Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
tips sihat

INILAH 7 TIPS SIHAT SEBELUM TIDUR YANG SEPATUTNYA KITA AMALKAN

Posted on 03/13/201703/13/2017 by 123mamanet

Jika kita mengamalkan tips sihat ataupun gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sudah pasti kita memiliki badan yang lebih sihat dan mempunyai stamina yang kuat.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA TIPS SIHAT SEBELUM TIDUR YANG WAJAR KITA PRAKTIK:

Rajin bersenam, pengambilan makanan yang sihat dan tidur yang mencukupi pada malam hari merupakan kunci penting gaya hidup sihat.

Ada beberapa tips sihat yang sebaiknya kita lakukan sebelum melelapkan mata. Lagipun ramai di antara kita yang selalu mengabaikan kesihatan badan kerana terlalu sibuk bekerja, malas bersenam  dan lebih teruk lagi suka berjaga hingga larut pagi.

Berjaga pada setiap malam tidak baik untuk kesihatan kerana malam merupakan waktu terbaik untuk merehatkan badan dan juga fikiran.tips sihat

BERIKUT BEBERAPA TIPS SIHAT SEBELUM TIDUR YANG WAJAR KITA PRAKTIK:

1.KEMAS TEMPAT TIDUR

Segala habuk atau debu lembut yang melekat di cadar tentunya tidak bagus untuk sistem pernafasan kita  dan boleh menyebabkan penyakit asma.

Mengemas cadar dan membuang habuk pada cadar sebelum tidur sangat disarankan. Cucilah cadar, selimut dan sarung bantal paling kurang dua minggu sekali, atau sebulan sekali.tips sihat

  1. MINUM AIR MASAK

Jangkamasa waktu yang relatif lama untuk tidur pada malam hari mengakibatkan badan tidak mendapat pengambilan cairan dalam waktu yang lama.

Pengambilan segelas air masak sebelum tidur bukan setakat mampu membantu membakar kalori. Bahkan turut membantu keseimbangan hormon, tahap energi, otot dan juga sendir-sendi. Ianya akan membantu kita berasa lebih relaks sehingga tidur kita pun menjadi lebih lena.

Minum air masak juga boleh menjadi cara untuk membersihkan toksin yang berasal dari makanan, persekitaran dan faktor lain. Ia akan dikeluarkan melalui pembuangan air kencing.

Jadi, sebab itulah kita sarankan untuk minum segelas air masak sebelum tidur. Tetapi sebaiknya dilakukan sejam sebelum tidur supaya air tersebut dapat diserap oleh tubuh terlebih dahulu.tips sihat

  1. ELAKAN MAKAN MAKANAN DAN MINUMAN BERKAFIEN

Makanlah makanan yang sihat secukupnya dan cuba hindari juga minuman yang mengandungi kafien.

Kafien bukan hanya pada kopi atau soda, tetapi juga ada pada teh dan juga ubat yang boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk tidur.

Hindari pengambilan minuman tersebut sebelum tidur, paling kurang lapan jam sebelumnya.

tips sihat

  1. JAUHKAN GAJET DARI TEMPAT TIDUR

Telefon bimbit atau mp3 player pasti akan menganggu waktu tidur kita. Jadi, letaklah di meja atau di tempat-tempat yang tidak mampu dijangkau dari tempat tidur kita.tips sihat

  1. REHATKAN BADAN DAN TENANGKAN FIKIRAN

Jika kita berhasrat untuk masuk tidur pada jam 10.00 malam, hentikan sebarang aktiviti atau segala kerja lebih awal.

Biarkan badan serta fikiran anda berehat sejam sebelum itu. Tidur yang mencukupi dan teratur merupakan salah satu tips sihat yang wajib dilakukan oleh semua wanita.

Untuk itu, cubalah untuk tidur pada malam hari paling kurang 7-8 jam pada setiap malam.tips sihat

  1. PADAMKAN LAMPU

Tidur malam dengan tidak memang lampu atau menggunakan lampu yang samar sangat bagus untuk kesihatan badan dan membuatkan tidur kita menjadi lebih selesa dan nyenyak.

Tidur dalam keadaan gelap mampu meningkatkan kemampuan otak berfikir serta menghindari sifat lupa.

Di samping itu, tidur dalam keadaan lampu yang cerah juga akna menghalang pengeluaran hormone melatonin, sehingga muncul beberapa masalah kesihatan kerananya.tips sihat

  1. BANGUN AWAL PAGI

Biasakan diri untuk bangun awal pagi. Ianya sangat penting dan bagus untuk memulakan gaya hidup sihat seperti bersenam pagi, mandi serta melakukan aktiviti yang menyihatkan.

Bersenam juga merupakan salah tips sihat yang seharusnya dilakukan oleh semua wanita. Apatah lagi, jika usia kita sudah semakin bertambah atau mencecah usia 30 tahun, kegiatan fizikal seperti bersenam ini sudah mula diketepikan.

tips sihat

Itulah  beberapa tips sihat yang sebaiknya dipratik sebelum tidur. Semoga bermanfaat!

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar

Recent Posts

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme