Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
gatal-gatal pada kulit

INI DIA PENYEBAB DAN CARA MENGATASI GATAL-GATAL PADA KULIT KETIKA MENGANDUNG

Posted on 04/12/201704/12/2017 by 123mamanet

Gatal-gatal pada kulit ketika mengandung adalah perkara yang normal dan biasanya muncul di trimester ketiga (7-9 bulan).

Isi Kandungan hide
1 APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA PERKARA INI TERJADI? MAMANET KONGSIKAN BEBERAPA CARA MENGATASI GATAL-GATAL PADA KULIT KETIKA MENGANDUNG. SELAMAT MENCUBA!

Gatal gatal pada kulit ibu mengandung biasanya terjadi di sekitar perut dan payudara. Ini disebabkan oleh perubahan hormon. Peningkatan hormone chorionic gonadotropin dan hormone estrogen sering menjadi penyebab utama timbulnya gangguan kesihatan ini.

Regangan yang terjadi pada kulit disebabkan semakin membesarnya payudara dan perut juga boleh menjadi penyebab gatal-gatal pada kulit ibu mengandung.

Namun, tidak semua ibu mengandung yang merasakan kegatalan ini. Masalah gatal-gatal pada kulit ibu mengandung biasanya muncul pada trimester ketiga kehamilan.

Gejala ini akan terus menjadi parah seiring dengan perkembangan tahap kehamilan.  Apatah lagi, jika dibiarkan begitu sahaja. Rasa gatal tersebut akan jadi semakin menggila dan tentunya sangat menganggu aktiviti harian ibu mengandung.

Rasa gatal ini berbeza-beza pada setiap ibu mengandung, dan kerap menyerang di kawasan perut, payudara, paha, leher  kaki lengan dan punggung.

Selain itu, kegatalan tersebut juga boleh menyebabkan timbulnya rasa kebas, ruam dan kemerahan. Ada juga ibu mengandung yang berhadapan dengan bintik-bintik seperti kesan digigit serangga.

  • Anda mungkin mahu mencuba alternatif lain seperti menggunakan kulit pisang.
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_self”]

gatal-gatal pada kulit

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN JIKA PERKARA INI TERJADI? MAMANET KONGSIKAN BEBERAPA CARA MENGATASI GATAL-GATAL PADA KULIT KETIKA MENGANDUNG. SELAMAT MENCUBA!

  1. LIDAH BUAYA

Ternyata khasiat lidah buaya boleh digunakan untuk mengatasi masalah gatal gatal pada kulit ibu mengandung yang berkesan dan tidak memberikan efek sampingan.

Kita hanya perlu mengambil beberapa tangkai lidah buaya dan ambillah cairan lendir atau gelnya. Sapukan secara merata pada kawasan yang terasa gatal. Insya-Allah kegatalan yang menganggu akan segera hilang.

gatal-gatal pada kulit

2. LOSYEN PELEMBAB ATAU BODY BUTTER

Pelembab kulit ataupun body butter boleh menjadi ubat gatal untuk ibu mengandung kerana dapat menghidrasi kulit sehingga boleh mengurangkan rasa gatal dan kulit kering.

Sapukannya secara teratur pada badan untuk  menjaga keanjalan kulit, khusunya pada bahagian yang mengalami peregangan ketika mengandung seperti perut, punggung, paha dan payudara.gatal-gatal pada kulit

  1. MINUM AIR MASAK SECUKUPNYA

Salah satu penyebab gatal pada ibu mengandung adalah kerana kulit yang terlalu kering.

Jadi, minumlah air masak secukupnya supaya dapat menjadi solusi ubat gatal untuk ibu mengandung yang berkesan dan murah.gatal-gatal pada kulit

  1. JANGAN PAKAI PAKAIAN KETAT

Pakailah pakaian yang longgar dan daripada bahan cotton. Kain cotton memiliki sifat menyerap keringat yang melekat pada badan sehingga dapat mengurangkan rasa gatal pada badan ibu mengandung.

Pakaian longgar juga cukup membantu mengatasi masalah gatal tersebut. Pakaian yang longgar akan membuatkan peluh yang melekat pada badan akan lebih cepat menyerap kerana pengaliran udara di sekitar kulit yang dibaluti oleh pakaian longgar.gatal-gatal pada kulit

  1. MINYAK ZAITUN

Sapukan perut dengan minyak zaitun. Kandungan yang terdapat pada minyak zaitun dipercayai dapat melembabkan dan melembutkan kulit.

Sapukan sedikit minyak zaitun ke bahagian perut secara merata setiapkali selepas mandi. Cara ini dapat membantu mengurangkan rasa gatal pada perut ibu mengandung.

gatal-gatal pada kulit

Itulah beberapa cara mengatasi gatal-gatal pada kulit ibu mengandung. Jika keadaan tersebut masih terus berlarutan, segeralah membuat pemeriksaan doktor. Pastikan anda mendapatkan ubat yang selamat untuk anda dan juga bayi dalam kandungan. Di samping itu, jangan lupa menjaga kebersihan tubuh badan ya!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme