Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
tips percutian bajet

10 TIPS PERCUTIAN BAJET YANG MEMANG BOLEH BUAT KITA JIMAT HABIS!

Posted on 04/14/201704/14/2017 by 123mamanet

Tips Percutian Bajet. Macam mana caranya? Nak juga tahu supaya dapat bercuti dan besoknya tak makan pasir!

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT 10 TIPS PERCUTIAN BAJET YANG BOLEH DIIKUTI SUPAYA PERJALANAN CUTI-CUTI KITA MENJADI LEBIH MENARIK DAN SERONOK!

Bagi  yang memang suka travelling, sudah pasti bercuti atau berjalan-jalan merupakan keperluan yang wajib untuk dipenuhi. Cukup, tak cukup duit, bercuti tetap ‘on’. Apa sahaja cara digunakan, termasuklah ‘mengikat perut’ bagi melunaskan hasrat untuk bercuti.

Namun, bagi kita yang kerap ‘poket kering’ atau ‘cukup-cukup makan’ sahaja, jangan susah hati ok.

Bercuti tidak semestinya perlu duit yang bertimbun, yang penting boleh dinikmati, menambah pengetahuan, hubungan dengan keluarga juga bertambah erat dan mampu menghilangkan stres.

  • Anda mungkin mahu tahu mengenai tips melancong yang penting selain duit…
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET (HARIAN WANITA)” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

tips percutian bajet

BERIKUT 10 TIPS PERCUTIAN BAJET YANG BOLEH DIIKUTI SUPAYA PERJALANAN CUTI-CUTI KITA MENJADI LEBIH MENARIK  DAN SERONOK!

  1. TENTUKAN DESTINASI

Perkara pertama yang perlu kita lakukan, ketahui atau tentukan destinasi yang ingin kita bercuti.

Tak perlu memaksa diri untuk bercuti sampai ke luar negara. Masih banyak lagi destinasi percutian menarik dan mengagumkan di Malaysia ini.

Sebenarnya ramai di antara kita yang bercuti, tetapi binggung apabila tiba di destinasi percutian. Ini adalah kerana sebelum pergi bercuti, mereka tidak mengambil tahu langsung tentang destinasi tersebut. Padahal, lokasi atau destinasi percutian pilihan boleh saja di survey di internet atau buku-buku perlancongan.

Sebaiknya pilih tempat bercuti yang unik, seronok dan mempunyai banyak keistimewaan. Jangan sampai kita pergi ke destinasi yang tidak menarik, kurang diminati dan belanjanya mahal!tips percutian bajet

  1. BUAT ANGGARAN BAJET

Bercuti tanpa membuat anggaran bajet boleh menimbulkan masalah tersendiri di belakang hari.

Menentukan had pengeluaran atau perbelanjaan di permulaan adalah perkara penting dalam merancang agenda percutian.

Jika kita ingin lebih berjimat, kita boleh menghadkan pengeluaran atau perbelanjaan sepanjang percutian. Gunakan duit secukupnya sahaja mengikut keperluan ketika itu.tips percutian bajet

  1. PILIH PENGANGKUTAN YANG EKONOMI

Tips percutian bajet menyarankan agar kita bijak dalam membuat pilihan soal pengangkutan.Jangan hanya terpaku atau rasa seronok untuk menaiki kapal terbang, kecualilah kita tak ada pilihan lain.

Jika destinasi pilihan kita itu boleh dilalui dengan menggunakan jalan darat, gunakannya untuk lebih jimat.

Cari atau pilih pengangkutan yang selesa dan ekonomi sepanjang percutian.tips percutian bajet

  1. TEMPAT PENGINAPAN MURAH

Carilah tempat-tempat penginapan atau hotel yang murah meriah. Kita boleh mencari informasi tersebut dari berbagai cara, di internet dan sebagainya

Carilah tempat menginap atau hotel yang ada promsi atau diskaun. Menginap dua malam, percuma semalam dan sebagainya. Atau ketika kita menginap di situ, disediakan makanan percuma.
Selain membantu kita lebih berjimat ketika bercuti, ianya pasti akan jadi lebih menyenangkan dan menarik.tips percutian bajet

  1. JIMAT BAB MAKAN MINUM

Tips percutian bajet yang seterusnya adalah mencari tenpat makan yang murah.  Ini penting untuk menjimatkan segala perbelanjaan ketika bercuti.

Jangan asyik nak makan di tempat yang mewah dan mahal sahaja. Sebaliknya carilah yang murah, bersih dan boleh mengenyangkan Warung pun, warunglah janji boleh menjimatkan bajet kita!tips percutian bajet

Semogo tips percutian bajet yang boleh membantu kita dan menjadi alternatif supaya cuti-cuti kita menjadi lebih jimat dan menyeronokkan.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme