Grannies Kiosk Melawati kini semakin menjadi sebutan sebagai salah satu port sarapan best di Kuala Lumpur, khususnya bagi peminat nasi dagang Terengganu. Terletak di dalam Restoran Sajian Mak Lang, kiosk ini mungkin nampak sederhana, tetapi rasa yang ditawarkan memang di luar jangkaan.
Kalau anda sedang mencari nasi dagang sedap di Kuala Lumpur, Grannies Kiosk Melawati adalah antara tempat yang wajib masuk dalam senarai.

Dari Online ke Kiosk Pertama di Melawati
Jenama Grannies sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2018 dan dikenali melalui tempahan serta kolaborasi dengan beberapa kafe di sekitar Lembah Klang.
Selepas bertahun membina nama, akhirnya mereka membuka kiosk pertama sendiri pada tahun 2026 di kawasan Taman Melawati.
Keunikan utama Grannies Kiosk Melawati terletak pada resipi asli Terengganu yang masih dikekalkan memberikan rasa yang autentik, penuh nostalgia dan dekat dengan selera kampung.

Port Sarapan Padu Dengan Rasa Pantai Timur
Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, Grannies Kiosk Melawati memang sesuai untuk breakfast atau brunch santai.
Antara menu yang menjadi pilihan ramai termasuk:

- Nasi Dagang Ikan atau Udang
- Nasi Pulut Rendang Daging
- Laksa Kuah Putih & Laksa Kuah Merah
- Nasi Lemak Sambal Ikan
- Pulut Lepa & Pulut Tapai
- Nasi Goreng Ikan
- Aneka kuih-muih tradisional

Apa yang membuatkan Grannies Kiosk Melawati terus mendapat tempat di hati pelanggan adalah pendekatan mereka yang masih mengekalkan gaya masakan tradisional. Rasa yang sederhana tetapi cukup “kena” di tekak.
Nasi Dagang Grannies Memang Wajib Cuba
Jika ada satu menu yang wajib dicuba di Grannies Kiosk Melawati, mestilah nasi dagang mereka.
Nasinya lembut dan harum, dipadankan dengan gulai ikan tongkol yang pekat dan penuh rasa. Ini jenis hidangan yang tidak perlu diperkenalkan panjang. Sekali cuba, terus faham kenapa ramai yang repeat.
Selain itu, nasi pulut rendang daging juga antara menu yang mencuri perhatian dengan tekstur pulut yang lembut dan rendang yang berempah.
Dari Kiosk Biasa ke Pilihan Ramai
Walaupun hanya beroperasi sebagai kiosk, Grannies sudah mempunyai peminat tersendiri.
Hidangan mereka juga pernah menjadi pilihan beberapa selebriti seperti Siti Nurhaliza, Neelofa dan Aznil Nawawi . Satu bukti bahawa kualiti rasa mereka memang konsisten dan dipercayai.

Pengalaman Menarik di Grannies Makan Makan Fest
Semasa Grannies Makan Makan Fest Vol.1 yang berlangsung baru-baru ini (1-3hb Mei,2026) team 123mamanet bukan sahaja datang untuk makan, tetapi turut disajikan dengan aktiviti menarik seperti DIY Nasi Dagang Platter.

Aktiviti ini memberi peluang kepada kami rakan-rakan media/blogger/KOL untuk menghasilkan plating nasi dagang mengikut kreativiti masing-masing. Dari gaya tradisional hingga ke konsep moden. Ia menjadikan pengalaman makan lebih interaktif dan menyeronokkan.
Servis Catering Tanpa Minimum Order
Selain menikmati hidangan di kiosk, Grannies Kiosk Melawati juga menyediakan servis catering untuk pelbagai jenis acara seperti:
- Majlis hari jadi
- Gathering
- Event pejabat
- Hi-tea
Menariknya, tiada minimum order dikenakan ,menjadikannya lebih fleksibel untuk pelanggan.

Lokasi & Info
📍 Restoran Sajian Mak Lang
📍 Kawasan: Taman Melawati
🕖 Waktu Operasi: 7 pagi – 12 tengah hari (setiap hari)
Jika anda mencari nasi dagang sedap di Kuala Lumpur, Grannies Kiosk Melawati adalah antara pilihan yang patut dicuba, terutamanya bagi yang inginkan rasa asli Terengganu tanpa perlu ke Pantai Timur.

