Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
DYTM Raja Muda Selangor bersama para pemenang Ikon Usahawan OKU SAY LEAD 2025

Raja Muda Selangor Nobat Ikon Usahawan OKU SAY LEAD

Posted on 08/29/2025 by 123mamanet

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan menobatkan tiga usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) Edisi Keenam yang berlangsung di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.

Isi Kandungan hide
1 SAY LEAD Edisi Keenam: 30 Peserta, 10 Finalis, 3 Ikon Usahawan
2 Sokongan Strategik & Penajaan
3 Panel Juri Pusingan Akhir
4 Senarai Pemenang SAY LEAD Edisi Keenam
5 Ganjaran & Peluang Bimbingan
6 Memacu Keusahawanan OKU Selangor

SAY LEAD merupakan sebuah program pembangunan keusahawanan anjuran Selangor Youth Community (SAY), sebuah organisasi bukan kerajaan yang diasaskan sendiri oleh DYTM Raja Muda Selangor. Program ini bertujuan memperkasakan usahawan OKU dengan memberi pendedahan, bimbingan serta peluang pasaran agar mereka mampu bersaing setara dalam dunia perniagaan.

DYTM Raja Muda Selangor bergambar bersama para pemenang di atas pentas majlis penyampaian anugerah

SAY LEAD Edisi Keenam: 30 Peserta, 10 Finalis, 3 Ikon Usahawan

Bermula sejak Mei 2025, SAY LEAD Edisi Keenam telah menerima penyertaan 30 usahawan OKU dari seluruh negeri Selangor. Para peserta menjalani kursus intensif meliputi modul penting seperti:

  • Profil keusahawanan

  • Penjenamaan & pemasaran digital

  • Pengurusan kewangan

  • Sesi perkongsian bersama agensi berkaitan

  • Bengkel bisnes profil & pembentangan perniagaan

Daripada jumlah tersebut, hanya 10 usahawan OKU terbaik mara ke pusingan akhir untuk membuat pembentangan di hadapan lima orang juri profesional yang diketuai oleh DYTM Raja Muda Selangor sendiri.

Seorang peserta bergambar bersama DYTM Raja Muda Selangor dan ahli terhormat di majlis penyampaian anugerah

Sokongan Strategik & Penajaan

Program SAY LEAD turut mendapat sokongan daripada pelbagai pihak:

  • Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor (data peserta OKU)

  • Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang menaja RM20,000 dan menyediakan bimbingan lanjutan kepada usahawan OKU

  • Google, sebagai penaja tambahan pelaksanaan program

  • Yayasan Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor, penaja sistem POS serta laman web percuma

Kerjasama strategik ini menjadi bukti komitmen pelbagai agensi dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan inklusif di Selangor.

Panel Juri Pusingan Akhir

  1. DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj
    (Pengasas & Penaung Diraja Selangor Youth Community – SAY)

  2. YB Tuan Mohd Najwan bin Halimi
    (EXCO Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan, Pemberdayaan Usahawan & Ekonomi Kreatif)

  3. YBrs. Puan Damaiyanti binti Mohd Nawi
    (Ketua Pejabat Wilayah Tengah, PUNB)

  4. YBrs. Pn Siti Nur Hazwani binti Md Sabudin
    (Pengarah Projek PLATS, merangkap Pengurus Kanan Yayasan MBI Selangor)

  5. YBrs. Pn Aisyah binti Abdul Rahman
    (Eksekutif Kanan, Jabatan Latihan Institut Keusahawanan Negara – INSKEN)

Senarai Pemenang SAY LEAD Edisi Keenam

Tiga usahawan OKU telah diumumkan sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor 2025, iaitu:

  • Juara: Nur Sabrina binti Md Salleh (30 tahun)

  • Naib Juara: Norhaiza binti Selamat (45 tahun)

  • Tempat Ketiga: Nor Azura binti Othman (44 tahun)

Selain itu, seorang peserta turut menerima anugerah Usahawan Harapan.

Ganjaran & Peluang Bimbingan

Para pemenang menerima pelbagai manfaat termasuk:

  • Piala & sijil pengiktirafan daripada SAY

  • Geran perniagaan tajaan PUNB:

    • RM5,000 (Juara)

    • RM4,000 (Naib Juara)

    • RM3,000 (Ketiga)

    • RM1,000 (Usahawan Harapan)

  • Penyertaan automatik ke program SAY LEAD+ (bimbingan 3 bulan)

  • Bimbingan kewangan daripada PUNB

  • POS Sistem tajaan MBI Selangor & laman web percuma daripada App Engage

Petugas SAY LEAD bergambar beramai-ramai selepas menjayakan program bersama DYTM Raja Muda Selangor

Memacu Keusahawanan OKU Selangor

Matlamat utama SAY LEAD adalah untuk mempromosikan perniagaan usahawan OKU dan mengubah landskap keusahawanan inklusif di Selangor. Dengan adanya bimbingan, penajaan, dan sokongan strategik, usahawan OKU kini berpeluang mengembangkan perniagaan mereka hingga ke pasaran digital dan eksport.

DYTM Raja Muda Selangor menzahirkan komitmen berterusan dalam memastikan usahawan OKU bukan sahaja berdaya saing.Malah, mampu menjadi inspirasi dalam pembangunan ekonomi negeri.

Untuk maklumat lanjut mengenai program SAY LEAD dan inisiatif lain Selangor Youth Community (SAY), layari: www.selangoryouth.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat

Recent Posts

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme