Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
makan tanpa henti

Makan Tanpa Henti, Ketahui 4 Sebab Anda Selalu Lapar

Posted on 11/13/201611/13/2016 by 123mamanet

makan tanpa hentiMakan tanpa henti boleh menyebabkan berat badan anda meningkat dengan drastik. Nak naik senang tapi nak turun memang susah. Jadi, anda perlu berhati-hati kerana masalah ini tidak boleh dipandang ringan.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah 4 lagi sebab kenapa anda sentiasa lapar dan makan tanpa henti.

 

Sebelum ini telah dikongkan artikel Sentiasa Lapar, ketahui 8 sebab kenapa begitu? Kali ini disertakan sambungan artikel berkenaan untuk mendapatkan 4 sebab lagi kenapa mahu makan tanpa henti?

Berikut adalah 4 lagi sebab kenapa anda sentiasa lapar dan makan tanpa henti.

 

  1. Anda mencicip jajan dan makanan manis

makan tanpa henti

Memang lumrah kita mencicip jajan waktu tengok tv atau wayang. Sambil cuci mata di mall kita ternampak kedai ais krim dan air liur pun meleleh. Bila dah tak tahan, kita terus order. Kemudian jumpa pula bakeri lalu kita pun beli sepotong kek coklat. Hmm..yummy.  Hilang sikit rasa bosan kan?

Tetapi bila anda bosan sepanjang masa, tahap hormon kortisol kekal tinggi, yang kemudiannya mencetuskan hormon lapar. Selain itu, kortisol kronik dinaikkan menghasilkan glukosa yang menyebabkan  peningkatan tahap gula dalam darah.  Seterusnya menyebabkan rintangan insulin dan meningkatkan risiko diabetes jenis 2.

 

Dalam keadaan ini, apabila glukosa darah tinggi, tetapi insulin tidak berfungsi secara normal, kelaparan meningkat kerana badan memikirkan yang sel-sel sedang kebuluran.

 

Jadi, berhentilah makan makanan yang anda ‘sangka’ ringan. Ia hanya akan menyebabkan masalah kesihatan anda lebih teruk.

 

 

  1. Anda (masih) makan roti putih
makan tanpa henti
foto-biotrendies

Anda mungkin sedar betapa pentingnya memilih roti gandum penuh. Ia mengandungi serat dan lebih mengenyangkan. Roti gandum penuh mengandungi lebih banyak nutrien dan  ia lebih sihat untuk anda.

 

Roti gandum penuh ialah sumber yang baik berbanding karbohidrat kompleks -jenis yang mengambil masa yang lama untuk dihadam, jadi gula darah meningkat lebih perlahan dan mantap.

 

Bijirin halus yang ada pada roti putih yang anda lebih suka, nasi putih dan banyak gula, biskut dan kuih-muih daripada tepung putting telah dihilangkan seratnya – ia menyebabkan tahap gula dalam darah naik mendadak dan kemudian jatuh menjunam hingga menyebabkan anda mahu makan dan makan lagi. Anda akan rasa tidak puas!

 

Anda hanya akan rasa puas bila dapat makanan manis. Hal itu sebenarnya salah sebab anda akan lebih cepat lapar selepas itu dan mahu lebih banyak lagi makanan manis, lembut dan berperisa.

 

 

Pada dasarnya apabila gula darah dalam anda turun ia menandakan keperluan untuk mengisi semula, walaupun kalori baru sahaja disimpan. Satu lagi sebab untuk memecahkan tabiat makan putih roti.

 

Penyelidik telah mengesan tabiat pemakanan dan berat badan lebih daripada 9,200 graduan universiti Sepanyol untuk purata lima tahun, dan mendapati mereka yang hanya makan roti putih lebih cenderung untuk menjadi gemuk atau obes berbanding mereka yang gemar roti gandum penuh.

 

  1. Anda berjaga terlalu lama antara waktu makan dan tidur
makan tanpa henti
foto-womenshealthmag

Makan malam antara empat hingga lima jam sebelum tidur adalah waktu yang paling baik. Jika anda mengambil masa yang lebih lama untuk tidur, anda mungkin akan rasa lapar dan mula menyelinap ke dapur untuk makan sesuatu yang sedap dan manis.

 

Sebaiknya anda boleh mengambil snek sihat seperti buah dan minum susu segar sebelum masuk tidur. Jangan sampai anda rasa terlalu lapar baru hendak mengambil snek. Hal ini kerana anda mungkin terdorong untuk masak maggi atau makan nasi lagi.

 

Makan pada masa yang tetap membolehkan anda lebih mengenali isyarat lapar dan kenyang.  Ia juga membolehkan badan anda mencerna karbohidrat kompleks dan protein sepenuhnya yang boleh membantu mengekalkan metabolisme yang sihat.

 

Pastikan makanan anda seimbang dengan makanan yang kaya dengan nutrien seperti bijirin penuh, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan protein tanpa lemak.

 

  1. Sosial media anda penuh dengan gambar makanan

makan tanpa hentiBuka saja instagram, anda nampak gambar kek coklat larva meleleh yang dipos oleh rakan sekerja anda. Anda pun mula bertanya resepi atau di mana nak beli kek itu. Hal ini bukan berlalu secara tiba-tiba. Sebenarnya ia ada sebab.

 

Menurut satu kajian saintifik yang diterbitkan dalam jurnal Brain and Cognition,  para penyelidik mengatakan apabila kita melihat imej makanan yang menarik, darah akan bergegas ke bahagian otak kita yang melibatkan rasa. Jadi, walaupun kita tidak lapar secara fizikal, kita tetap mahu makan!

 

Jadi, anda sudah fahamkan kenapa anda selalu rasa lapar dan makan tanpa henti. Selepas ini, anda kenalah ambil tindakan. Kalau nak kurus, jauhkanlah tabiat-tabiat yang mendorong meningkatkan paras darah dalam gula atau yang menyebabkan badan anda menghantar isyarat ‘kebuluran’ pada otak! Selamat mencuba!

 

Semoga artikel mengenai  Makan tanpa henti, ketahui 4 lagi sebab anda sentiasa lapar ini memberi manfaat kepada anda.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme