Siapa kata hanya dengan bersenam sahaja anda akan lebih cepat kurus? Sebenarnya ada cara nakal dan seksi untuk kurus khususnya yang malas bersenam.
Awas! Tip ini hanya untuk pasangan yang sudah bernikah sahaja. Kepada yang belum bernikah, sila usahakan dengan segera.
Berikut beberapa cara nakal dan seksi yang boleh membantu anda menurunkan berat badan. Dengan melakukan hal ini, anda boleh ucapkan selamat tinggal pada saiz XXL dan XL.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
BACA: HOT STAFF! GHAIRAH SEKS WANITA USAH RAGU
1. Ciuman membakar kalori
Ciuman bukan sahaja untuk melahirkan kasih sayang tetapi juga untuk mengurangkan ukuran pinggang anda.
Secara purata, ciuman boleh membakar sekitar 2-5 kalori seminit. Namun, ciuman yang dalam mampu membakar lebih banyak kalori. Banyak kajian menyatakan bahawa tatkala berciuman, nafas anda akan turun naik lebih cepat. Itu tanda kalori sedang dibakar. Lebih ghairah (passionate) dan lama ciuman maka anda, maka anda akan lebih cepat kurus.
Cara nakal dan seksi untuk kurus: Cubalah bercium dengan posisi yang luar biasa seperti berdiri dan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain kerana anda boleh membakar lebih banyak kalori berbanding duduk dan diam.
Selain membakar kalori, ciuman juga punya manfaat lain. Berciuman menurunkan kolesterol dan tekanan darah tinggi. Sebuah ciuman yang intes butuh hampir semua otot di wajah. Jadi, berciuman memberi efek bagus untuk otot wajah dan membantu memerangi keriput wajah.
Cubalah untuk bercium lebih ghairah dan lama untuk membakar lebih banyak kalori, menguruskan badan, menghilangkan stress, menghilangkan kolesterol dan memanjangkan usia anda!
2. Diet seks
Hampir semua otot seluruh badan khususnya bahagian abdomen ke bawah akan bekerja keras saat melakukan hubungan seks. Secara purata, setengah jam melakukan seks akan membakar sekitar 200 kalori. Jika anda melakukan lebih gerakan sewaktu foreplay, anda boleh memaksa otot anda bekerja lebih keras. Jadi, cubalah pelbagai posisi dan lebih banyak bergerak sewaktu berasmara.
Cara nakal dan seksi untuk kurus: Lakukan hubungan seks dengan posisi berbeza-beza untuk meningkatkan pergerakan tubuh dan membakar lebih banyak kalori berbanding hanya berbaring sahaja.
Anda boleh mencuba sendiri pelbagai teknik berasmara yang dapat meningkatkan ghairah suami isteri. Sama ada dengan berdiri, duduk atau membongkok, anda akan dapat menilai posisi mana yang lebih membuatkan nafas anda turun naik dengan laju.
Ingat, berasmara bukan sahaja di atas katil, ada tempat-tempat lain yang boleh anda lakukan untuk anda rasa lebih teruja dan ghairah. Suami isteri perlu sama-sama bekerja keras.
3. Menanggalkan pakaian
Belajar seni membuka baju juga boleh membantu menurunkan berat badan. Demikian juga dengan membuka bra dengan dua tangan bakal membakar 8 kalori. Sedangkan melakukannya dengan satu tangan boleh membakar 18 kalori.
Menurut seorang pengkaji Itali, jika seorang lelaki menanggalkan bra dengan mulutnya, ia boleh membakar 87 kalori.
Untuk isteri pula, mungkin boleh cuba tanggalkan butang baju suami dengan hanya satu tangan untuk membakar lebih kalori.
Cara nakal dan seksi untuk kurus: Meskipun ramai yang memilih untuk bersiap sedia sebelum berasmara di ranjang, namun tidak salah kalau anda berdua berlakon seolah-olah mahu pergi dating. Kemudian, bermainlah bersama pasangan dengan membuka pakaian satu sama lain tanpa menggunakan tangan dan sebagainya. Anda tentu akan kepenatan kerana banyak kalori yang terbakar.
Cara ini pasti akan membangkit lebih rasa ghairah dan bermanfaat besar untuk tubuh anda. Ingat, hasil daripada kerja keras itu lebih indah!
4.Urutan cinta
Umumnya pasangan yang telah berkahwin akan tahu bila saatnya mereka mahu berasmara. Bagaimanapun, tidak semua yang berpuas hati dengan cara ini. Selalunya asmara yang terlalu direct ini tidak membangkitkan begitu banyak ghairah kerana ia bagaikan hanya salah satu rutin harian sahaja. No impact!
Cara nakal dan seksi untuk kurus: Mintalah suami atau isteri mengurut badan anda. Katakan yang pinggang anda lenguh atau bahu anda tegang. Tanggalkan pakaian terlebih dahulu agar dia mudah mengurut anda. Lihatlah nanti, bagaimana dia akan hilang pertimbangan dengan melakukan sentuhan-sentuhan nakal.
Urutan bukan sahaja dapat merangsang pembakaran lemak tetapi juga dapat meningkatkan rasa ghairah antara pasangan.
Perhatian untuk proses menggoda pasangan dengan urutan ini usah guna minyak panas. Pilihlah minyak seperti minyak aromaterapi atau minyak kelapa dara.
Selamat mencuba cara nakal dan seksi untuk kurus ini. Ia bukan sahaja bermanfaat untuk hubungan anda suami isteri bahkan dapat membantu anda kurus dengan lebih cepat.