 3,000 produk, ditawarkan di stor fizikal dan dalam talian sepanjang bulan ini.

Melalui inisiatif ini, guardian Malaysia menyasarkan untuk mengingatkan dan menggalakkan orang ramai untuk mengutamakan kesejahteraan dan kecantikan diri mereka.

Menurut  Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, kecantikan luaran dan kesejahteraan dalaman menuntut penjagaan secara harian.  “Ini termasuk pengetahuan tentang apa yang baik untuk anda dan kemampuan untuk mengakses ‘pilihan produk kecantikan dan kesejahteraan yang tepat’, tambahnya lagi.

Pink October: guardian Malaysia Pertingkat Perjuangan Menentang Kanser Payudara

guardian Malaysia

Kanser payudara kekal sebagai kanser #1 yang menjejaskan kaum wanita di Malaysia, dengan 1 dalam 19 wanita yang didiagnosis. Disebabkan faktor kurangnya kesedaran dan kadar pengesanan awal yang rendah – terutamanya di kalangan isi rumah berpendapatan rendah – hampir separuh daripada kes hanya disahkan pada peringkat akhir (Peringkat 3 dan 4).

Ini mengakibatkan kadar survival 5 tahun yang rendah iaitu 66.8%, di mana ia lebih rendah berbanding negara-negara Asia lain seperti Singapura (79%), Korea Selatan (92.6%), dan Jepun (96.2%).

Pengesanan awal adalah penting dalam memerangi kanser payudara. Dengan kerjasama bersama Kundal dan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), guardian Malaysia akan memperkenalkan kit pemeriksaan payudara Pink Glove eksklusif.

Kit ini mengandungi sarung tangan gosok dengan langkah-langkah pemeriksaan sendiri, dua botol mandian badan, dan satu skrub badan, dijual pada harga RM23.88.

Untuk setiap kit Pink Glove yang terjual, sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada NCSM bagi menyokong usaha-usaha pendidikan, kesedaran, dan program pengesanan awal kanser payudara.

Selain itu, 10,000 kit Pink Glove akan diedarkan oleh NCSM kepada wanita yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, berkata, “Kami berterima kasih kepada guardian Malaysia di atas usaha untuk  menambahbaik akses kepada pemeriksaan sendiri kanser payudara. Kit Pink Glove, yang digabungkan dengan kempen kesedaran, sumbangan, dan agihan kepada wanita kurang berkemampuan, menawarkan pendekatan yang holistik dalam menangani kanser payudara merentasi semua demografi.”

Sepanjang bulan Pink October, guardian akan menjalankan kempen digital bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pengesanan awal, termasuk video oleh Dr. Tan Gie Hooi, Pakar Bedah Payudara & Onkoplastik, mengenai kepentingan pengesanan awal.

Selain itu, NCSM akan menganjurkan sesi informatif mengenai kesedaran kanser payudara di guardian The Exchange TRX dari 21 hingga 27 Oktober 2024, diikuti dengan kempen pendidikan dan saringan yang menyasarkan komuniti kurang berkemampuan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang.

Baca Juga:

Kerusi Ergonomik Terbaik Untuk Anak Selesa Belajar

Diet Sihat Tanpa Gula

Istimewa Oktober: Pelancaran Jenama Eksklusif Baharu di guardian Malaysia

“guardian Malaysia terus memilih susun jenama kecantikan dan kesejahteraan terbaik untuk pelanggan kami. Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-57, kami akan melancarkan lebih daripada 20 jenama baharu dan eksklusif bulan ini,” tambah Anna.

Jenama-jenama baharu ini akan tersedia di stor fizikal dan dalam talian mulai minggu pertama bulan Oktober 2024.

personal care

Parti Ulang Tahun Oktober: Diskaun 57% – Untuk Bulan Ini Sahaja!

57% off skin care

Bagi meraikan ulang tahun ke-57, guardian menawarkan diskaun 57% untuk item kedua untuk lebih 3,000 produk terpilih sepanjang bulan Oktober 2024.

Maklumat mengenai produk yang ditawarkan boleh didapati secara dalam talian di e-katalog guardian baharu atau melalui aplikasi dan eStore guardian di www.guardian.com.my.

Sebagai reaksi terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk pembelian dalam talian, guardian Malaysia juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran e-katalog baharunya – cara yang lebih mudah dan menarik untuk pelanggan meneroka pelbagai rangkaian produk kesihatan dan kecantikan kami.

Mix nMatch 57%

E-Katalog interaktif ini direka untuk meningkatkan pengalaman melayari, menjadikannya lancar dan mesra mudah alih. Dengan penampilan yang segar dan moden, e-katalog ini menampilkan elemen interaktif di samping menghubungkan pengguna secara langsung ke platform e-dagang Guardian untuk pembelian yang mudah dan tanpa masalah.

“Ini merupakan bulan yang mengujakan buat pelanggan kami! Kami mengajak semua orang untuk meraikan ulang tahun kami dengan menikmati produk hebat pada nilai yang tiada tandingan, di samping menyokong kempen kesedaran kanser payudara kami bersama NCSM. Kami berharap kejayaan dalam memupuk kecantikan dan kesejahteraan rakyat Malaysia ini kekal untuk 57 tahun lagi,” jelas Anna mengakhiri.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme