Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan menobatkan tiga usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) Edisi Keenam yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.
SAY LEAD merupakan sebuah program pembangunan keusahawanan anjuran Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan sendiri oleh DYTM Raja Muda Selangor. Program ini bertujuan memperkasakan usahawan OKU dengan memberi pendedahan, bimbingan serta peluang pasaran agar mereka mampu bersaing setara dalam dunia perniagaan.

SAY LEAD Edisi Keenam: 30 Peserta, 10 Finalis, 3 Ikon Usahawan
Bermula sejak Mei 2025, SAY LEAD Edisi Keenam telah menerima penyertaan 30 usahawan OKU dari seluruh negeri Selangor. Para peserta menjalani kursus intensif meliputi modul penting seperti:
-
Profil keusahawanan
-
Penjenamaan & pemasaran digital
-
Pengurusan kewangan
-
Sesi perkongsian bersama agensi berkaitan
-
Bengkel bisnes profil & pembentangan perniagaan
Daripada jumlah tersebut, hanya 10 usahawan OKU terbaik mara ke pusingan akhir untuk membuat pembentangan di hadapan lima orang juri profesional yang diketuai oleh DYTM Raja Muda Selangor sendiri.

Sokongan Strategik & Penajaan
Program SAY LEAD turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak:
-
Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi
-
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (data peserta OKU)
-
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang menaja RM20,000 dan menyediakan bimbingan lanjutan kepada usahawan OKU
-
Google, sebagai penaja tambahan pelaksanaan program
-
Yayasan Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor, penaja sistem POS serta laman web percuma
Kerjasama strategik ini menjadi bukti komitmen pelbagai agensi dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan inklusif di Selangor.
Panel Juri Pusingan Akhir
-
DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
(Pengasas & Penaung Diraja Selangor Youth Community – SAY) -
YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi
(EXCO Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif) -
YBrs. Puan Damaiyanti binti Mohd Nawi
(Ketua Pejabat Wilayah Tengah, PUNB) -
YBrs. Pn Siti Nur Hazwani binti Md Sabudin
(Pengarah Projek PLATS, merangkap Pengurus Kanan Yayasan MBI Selangor) -
YBrs. Pn Aisyah binti Abdul Rahman
(Eksekutif Kanan, Jabatan Latihan Institut Keusahawanan Negara – INSKEN)
Senarai Pemenang SAY LEAD Edisi Keenam
Tiga usahawan OKU telah diumumkan sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor 2025, iaitu:
-
Juara: Nur Sabrina binti Md Salleh (30 tahun)
-
Naib Juara: Norhaiza binti Selamat (45 tahun)
-
Tempat Ketiga: Nor Azura binti Othman (44 tahun)
Selain itu, seorang peserta turut menerima anugerah Usahawan Harapan.
Ganjaran & Peluang Bimbingan
Para pemenang menerima pelbagai manfaat termasuk:
-
Piala & sijil pengiktirafan daripada SAY
-
Geran perniagaan tajaan PUNB:
-
RM5,000 (Juara)
-
RM4,000 (Naib Juara)
-
RM3,000 (Ketiga)
-
RM1,000 (Usahawan Harapan)
-
-
Penyertaan automatik ke program SAY LEAD+ (bimbingan 3 bulan)
-
Bimbingan kewangan daripada PUNB
-
POS Sistem tajaan MBI Selangor & laman web percuma daripada App Engage

Memacu Keusahawanan OKU Selangor
Matlamat utama SAY LEAD adalah untuk mempromosikan perniagaan usahawan OKU dan mengubah landskap keusahawanan inklusif di Selangor. Dengan adanya bimbingan, penajaan, dan sokongan strategik, usahawan OKU kini berpeluang mengembangkan perniagaan mereka hingga ke pasaran digital dan eksport.
DYTM Raja Muda Selangor menzahirkan komitmen berterusan dalam memastikan usahawan OKU bukan sahaja berdaya saing.Malah, mampu menjadi inspirasi dalam pembangunan ekonomi negeri.
Untuk maklumat lanjut mengenai program SAY LEAD dan inisiatif lain Selangor Youth Community (SAY), layari: www.selangoryouth.com
