Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
bibir sihat

Bibir Sihat Dan Tidak Lebam. Ini Caranya!

Posted on 05/11/202308/30/2023 by 123mamanet

Bibir sihat merupakan aset penting wajah kita. Bibir sihat bermakna bebas daripada masalah bibir kering, mengelupas ataupun pecah-pecah. BK kulit pada bibir kita retak, mengelupas dan juga berdarah.Bibir kering juga boleh disebabkan oleh pelbagai macam faktor.

Isi Kandungan hide
1 Bibir Sihat Jadi Idaman
2 Punca Utama Kepada Bibir Jadi Tak Sihat
2.1 Dehidrasi
2.2 Menjilat dan Menggigit Bibir
2.3 Makanan Pedas Atau Masin
2.4 Kekurangan Zat
3 9 Cara Boleh Dilakukan Untuk Bibir Kembali Sihat

Bibir Sihat Jadi Idaman

Bibir mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan transparent. Berbeza dengan kulit muka, bibir tidak mempunyai kelenjar minyak.Jadi, sebab itulah bibir lebih mudah kering dan pecah-pecah. Kurangnya kelembapan adalah penyebab utama bibir kering dan pecah-pecah.

bibir sihat

Punca Utama Kepada Bibir Jadi Tak Sihat

Dehidrasi

Ia boleh menganggu keseimbangan mineral semulajadi dalam badan, menyebabkan kerosakan. Bukan hanya pada sistem organ dalam badan, namun turut memberikan efek negatif pada kulit kita.

Dehidrasi menimbulkan efek seperti pening, sakit kepala, sembelit, penurunan pengeluaran air kencing, mulut dan bibir kering.

Di samping itu, dehidrasi yang parah juga boleh menyebabkan tekanan darah menjadi rendah, demam, sesak nafas dan jantung berdebar-debar.

Menjilat dan Menggigit Bibir

Biarpun menjilat bibir boleh memberikan kelembapan sementara, tetapi air liur yang berpindah dari mulut ke bibir kita akan membuatkan lapisan kulit bibir kita menjadi semakin nipis dan menghilangkan kelembapan semulajadinya.

Air liur mengandungi enzim yang berfungsi untuk membantu kita menghadamkan makanan dan bukannya sebagai pelembab tambahan untuk bibir kita.

Jadi, solusi terbaik untuk mendapatkan bibir sihat dan bebas daripada masalah kekeringan, hentikan kebiasaan menjilat bibir.

Kebiasaan mengggigit bibir juga boleh menganggu kesihatan bibir. Ketika kita menggigit bibir, gigi akan mengetip bibir, secara tak langsung akan membuatkan lapisannya terkoyak dan retak serta berdarah.

Makanan Pedas Atau Masin

Jika kita kerap mengalami masalah bibir kering dan pecah-pecah, sebaiknya kurangkan pengambilan makanan masin.

Garam yang terkandung dalam makanan masin boleh membuatkan lapisan kulit bibir lebih sensitif dan menyebabkan peradangan. Begitu juga dengan makanan pedas.

Solusi terbaik bagi mendapatkan bibir sihat serta tidak kering dan pecah-pecah, perbanyakkan pengambilan buah- buahan dan sayur-sayuran yang boleh mengembalikan keseimbangan pH tubuh.

Kekurangan Zat

Bibir kering juga boleh menjadi tanda bahawa badan kita kekurangan nutrisi tertentu seperti kekurangan pengambilan asid folik dan  fiboflavin atau vitamin B2.

Di samping itu, bibir yang kekurangan vitamin C dan E  boleh menjadikan bibir kelihatan kusam dan tidak segar.

9 Cara Boleh Dilakukan Untuk Bibir Kembali Sihat

  1. Perbanyakkan dan pastikan kita cukup minum air masak. Paling kurang 8 gelas pada setiap hari.
  2. Hindari pemakaian lipstik yang mengandungi pewarna sintetis atau bahan yang berbahaya serta tidak sesuai dengan bibir kita.Jangan mudah tergoda dengan harga murah yang ditawarkan, sedangkan lipstik tersebut hanya membuatkan bibir kita rosak.
  3. bibir sihat
  4. Ambil makanan yang mengandungi vitamin B dan C supaya dapat membantu merawat bibir sihat dan terjaga.
  5. Pakai pelembab bibir atau lip balm supaya bibir selalu lembab dan terhindar dari kekeringan.

    pakai lip balm untuk elak bibir kering

  6. Gunakan berus gigi berbulu lembut atau tuala kecil yang lembut untuk membersihkan sel-sel kulit mati yang membuatkan bibir kita kering. Setelah itu, pakailah pelembab bibir.
  7. Petua paling mujarab ialah sapu Vaseline setiap kali selepas anda mencuci muka, selepas makan, sebelum tidur atau apabila bibir terasa kering.
  8. Untuk menghindari bibir kering dan menghitam hindari kebiasaan merokok, dan juga pengambilan kafein yang berlebihan.
  9. Agar bibir sihat dan tidak kering, dan pecah-pecah, jaga kebersihan mulut dengan penggunaan ubat kumur yang sesuai dengan kulit bibir.
  10. Jangan terlalu kerap makan makanan yang pedas dan panas kerana ia akan merangsang kulit bibir menjadi lebih kering dan hitam.

Paling penting anda perlu elakkan iritasi pada bibir dengan tidak melakukan perkara-perkara yang menyebabkan bibir kering. Amalkan 9 petua di atas untuk bibir sihat.

Baca Juga : Buat Srub Bibir Sendiri. Jom Cuba!

  • Anda Mungkin Ingin Tahu 10 Cara Untuk Melembabkan dan Memerahkan Bibir

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme