Kaki Bengkak ketika mengandung biasanya mula terjadi ketika usia kandungan mencecah lima bulan. Permasalahan ini akan terus meningkat sehingga ke trimester ketiga. Apa sebenarnya yang menjadi penyebab kaki bengkak ketika mengandung ini?
Faktor Membuatkan Kaki Bengkak
Untuk pengetahuan semua, ketika mengandung, tubuh akan menahan lebih banyak cairan atau darah kerana perkembangan tubuh.Rahim yang membesar juga boleh menekan pembuluh darah sehingga menganggu perjalanan darah ke jantung, yang mana menyebabkan pembengkakan pada kaki dan pergelangan kaki.
Selain itu, perubahan hormon, perjalanan darah yang tidak lancar, kurang bergerak dan berat badan berlebihan juga boleh membuatkan masalah tersebut terjadi.
Baca Juga: Jerawat Pasir
Cara Mengatasi Kaki Bengkak Ketika Mengandung
Berikut beberapa cara mengatasi kaki bengkak ketika mengandung yang boleh anda praktik:
-
Jangan Banyak Berdiri
Terlalu banyak berdiri boleh membuatkan kaki jadi semakin membengkak. Ini adalah kerana ketika berdiri kaki akan menampung berat badan ibu mengandung yang berlebihan.
Semakin lama anda berdiri, beban kaki akan jadi semakin berat untuk menahan berat badan anda itu.
-
Tinggikan Posisi Kaki Ketika Tidur
Untuk mencegahnya, cubalah tinggikan posisi atau kedudukan kaki dari badan ketika tidur. Letakkan bantal dan sebagainya. Cara ini bagus untuk melancarkan perjalanan darah di kaki.
Selain itu, tidur dengan posisi mengiring ke kanan atau kiri juga boleh membuatkan pengaliran darah dari kaki menuju ke buah pinggang menjadi lancar.
-
Banyakkan Bergerak
Wanita mengandung digalakkan banyak bergerak pada pagi hari. Selain memudahkan anda ketika bersalin nanti, berjalan kaki pada pagi hari juga mampu meredakan kaki bengkak ketika mengandung. Banyak bergerak juga membuatkan perjalanan darah wanita mengandung menjadi lebih berjalan lancar.
-
Pakai Stoking Dan Kasut Yang Sesuai
Jika wanita mengandung mengenakan kasut yang sempit, perjalanan darah di kaki akan terganggu. Secara tak langsung, kaki jadi membengkak dan mungkin akan jadi semakin parah. Sebaiknya gunakan kasut yang selesa dan tepat saiznya.
Selain itu, pemakaian stoking juga dapat mengatasi masalah kaki bengkak ketika mengandung. Stoking yang sesuai buat wanita mengandung mampu membuatkan perjalanan darah di bahagian kaki menjadi lancar.
-
Bersenam
Senaman yang sesuai dengan wanita mengandung boleh mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi ketika mengandung. Selain itu, dengan bersenam secara teratur juga boleh mempermudahkan proses bersalin anda nanti. Pastikan anda melakukan senaman ringan yang sesuai dengan status anda sebagai wanita mengandung ya.
Baca Juga: Punca Stretch Mark
-
Hindari Pengambilan Kafein
Wanita mengandung dilarang sama sekali mengambil minuman berkafein. Ianya bukan sahaja tidak elok untuk perkembangan janin, tetapi juga boleh membuatkan kaki menjadi bengkak. Pengambilan kafien boleh membuatkan masakah itu terjadi ketika mengandung kerana cairan bertimbun lebih banyak di bahagian kaki.
Selamat mencuba 6 cara mengatasi kaki bengkak ketika mengandung. Semoga bermanfaat.