Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kebaikan memakai stoking

KEBAIKAN MEMAKAI STOKING BUAT BAYI, WANITA DAN LELAKI

Posted on 03/07/201703/07/2017 by 123mamanet

Wanita lepas bersalin sering dinasihatkan agar berstoking (stokin). Bahkan bayi dan orang yang demam pun disuruh memakai stoking. Jadi apa sebenarnya kebaikan memakai stoking ini?

Kaki termasuk aurat bagi wanita dan menjadi kewajipan bagi wanita untuk memakai stoking sekiranya mereka memakai kasut yang terbuka atau kain yang tidak begitu labuh. Apa sebabnya, wanita perlu menutup kaki mereka?

Persoalan demi persoalan mungkin timbul di fikiran kita mengenai faedah atau kebaikan memakai stoking sehingga ia menjadi perkara WAJIB untuk menutup kaki khususnya wanita.kebaikan memakai stoking

BACA: CIUMAN NAKAL UNTUK KURUS DAN SEKSI

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BAIKLAH DI BAWAH INI ADA KAJIAN DAN PENDAPAT MENGENAI KEBAIKAN MEMAKAI STOKING UNTUK BAYI, WANITA DAN LELAKI DARI SEGI SAINTIFIK

  1. Hilang tenaga melalui buku lali

Wanita dan kanak-kanak cenderung untuk hilang tenaga melalui buku lalu akibat kehilangan elektron dan sangat mudah mendapat kekotoran oleh proton daripada persekitaran.

Jadi, dengan memakai stoking atau berpakaian yang menutup buku lali, ia dapat menggurangkan kehilangan tenaga dan menghindarkan kekotoran daripada melekat pada kaki.

kebaikan memakai stoking

  1. Tidur yang lebih berkualiti jika berstoking

Kajian perubatan mendapat bahawa memakai stoking ketika tidur sangat digalakkan. Hal ini kerana sewaktu tidur, terdapat banyak proses biologi yang berlaku pada tubuh. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga dan menghindar kelesuan serta penyakit, maka sebaiknya kita pakai stoking.kebaikan memakai stoking

  1. Kenapa bayi perlu pakai stoking dan sarung tangan?

Menurut kajian di Swiss, memakai stoking dan sarung tangan sewaktu tidur akan mengembangkan saluran darah pada tangan dan kaki, satu langkah yang penting untuk tidur lena. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa sewaktu badan bersedia untuk tidur, salur darah pada tangan kaki akan mengembang. Pengembangan ini menyebabkan berlaku penyejukan darah sewaktu ia mengalir melalui saluran terbuka berhampiran dengan permukaan kulit. Bila suhu badan turun, maka kita secara automatik akan tidur.kebaikan memakai stoking

  1. Stoking pun berfaedah untuk lelaki

Menurut amalan perubatan alternatif, lelaki yang mengamalkan tidur berstoking akan dapat menjaga suhu kaki daripada kesejukan dan menghalang bisa sejuk pada tapak kaki menjalar ke bahagian urat saraf vital (alat sulit) lelaki. Hal ini dapat memelihara kekuatan tenaga batin lelaki dapat hubungan seksual. Nampaknya manfaat ini tidak kurang juga untuk wanita yang berstoking.kebaikan memakai stoking

  1. Berstoking dapat elak bisa-bisa dan sengal badan

Pendapat orang tua-tua pun tidak boleh disangkal. Mereka mungkin tidak melakukan kajian saintifik tetapi dengan memaksa wanita berpantang dan bayi memakai stoking, mereka sebenarnya amat arif mengenai kesihatan tubuh badan khususnya apabila seseorang itu masih berkeadaan lemah dan kurang imun sistem. Jadi, dengan memakai stoking, kesihatan akan lebih cepat pulih dan kurang terdedah dengan penyakit.kebaikan memakai stoking

  1. Berstoking menghilangkan bau badan

Percaya atau tidak, stoking akan menyerap segala peluh dan bau badan melalui kaki anda. Jadi, anda tidak akan meninggalkan bau pada cadar, selimut, bantal, bahkan pakaian anda. Menakjubkan bukan? Paling penting, tukar stoking setiap hari.

kebaikan memakai stoking

Begitulah sebahagian daripada kebaikan memakai stoking yang patut diambil perhatian oleh wanita dan lelaki. Siapa sangka hanya dengan sedikit usaha, anda dapat mengelak penyakit dan hidup lebih sihat dan bahagia.

Nak tahu kenapa tangan dan kaki anda selalu rasa sejuk dan bagaimana cara memilih stoking yang berkualiti, ikuti sambungan artikel ini esok.

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia
  • Filem Khadam – Saka Keluarga Yang Menghantui
  • Domino’s Thick Crunch Pizza & Unbox Your Cravings
  • AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik
  • Rakuten Kobo Bawa eReader Terkini ke KLIBF 2026
  • Salonpas Malaysia Rai Pencapaian Global Salonpas®
  • Little Hajj 2026 – Little Caliphs® Didik Anak Mengenal Ibadah Haji
  • HUAWEI WATCH FIT 5 Kini Di Malaysia Dengan Ciri Premium
  • Anmum Essential Gold Sokong Minda & Mata Kanak-Kanak
  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia
  • Filem Khadam – Saka Keluarga Yang Menghantui
  • Domino’s Thick Crunch Pizza & Unbox Your Cravings
  • AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik
  • Rakuten Kobo Bawa eReader Terkini ke KLIBF 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme