Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
aneka kuih muih tradisional di Grannies Kiosk Melawati Alt Title: Kuih muih tradisional Grannies Melawati

Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL

Posted on 05/05/2026 by 123mamanet

Grannies Kiosk Melawati kini semakin menjadi sebutan sebagai salah satu port sarapan best di Kuala Lumpur, khususnya bagi peminat nasi dagang Terengganu. Terletak di dalam Restoran Sajian Mak Lang, kiosk ini mungkin nampak sederhana, tetapi rasa yang ditawarkan memang di luar jangkaan.

Isi Kandungan hide
1 Dari Online ke Kiosk Pertama di Melawati
2 Port Sarapan Padu Dengan Rasa Pantai Timur
3 Nasi Dagang Grannies Memang Wajib Cuba
4 Dari Kiosk Biasa ke Pilihan Ramai
5 Pengalaman Menarik di Grannies Makan Makan Fest
6 Servis Catering Tanpa Minimum Order
7 Lokasi & Info

Kalau anda sedang mencari nasi dagang sedap di Kuala Lumpur, Grannies Kiosk Melawati adalah antara tempat yang wajib masuk dalam senarai.

kiosk Grannies terletak di dalam Restoran Sajian Mak Lang Melawati

Dari Online ke Kiosk Pertama di Melawati

Jenama Grannies sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2018 dan dikenali melalui tempahan serta kolaborasi dengan beberapa kafe di sekitar Lembah Klang.

Selepas bertahun membina nama, akhirnya mereka membuka kiosk pertama sendiri pada tahun 2026 di kawasan Taman Melawati.

Keunikan utama Grannies Kiosk Melawati terletak pada resipi asli Terengganu yang masih dikekalkan memberikan rasa yang autentik, penuh nostalgia dan dekat dengan selera kampung.

Grannies Kiosk Melawati nasi dagang ikan kuah pekat

Port Sarapan Padu Dengan Rasa Pantai Timur

Dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 12 tengah hari, Grannies Kiosk Melawati memang sesuai untuk breakfast atau brunch santai.

Antara menu yang menjadi pilihan ramai termasuk:

hidangan nasi dagang udang dengan kuah gulai di Grannies Melawati

  • Nasi Dagang Ikan atau Udang
  • Nasi Pulut Rendang Daging
  • Laksa Kuah Putih & Laksa Kuah Merah
  • Nasi Lemak Sambal Ikan
  • Pulut Lepa & Pulut Tapai
  • Nasi Goreng Ikan
  • Aneka kuih-muih tradisional

Grannies Kiosk Melawati menyajikan pulut kuning dan keropok lekor

Apa yang membuatkan Grannies Kiosk Melawati terus mendapat tempat di hati pelanggan adalah pendekatan mereka yang masih mengekalkan gaya masakan tradisional. Rasa yang sederhana tetapi cukup “kena” di tekak.

Nasi Dagang Grannies Memang Wajib Cuba

Jika ada satu menu yang wajib dicuba di Grannies Kiosk Melawati, mestilah nasi dagang mereka.

Nasinya lembut dan harum, dipadankan dengan gulai ikan tongkol yang pekat dan penuh rasa. Ini jenis hidangan yang tidak perlu diperkenalkan panjang. Sekali cuba, terus faham kenapa ramai yang repeat.

Selain itu, nasi pulut rendang daging  juga antara menu yang mencuri perhatian dengan tekstur pulut yang lembut dan rendang yang berempah.

Dari Kiosk Biasa ke Pilihan Ramai

Walaupun hanya beroperasi sebagai kiosk, Grannies sudah mempunyai peminat tersendiri.

Hidangan mereka juga pernah menjadi pilihan beberapa selebriti seperti Siti Nurhaliza, Neelofa dan Aznil Nawawi . Satu bukti bahawa kualiti rasa mereka memang konsisten dan dipercayai.

 gambar bersama rakan-rakan blogger/kol di Grannies Makan Makan Fest Melawati

Pengalaman Menarik di Grannies Makan Makan Fest

Semasa Grannies Makan Makan Fest Vol.1 yang berlangsung baru-baru ini (1-3hb Mei,2026)  team 123mamanet bukan sahaja datang untuk makan, tetapi turut disajikan dengan aktiviti menarik seperti DIY Nasi Dagang Platter.

aktiviti DIY nasi dagang platter di Grannies Makan Makan Fest Melawati

Aktiviti ini memberi peluang kepada kami rakan-rakan media/blogger/KOL untuk menghasilkan plating nasi dagang mengikut kreativiti masing-masing. Dari gaya tradisional hingga ke konsep moden. Ia menjadikan pengalaman makan lebih interaktif dan menyeronokkan.

aneka kuih muih tradisional enak di Grannies Kiosk Melawati

Servis Catering Tanpa Minimum Order

Selain menikmati hidangan di kiosk, Grannies Kiosk Melawati juga menyediakan servis catering untuk pelbagai jenis acara seperti:

  • Majlis hari jadi
  • Gathering
  • Event pejabat
  • Hi-tea

Menariknya, tiada minimum order dikenakan ,menjadikannya lebih fleksibel untuk pelanggan.

engunjung menikmati hidangan sarapan pagi di Grannies Kiosk Melawati

Lokasi & Info

📍 Restoran Sajian Mak Lang
📍 Kawasan: Taman Melawati

🕖 Waktu Operasi: 7 pagi – 12 tengah hari (setiap hari)

Jika anda mencari nasi dagang sedap di Kuala Lumpur, Grannies Kiosk Melawati adalah antara pilihan yang patut dicuba, terutamanya bagi yang inginkan rasa asli Terengganu tanpa perlu ke Pantai Timur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar

Recent Posts

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme