Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara menyusukan bayi

Cara Menyusukan Bayi Yang Betul & Selesa

Posted on 11/21/201611/23/2016 by 123mamanet
cara menyusukan bayi
foto-bebeimame-ba

Salah satu momen yang tidak ternilai harganya adalah ketika seorang wanita atau ibu dapat menyusukan permata hati mereka. Namun,cara menyusukan bayi haruslah betul supaya dapat memberikan keselesaan buat si ibu dan juga bayinya.

Isi Kandungan hide
1 Berikut ini ada beberapa cara menyusukan bayi yang boleh dipratik, terutama buat anda yang baru memiliki pengalaman kali pertama.
2 Beberapa masalah menyusukan bayi yang paling biasa terjadi dalam tempoh enam minggu pertama:

 

Susu ibu merupakan makanan terbaik bagi setiap bayi kerana dari situlah ia mendapatkan nutrisi dan juga sistem ketahanan badan yang baik. Bukan sahaja buat bayi, malahan juga memberikan efek postif bagi kesihatan si ibu.

 

Ketahui juga rahsia penyusuan susu ibu yang perlu anda tahu.

 

cara menyusukan bayi
foto-medela

Setiap detik yang dilalui oleh anda ketika menyusukannya mampu mengakrabkan hubungan anda dengan bayi kerana semua pancaindera akan terstimulasi.

 

Menyusukannya bukan sekadar memberikan air susu ibu kepada bayi anda, bahkan turut memberikan pengaruh yang besar untuk mendekatkan diri anda dengan bayi anda.

 

Malahan, ibu yang menyusukan bayi akan berasa lebih relaks dan jauh dari rasa stress. Di samping itu, tahap estrogen pada badan juga akan menurun dan inilah yang akan menurunkan risiko para ibu untuk terkena kanser ovarium.

 

 

Berikut ini ada beberapa cara menyusukan bayi yang boleh dipratik, terutama buat anda yang baru memiliki pengalaman kali pertama.

 

  1. Pastikan Posisi Anda Selesa
cara menyusukan bayi
foto-Todays Parent

Dengan mempraktikan beberapa cara menyusukan bayi yang betul, proses menyusukan ini akan menjadi lebih mudah buat anda dan bayi.

 

Segera menyusukan bayi ketika dia mula menunjukkan rasa lapar seperti mengenggamkan jarinya, meronta atau menyentuh di sekitar payudara anda.

 

Anda wajib memilih tempat yang selesa untuk menyusukan bayi. Pegang bayi anda dalam keadaan yang selesa suapya tidak sakit pinggang atau menyebabkan sakit pada badan bayi. Tangan anda perlu menyokong belakang kepala bayi dengan kuat, dan pastikan anda betul-betul selesa.

 

Duduklah dengan selesa ketika anda menyusukan bayi anda.Tak kiralah sdang duduk ataupun berbaring. Jangan menyusukannya selagi anda dan bayi masih dalam keadaan yang tidak selesa. Gunakan bantal untuk menambah keselesaan.

 

 

  1. Tentukan Kedudukan Bayi
cara menyusukan bayi
foto-caromonthealth

Sentuh bahagian bibir atasnya pada puting payudara, dan ketika bayi membuka mulutnya luas-luas, tariknya mendekati payudara anda.

 

Kemudian suakan puting payudara ke mulutnya. Tunggu sehingga mulutnya terbuka dengan luas dengan posisi lidahnya ke bawah.

 

Cara menyusukan bayi yang betul adalah mulut bayi perlu mencakup bukan hanya puting payudara anda, tetapi sebahagian besar kawasan areola serta mulutnya terbuka luas.

 

Di samping itu juga, posisi kepala bayi perlu lebih tinggi dibandingkan dengan badannya supaya bayi lebih mudah menelan. Dekatkan hidung bayi sejajar dengan puting payudara kerana ia akan mendorong bayi untuk membuka mulutnya.

 

 

  1. Jangan Panik & Stress
cara menyusukan bayi
foto-cloudfront

Jangan panik dan stress jika bayi anda kelihatan agak sukar atau susah untuk menemui puting payudara anda. Menyusukan bayi sememangnya memerlukan kesabaran dan banyak latihan, jadi perbanyakkan bersabar ya.

 

 

 

 

Antara Masalah Yang Mungkin Anda Hadapi

Ada di antara wanita yang dapat menyusukan bayinya dengan mudah. Menghadapi segala rintangan tersebut tanpa kekerasan fizikal dan juga emosi. Namun, ramai juga yang merasakan proses menyusukan bayi itu sangat sukar dan amat memenatkan.

 

Beberapa masalah menyusukan bayi yang paling biasa terjadi dalam tempoh enam minggu pertama:

  • cara menyusukan bayi
    foto-buyeasyonline

    Engorgement (payudara terlalu penuh dan tidak selesa)

  • Puting payudara terasa sakit.
  • Mastitis (infeksi atau radang payudara)

 

Dapatkan nasihat doktor tentang masalah kesihatan yang anda alami ini. Di samping itu, supaya bayi berasa selesa ketika menyusu, ada baiknya anda menggunakan bra khas untuk menyusukan bayi.

 

Dengan mengetahui beberapa cara menyusukan bayi, insya-Allah anda akan dapat menghadapi dan melalui hari-hari bersama bayi comel anda dengan baik dan penuh rasa syukur.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme