Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kaki bengkak

Kaki Bengkak Ketika Mengandung. Ini Solusinya!

Posted on 08/25/201609/15/2023 by 123mamanet

Kaki Bengkak ketika mengandung biasanya mula terjadi ketika usia kandungan mencecah lima bulan. Permasalahan ini akan terus meningkat sehingga ke trimester  ketiga. Apa sebenarnya yang menjadi penyebab kaki bengkak ketika mengandung ini?

Isi Kandungan hide
1 Faktor Membuatkan Kaki Bengkak
2 Cara Mengatasi Kaki Bengkak Ketika Mengandung
2.1 Jangan Banyak Berdiri
2.2 Tinggikan Posisi Kaki Ketika Tidur
2.3 Banyakkan Bergerak
2.4 Pakai Stoking Dan Kasut Yang Sesuai
2.5 Bersenam
2.6 Hindari Pengambilan Kafein

kaki bengkak

Faktor Membuatkan Kaki Bengkak

Untuk pengetahuan semua, ketika mengandung, tubuh akan menahan lebih banyak cairan atau darah kerana perkembangan tubuh.Rahim yang membesar juga boleh menekan pembuluh darah sehingga menganggu perjalanan darah ke jantung, yang mana menyebabkan pembengkakan pada kaki dan pergelangan kaki.

Selain itu, perubahan hormon, perjalanan darah yang tidak lancar, kurang bergerak dan berat badan berlebihan juga boleh membuatkan masalah tersebut terjadi.

 

Baca Juga: Jerawat Pasir

 

kaki bengkak

Cara Mengatasi Kaki Bengkak Ketika Mengandung

Berikut beberapa cara mengatasi kaki bengkak ketika mengandung yang boleh anda praktik:

  1. Jangan Banyak Berdiri

Terlalu banyak berdiri boleh membuatkan kaki jadi semakin membengkak. Ini adalah kerana ketika berdiri kaki akan menampung berat badan ibu mengandung yang berlebihan.

Semakin lama anda berdiri, beban kaki akan jadi semakin berat untuk menahan berat badan anda itu.

  1. Tinggikan Posisi Kaki Ketika Tidur

Untuk mencegahnya, cubalah tinggikan posisi atau kedudukan kaki  dari badan ketika tidur. Letakkan bantal dan sebagainya. Cara ini bagus untuk melancarkan perjalanan darah di kaki.

Selain itu, tidur dengan posisi mengiring ke kanan atau kiri juga boleh membuatkan pengaliran darah dari kaki menuju ke buah pinggang menjadi lancar.

 

  1. Banyakkan Bergerak

Wanita mengandung digalakkan banyak bergerak pada pagi hari. Selain memudahkan anda ketika bersalin nanti, berjalan kaki pada pagi hari juga mampu meredakan kaki bengkak ketika mengandung. Banyak bergerak juga membuatkan perjalanan darah wanita mengandung menjadi lebih berjalan lancar.

  1. Pakai Stoking Dan Kasut Yang Sesuai

Jika wanita mengandung mengenakan kasut yang sempit, perjalanan darah di kaki akan terganggu. Secara tak langsung, kaki jadi membengkak dan mungkin akan jadi semakin parah. Sebaiknya gunakan kasut yang selesa dan tepat saiznya.

Selain itu, pemakaian stoking juga dapat mengatasi masalah kaki bengkak ketika mengandung. Stoking yang sesuai buat wanita mengandung mampu membuatkan perjalanan darah di bahagian kaki menjadi lancar.

  1. Bersenam

Senaman yang sesuai dengan wanita mengandung boleh mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi ketika mengandung. Selain itu, dengan bersenam secara teratur juga boleh mempermudahkan proses bersalin anda nanti. Pastikan anda melakukan senaman ringan yang sesuai dengan status anda sebagai wanita mengandung ya.

Baca Juga: Punca Stretch Mark

 

kaki bengkak

  1. Hindari Pengambilan Kafein

Wanita mengandung dilarang sama sekali mengambil minuman berkafein. Ianya bukan sahaja tidak elok untuk perkembangan janin, tetapi juga boleh membuatkan kaki menjadi bengkak. Pengambilan kafien boleh membuatkan masakah itu terjadi ketika mengandung kerana cairan bertimbun lebih banyak di bahagian kaki.

Selamat mencuba 6 cara mengatasi kaki bengkak ketika mengandung. Semoga bermanfaat.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme