Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
punca rambut botak

Punca Rambut Botak dan Cara Atasinya!

Posted on 08/24/201608/26/2016 by 123mamanet
punca rambut botak
Kredit: wigsandhairsolutions

FAKTOR genetik dan ketidakseimbangan hormon turut dianggap sebagai punca rambut botak di kalangan wanita. Bagaimanapun, penjagaan rapi mengenai kesihatan rambut dapat membantu mengurangkan masalah ini.

Isi Kandungan hide
1 Sungguhpun begitu, masalah punca rambut botak ini boleh dicegah dengan beberapa cara berikut:

 

Penyebab rambut botak pada wanita berbeza sedikit dengan lelaki. Punca rambut botak pada lelaki adalah kerana disebabkan androgenic alopecia atau male pattern baldness. Penipisan rambut tersebut kerana pengaruh hormone dihidrotestosteron.

 

Selain itu, faktor lain seperti jangkitan kulat pada kulit kepala, terapi radiasi dan sebagainya juga menjadi punca rambut botak pada lelaki.

 

punca rambut botak
Kredit: dermpathatlantapunca

Ada juga wanita yang mengalami kerosakan rambut berlebihan kerana efek hormone dihidrotestosteron, namun tahapnya lebih rendah. Kebanyakan wanita tidak botak sepenuhnya, rambut hanya jadi betul-betul jarang atau menipis.

 

Menopause, kanser rahim, penggunaan pil perancang dan kehamilan adalah antara contoh di mana wanita boleh mengalami ketidakseimbangan hormon yang mana akhirnya membawa pada kebotakan rambut.
Di samping genetik, penyakit dan kekurangan zat, stress dan juga penuaan boleh menjadi punca rambut botak.

Sungguhpun begitu, masalah punca rambut botak ini boleh dicegah dengan beberapa cara berikut:

 

1 .Hindari pengambilan makan yang berlemak tinggi, kafein,garam berlebihan, bergula tinggi dan alkohol.

 

  1. Perbanyakan pengambilan makanan sihat yang mampu merangsang pertumbuhan rambut. Selain itu minum air masak secukupnya, amalkan juga diet yang tepat dan sihat kerana ia akan menyokong pertumbuhan rambut sihat. Nutrisi, khususnya zat besi, vitamin B1,kalsium,asid folic dan zink sangat penting untuk mendapatkan rambut yang sihat.

 

  1. Hindari penggunaan bahan kimia secara rutin pada rambut. Selain itu, peralatan dandanan rambut seperti alat pelurus rambut, pengering rambut dan juga pengeriting rambut boleh menjadi punca rambut botak dalam jangka panjang.

 

  1. Mengurangkan tahap stress juga mampu mencegah rambut menjadi botak. Stress yang melampau menjadi punca rambut botak kerana  ia akan mengacau sekaligus menyebabkan ketidakseimbangan pada hormon-hormon yang boleh menyebabkan rambut menjadi nipis.

 

5. Cuci rambut dengan kerap untuk menghilangkan kesan minyak pada kulit kepala. Gunakan perapi rambut hanya pada hujung rambut sahaja. Menggunakan perapi pada kulit kepala boleh memerangkap lebih banyak minyak. Perapi hendaklah dibilas bersih selepas bersyampu.

 

6. Sikat rambut dengan sikat yang kasar dan tekan sedikit pada kulit kepala untuk membantu aliran darah. Rajin bersikat dan merapikan rambut dapat mengurangkan masalah ini. Selain itu, jangan ikat rambut terlalu ketat atau tinggi khususnya yang bertudung. Tindakan ini akan menyebabkan akar rambut lebih mudah tanggal. Ingatlah akar rambut agak rapuh dan tidak mampu menampung tekanan yang kuat.

 

Setelah mengetahui punca rambut botak, anda pasti akan lebih bijak menguruskan rambut anda selepas ini. Selamat mencuba!

 

[btn text=”LIKE MAMANET DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia
  • Filem Khadam – Saka Keluarga Yang Menghantui
  • Domino’s Thick Crunch Pizza & Unbox Your Cravings
  • AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik
  • Rakuten Kobo Bawa eReader Terkini ke KLIBF 2026
  • Salonpas Malaysia Rai Pencapaian Global Salonpas®
  • Little Hajj 2026 – Little Caliphs® Didik Anak Mengenal Ibadah Haji
  • HUAWEI WATCH FIT 5 Kini Di Malaysia Dengan Ciri Premium
  • Anmum Essential Gold Sokong Minda & Mata Kanak-Kanak
  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia
  • Filem Khadam – Saka Keluarga Yang Menghantui
  • Domino’s Thick Crunch Pizza & Unbox Your Cravings
  • AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik
  • Rakuten Kobo Bawa eReader Terkini ke KLIBF 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme