Semua orang hidup di dunia ini ingin menikmati bahagia. Namun, semakin bertambah usia seseorang semakin sukar memperoleh kebahagiaan itu. Mengapa tidak bahagia? Tentu ada penyebabnya, jadi bacalah artikel ini sampai habis.
Kehidupan ini sememangnya tidak sempurna. Ada ketikanya kita akan berasa cukup mudah untuk menikmati rasa bahagia. Namun, di sisi lain, ada sebahagian dari kehidupan kita dihadap dengan pelbagai dugaan dan kesedihan sehingga kita rasa tidak bahagia.
Kita tidak sendirian dengan perasaan tersebut kerana ramai yang terperangkap dalam kehidupan yang tidak lagi bahagia seperti kita. Seolah-olah telah kehilangan sesuatu, sedangkan kita sendiri tidak tahu apakah perkaranya.
[btn text=”PERANAN PSIKOLOGI SUAMI ISTERI, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/peranan-psikologi-suami-isteri/” target=”_blank”]
Di sini Mamanet berikan beberapa alasan yang sering membuatkan anda tidak bahagia atau sukar untuk menikmati kebahagiaan dalam hidup ini.
- Suka Membanding-Bandingkan
Sesiapa sahaja yang hidup di dunia ini berhak untuk menikmati kebahagiaan hidup masing-masing. Anda juga tidak perlu membanding-bandingkan kebahagiaan anda dengan kebahagiaan orang lain.
Setiap kebahagiaan yang dimiliki perlu disyukuri dan jika anda terus membandingkannya, itulah yang akan membuatkan anda tidak bahagia atau susah bahagia.
Sikap meratapi nasib dan menjauhi rasa syukur di atas apa yang dimiliki menjadi penghalang kebahagiaan hidup. Malahan anda juga akan sengsara dalam kehidupan sendiri dengan melihat kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh orang lain.
Sebaiknya, nikmati dan syukuri sahaja apa kebahagiaan yang telah diperoleh.
- Anda Terlalu Baik!
Siapa yang tidak suka berdampingan atau berkawan dengan orang yang baik? Tetapi ingat… baik bukan bermakna anda harus menjadi lembik atau terlalu menurut, yang mana pada akhirnya anda akan dimanfaatkan oleh orang lain.
Milikilah hati yang baik dan lembut, tetapi tunjukkanlah sikap tegas ketika anda melihat orang lain cuba mengambil kesempatan di atas kebaikan anda.
Lupakan perasaan serba salah, dan belajarlah untuk mengatakan “TIDAK” pada perkara-perkara yang tidak anda berkenan atau sukai.
- Terlalu Workaholic
Anda menghabiskan hampir seluruh waktu anda seharian dengan melakukan tugasan di pejabat. Malahan, bila balik kerja, di rumah pun anda masih lagi menyambung atau menyiapkan kerja-kerja anda itu.
Bekerja keras selagi masih terdaya memang bagus, tetapi pertimbangkanlah kesihatan diri anda, sama ada fizikal mahupun mental.
Cubalah kurangkan perkara-perkara yang boleh mengundang stress, seperti jadual kerja yang terlalu padat ataupun hambatan deadline yang cukup menekankan sehingga anda rasa letih dan terbeban.
Tak kisahlah segigih manapun anda bekerja, tetapi anda harus ada masa beristihrahat dan memanjakan diri atau me time. Jangan seksa diri sampai anda hilang nikmat bahagia hidup ini!
- Terus Menyimpan Dendam
Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan atau kesilapan dalam hidupnya. Jadi, ketika seseorang telah melakukan kesalahan kepada anda, tidak sepatutnya anda terus mendendaminya.
Kemarahan, kebencian dan juga dendam boleh membuatkan anda rasa tertekan, stress dan tidak tenang dalam hidup. Ini adalah kerana seseorang yang membiarkan dirinya terus menyimpan api kemarahan dan berusaha untuk membalas dendam kepada orang yang pernah menyakiti, tidak bahagia dalam hidupnya.
Jadi, untuk mendapatkan kebahagiaan hidup, sebaiknya jangan menyimpan dendam kepada sesiapa pun dan berilah dia kemaafan.
- Sentiasa Jauh Dari-Nya
Kehidupan bukan sekadar sukses dalam hidup. Tetapi kehidupan kita ini sebenarnya ada yang memiliki iaitu DIA. Semakin kita menjauhiNya, semakin menderita juga kehidupan kita ini.
Kita akan menjadi sukar untuk melalui realiti kehidupan ini. Masalah akan datang tanpa henti, tanpa ada jalan keluar dan tak akan pernah habis. Ini adalah kerana segala kuasa ada ditanganNya.
DIAlah yang mengatur segala kehidupan kita.Segala kekayaaan serta kesenangan hidup yang dimiliki adalah dengan bantuan ataupun pertolonganNya. Kita belum tentu mampu memiliki kebahagiaan tersebut sekiranya kita masih jauh dariNya. Bahkan hidup kita juga tidak akan tenang, selagi kita jauh dari Tuhan!
Kesimpulannya, marilah kita sama-sama dekatkan diri denganNya agar Dia memberikan kebahagiaan di dalam hati kita. Semoga perasaan tidak bahagia yang kita simpan selama ini akan hilang sama sekali! Insya-Allah.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]