Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
tidak bahagia

Tidak Bahagia Dalam Kehidupan, Ketahui 5 Sebab

Posted on 12/18/201612/18/2016 by 123mamanet

Semua orang hidup di dunia ini ingin menikmati bahagia. Namun, semakin bertambah usia seseorang semakin sukar memperoleh kebahagiaan itu. Mengapa tidak bahagia? Tentu ada penyebabnya, jadi bacalah artikel ini sampai habis.

Isi Kandungan hide
1 Di sini Mamanet berikan beberapa alasan yang sering membuatkan anda tidak bahagia atau sukar untuk menikmati kebahagiaan dalam hidup ini.

 

tidak bahagia

 

Kehidupan ini sememangnya tidak sempurna. Ada ketikanya kita akan berasa cukup mudah untuk menikmati rasa bahagia. Namun, di sisi lain, ada sebahagian dari kehidupan kita dihadap dengan pelbagai dugaan dan kesedihan sehingga kita rasa tidak bahagia.

 

Kita tidak sendirian dengan perasaan tersebut kerana ramai yang terperangkap dalam kehidupan yang tidak  lagi bahagia seperti kita. Seolah-olah telah kehilangan sesuatu, sedangkan kita sendiri tidak tahu apakah perkaranya.

 

[btn text=”PERANAN PSIKOLOGI SUAMI ISTERI, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/peranan-psikologi-suami-isteri/” target=”_blank”]

 

 

Di sini Mamanet berikan beberapa alasan yang sering membuatkan anda tidak bahagia atau sukar untuk menikmati kebahagiaan dalam hidup ini.

 

  1. tidak bahagiaSuka Membanding-Bandingkan

Sesiapa sahaja yang hidup di dunia ini berhak untuk menikmati kebahagiaan hidup masing-masing. Anda juga tidak perlu membanding-bandingkan kebahagiaan anda dengan kebahagiaan orang lain.

 

Setiap kebahagiaan yang dimiliki perlu disyukuri dan jika anda terus membandingkannya, itulah yang akan membuatkan anda tidak bahagia atau susah bahagia.

 

 

Sikap meratapi nasib dan menjauhi rasa syukur di atas apa yang dimiliki menjadi penghalang kebahagiaan hidup. Malahan anda juga akan sengsara dalam kehidupan sendiri dengan melihat kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.

 

Sebaiknya, nikmati dan syukuri sahaja apa kebahagiaan yang telah diperoleh.

 

 

  1. tidak bahagiaAnda Terlalu Baik!

Siapa yang tidak suka berdampingan atau berkawan dengan orang yang baik? Tetapi ingat… baik bukan bermakna anda harus menjadi lembik atau terlalu menurut, yang mana pada akhirnya anda akan dimanfaatkan oleh orang lain.

 

Milikilah hati yang baik dan lembut, tetapi tunjukkanlah sikap tegas ketika anda melihat orang lain cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan anda.

 

Lupakan perasaan serba salah, dan belajarlah untuk mengatakan “TIDAK” pada perkara-perkara yang tidak anda berkenan atau sukai.

 

 

  1. tidak bahagiaTerlalu Workaholic

Anda menghabiskan hampir seluruh waktu anda seharian dengan melakukan tugasan di pejabat. Malahan, bila balik kerja, di rumah pun anda masih lagi menyambung atau menyiapkan kerja-kerja anda itu.

 

Bekerja keras selagi masih terdaya memang bagus, tetapi pertimbangkanlah kesihatan diri anda, sama ada fizikal mahupun mental.

 

Cubalah kurangkan perkara-perkara yang boleh mengundang stress, seperti jadual kerja yang terlalu padat ataupun hambatan deadline yang cukup menekankan sehingga anda rasa letih dan terbeban.

 

Tak kisahlah segigih manapun anda bekerja, tetapi anda harus ada masa beristihrahat dan memanjakan diri atau me time. Jangan seksa diri sampai anda hilang nikmat bahagia hidup ini!

 

 

 

  1. Terus Menyimpan Dendam

Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan atau kesilapan dalam hidupnya. Jadi, ketika seseorang telah melakukan kesalahan kepada anda, tidak sepatutnya anda terus mendendaminya.

 

Kemarahan, kebencian dan juga dendam boleh membuatkan anda rasa tertekan, stress dan tidak tenang dalam hidup. Ini adalah kerana seseorang yang membiarkan dirinya terus menyimpan api kemarahan dan berusaha untuk membalas dendam kepada orang yang pernah menyakiti, tidak bahagia dalam hidupnya.

 

Jadi, untuk mendapatkan kebahagiaan hidup, sebaiknya jangan menyimpan dendam kepada sesiapa pun dan berilah dia kemaafan.

 

  1. tidak bahagiaSentiasa Jauh Dari-Nya

Kehidupan bukan sekadar sukses dalam hidup. Tetapi kehidupan kita ini sebenarnya ada yang memiliki iaitu DIA.  Semakin kita menjauhiNya, semakin menderita juga kehidupan kita  ini.

 

Kita akan menjadi sukar untuk melalui realiti kehidupan ini. Masalah akan datang tanpa henti, tanpa ada jalan keluar dan tak akan pernah habis. Ini adalah kerana segala kuasa ada ditanganNya.

 

DIAlah yang mengatur segala kehidupan kita.Segala kekayaaan serta kesenangan hidup yang dimiliki adalah dengan bantuan ataupun pertolonganNya. Kita belum tentu mampu memiliki kebahagiaan tersebut sekiranya kita masih jauh dariNya. Bahkan hidup kita juga tidak akan tenang, selagi kita jauh dari Tuhan!

 

 

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama dekatkan diri denganNya agar Dia memberikan kebahagiaan di dalam hati kita. Semoga perasaan tidak bahagia yang kita simpan selama ini akan hilang sama sekali! Insya-Allah.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar

Recent Posts

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme