Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara memandikan bayi

CARA MEMANDIKAN BAYI YANG BARU LAHIR DENGAN PENUH YAKIN

Posted on 03/10/201703/10/2017 by 123mamanet

Bukan semua pasangan yang baru menimang cahaya mata tahu cara memandikan bayi yang baru lahir.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT DIKONGSIKAN SEDIKIT PANDUAN CARA MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIR:

Biarpun pada awalnya kita mungkin agak ragu-ragu dan takut untuk melakukannya, namun sebagai orang tua kita perlu belajar bagaimana cara memandikan bayi baru lahir dengan selamat.

Melalui tunjuk ajar yang diberikan oleh mereka yang lebih berpengalaman, memandikan bayi baru lahir ini boleh menjadi momen yang cukup indah. Lagipun aktiviti ini merupakan salah satu cara yang dapat mengukuhkan ikatan kasih antara kita dengan si comel.Bayi tentunya akan berasa selesa dan selamat dengan belaian kasih sayang daripada kita.

cara memandikan bayi

BACA: CARA MENYUSUKAN BAYI DENGAN BETUL DAN SELESA

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Sebelum memandikannya, kita perlu menyiapkan beberapa peralatan terlebih dahulu. Antaranya:

Besen kecil atau tub mandi bayi.

Mandian (pilih yang sedikit buihnya dan ada vitamin E).

Tisu basah (khas untuk bayi).

Tuala mandi.

Syampu khusus untuk bayi dan tidak memedihkan mata.

Air suam.cara memandikan bayi

BERIKUT DIKONGSIKAN SEDIKIT PANDUAN CARA MEMANDIKAN BAYI BARU LAHIR:

  1. JAGA KEHANGATAN BADAN BAYI

Selepas membuka pakaian bayi, pastikan kita segera membungkus tubuh si comel dengan tuala.

Pastikan air mandian bayi, tidak terlalu panas dan sejuk sebelum memasukkan bayi ke dalamnya. Cara untuk mengujinya ialah dengan menggunakan lengan atau siku kita.

Mulakan siraman air mandian dari belakang hingga ke kepala. Lakukan dengan perlahan-lahan agar air tidak masuk ke dalam lubang telinga.

Siraman terakhir sebaiknya dilakukan ke atas dada seterusnya sehingga ke bawah. Jika kita membersihkan bayi, menggunakan tisu basah, mulakan dengan membersihkan mukanya.cara memandikan bayi

  1. TEKNIK MEMANDIKAN

Selesai membersihkan bahagian mata, hidung, pipi, bibir, teruskan mengelap menggunakan tisu basah tersebut perlahan-lahan ke bahagian sisi luar telinganya.

Ketika kita menyeka wajahnya, lakukan gerakan dari dalam ke luar. Kita boleh melanjutkan dengan mengelap bahagian badan lain seperti leher, tangan, badan dan juga kaki.

Sebaiknya mandikan bayi baru lahir pada waktu dhuha kerana pada waktu ini, fisiologi peredaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Jangan memandikan bayi lebih dari lima minit.

Jika menggunakan siraman air, masukkan badan bahagian bawah (belakang) ke dalam air sambil terus menopang kepalanya. Pertahankan kedudukan kepala bayi comel kita di atas air.cara memandikan bayi

  1. MENCUCI RAMBUT

Jika kita ingin mencuci rambutnya, letakkan sedikit syampu dan gosokan ke kepalanya secara perlahan-lahan setelah berbuih. Kita juga boleh gunakan tisu basah untuk membilas kepala bayi sehingga bersih.cara memandikan bayi

  1. MEMBERSIHKAN KAWASAN ALAT SULIT

Pastikan kawasan alat sulit bayi selalu diberishkan dari sisi depan ke belakang. Tak kira untuk bayi perempuan ataupun lelaki.

Bagi bayi lelaki yang belum disunat, kita hanya perlu membersihkan sisi luar alat sulitnya sahaja. Jangan sesekali menarik kulit penisnya ke belakang.cara memandikan bayi

  1. KERINGKAN DAN URUT PERLAHAN-LAHAN

Angkat bayi dengan lembut dan berhati-hati ketika keluar dari tub mandi dan terus selimutinya dengan menggunakan tuala lembut.

Setelah itu, keringkan badan bayi dengan menggunakan tuala. Lakukan secara detail dengan cara menepuk atau mengelap perlahan-lahan termasuk di celah bahagian-bahagian lipatan.

Kemudian sapukan losyen bayi  (bayi selepas sebulan) untuk melembapkan kulitnya. Inilah saat yang paling tepat untuk mengurut bayi. Kemudian jangan lupa sapukan juga minyak bayi supaya badannya tetapi hangat sehingga menjadikan bayi lebih relaks.

Setelah itu, pakailah barut dan juga pakaian serta bedung yang sudah disediakan. Kini, si comel kita sudah bersih dan wangi.

cara memandikan bayi

TIPS LAIN YANG PERLU DIKETAHUI:

Bersihkan bahagian luar tubuh sahaja. Jangan sesekali memasukkan sesuatu dalam teling atau hidungnya.

Hindari menambah apapun bahan ke dalam air mandiannya.

Untuk mengelakkan bayi muntah, mandikannya sebelum tiba waktu makan.

Bayi baru lahir yang usianya di bawah satu bulan sebenarnya tidak perlu diberikan losyen, minyak ataupun bedak.

 

Itulah beberapa panduan atau cara memandikan bayi baru lahir yang betul. Semoga bermanfaat!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme