Ada rahsia penyusuan susu ibu yang mungkin anda belum tahu. Kalau sebelum ini susu ibu lebih dianggap bermanfaat kepada bayi. Bahkan ibu sering dipandang sebagai insan yang perlu berkorban masa, tenaga dan bentuk badan kerana menyusukan bayi. Cukupkah anggapan ini?
Mungkin bagi sesetengah pendapat, memberi susu ibu lebih membebankan sebab itu mereka lebih mudah memberi susu formula berbanding susu ibu. Memang ada begitu banyak alasan dan sebab yang timbul hingga mereka memilih alternatif lain sebagai jalan penyelesaian. Ketahui juga tentang bercerai susu bukan satu perkara yang ‘seronok’.
Namun, setelah anda tahu tentang rahsia ini, anda mungkin akan berfikir 10 kali sebelum bertindak! Apa sebenarnya ‘rahsia’ di sebalik penyusuan susu ibu ini? Untuk siapa maka diciptakan susu daripada payudara ibu? Pernahkah anda berfikir tentang hal ini? Kenapa Allah ciptakan susu dalam badan seorang ibu?
Bahkan semua mamalia di dunia ini turut mempunyai susu dan mereka menyusukan bayi mereka tanpa sebarang alternatif lain. Ibaratnya ‘Do’ or ‘Die’.
Masalah klise susu ibu tanpa tahu rahsia penyusuan susu ibu
Kini ramai yang telah sedar akan kebaikan susu ibu dan bertekad mahu menyusukan bayi secara eksklusif. Bagaimanapun tidak kurang juga yang bagaikan tidak ambil kisah tentang hal ini.
Gadis mahu pun teruna rela belajar dan bercinta bertahun-tahun. Kemudian mengadakan majlis perkahwinan gilang-gemilang atau pun serba sederhana.
Sayangnya bila hamil dan bersalin, terlalu tipis pengetahuan tentang penyusuan susu ibu. Tiada perbincangan antara pasangan tentang hal ini. Akhirnya mereka berpusing-pusing dan terikat pada susu formula. Ada yang ‘zero’ langsung fasal susu ibu. Memang sedih bila pelbagai masalah klise berulang saban hari, saban bulan dan saban tahun.
5 rahsia penyusuan susu ibu
Mungkin kita sudah tahu tentang khasiat susu ibu terhadap bayi. Di sini mamanet ingin dedahkan tentang rahsia manfaat susu ibu kepada bayi dan ibu itu sendiri. Perlu dijelaskan di sini bahawa susu ibu bukan satu produk dari kilang. Ibarat tekan butang dan susu keluar dari pangkal ke hujung. Tidak sama sekali!
Penghasilan susu ibu ialah satu proses sebagaimananya terciptanya bayi. Berikut ialah 5 manfaat susu ibu:
- Hubungan darah
Tidak kira miskin atau kaya, susu ibu tidak boleh dijual beli. Tapi anda boleh mengupah orang menyusukan bayi anda jika anda tidak ada susu atau sakit.
Bila bayi anda menyusu pada orang yang sama {hingga 3 kali kenyang atau lebih}, secara automatik wanita itu bergelar ibu susu (ibarat hubungan darah) kepada bayi anda.
Bayi anda bertuah kerana punya keluarga besar. Itulah maksudnya betapa tingginya nilai ‘susu ibu’.
Mungkin ada yang takut anak mereka tidak boleh berkahwin dengan anak ibu susuan. Tolonglah jangan berfikiran sempit.
Dalam dunia ini ada beratus juta manusia. Minta saja dia tidak jatuh cinta pada abang atau adik susuannya. Sediakan bukti lengkap dan jangan putuskan hubungan hingga bila-bila.
- Mesin masa
Susu ibu ialah ‘time machine’ bagi bayi. Susu ibu untuk bayi berusia sehari berbeza dengan susu ibu untuk bayi sebulan. Begitulah sempurna dan indahnya ciptaan Tuhan. Susu ibu untuk bayi sehari mengandungi lebih banyak lemak.
Susu ibu pada waktu pagi, tengah hari dan malam juga berlainan. Ibarat hidangan sarapan, makan tengah hari dan malam. Setiap satunya mengandungi komposisi zat yang berbeza-beza.
3. Cepat pulih
Dengan menyusukan bayi, rahim ibu akan cepat kecut dan membantu mempercepatkan pemulihan organ peranakan. Ibu dapat mengelakkan diri daripada mengalami masalah pendarahan selain daripada membantu tubuh cepat kembali pada bentuk asal.
4. Lebih sihat
Kerap menyusukan bayi akan membuatkan ibu cepat berasa dahaga. Dengan minum banyak air, ibu akan lebih sihat dan dapat menghasilkan lebih banyak susu. Ibu juga dapat mengelakkan masalah dehidrasi.
Bahkan ramai ibu yang banyak susu sedia mendermakan susu mereka kepada bayi yang tidak berpeluang mendapat susu ibu daripada ibu mereka (atas pelbagai sebab).
5. Eksklusif
Eksklusif sehingga 6 bulan. Percaya atau tidak, susu ibu ialah makanan lengkap bayi selama 6 bulan. Kiralah berapa banyak anda jimat tanpa membeli susu formula selama enam bulan. Bayangkan saat kemelesetan ekonomi ini, betapa anda bijak membuat keputusan (untuk makluman harga susu formula agak mengerikan).
Bahkan selepas 6 bulan anda masih meneruskan susu ibu bersama makanan pejal. Anda juga boleh memperkenalkan bayi anda dengan susu segar berbanding susu formula.
Topik susu ibu ini memang menarik untuk dibincangkan. Mamanet berharap agar pasangan yang bersedia untuk berkahwin dan telah berkahwin sering membincangkan hal ini dengan serius. Tolong jangan guna lagi alasan tidak tahu selepas ini, ya.
Semoga artikel rahsia penyusuan susu ibu ini bermanfaat kepada anda semua.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]