Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
peminum kopi

Peminum Kopi! Ada Berita Baik Untuk Anda!

Posted on 01/15/201706/19/2020 by 123mamanet

Adakah Anda Peminat & Peminum Kopi? Jika jawapan anda adalah Ya, anda sememangnya peminum kopi, teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai minuman kegemaran anda!

Isi Kandungan hide
1 Sebagai peminum kopi pasti anda mempunyai secawan kopi di tangan anda!
2 Ini membawa kita ke fakta terakhir, iaitu cara-cara unik bagi si peminum kopi menikmati kopi mereka.

 

Sebagai peminum kopi pasti anda mempunyai secawan kopi di tangan anda!

 

  1. Hei, anda ingin kurus? Minum kopi hari ini!

Tahukah anda bahawa konsumsi kopi boleh meningkatkan metabolisme seseorang dari 3% hingga 11%! Terdapat kajian yang membuktikan terdapat bahan kimia di dalam kopi yang mengandungi kekuatan untuk membantu pembakaran lemak! Bukan sahaja lazat untuk diminum, kopi turut membantu pembakaran lemak. Jadi ada sebab untuk anda jadi peminum kopi!

 

 

  1. Harga secawan kopi lebih mahal dari harga satu liter petrol

Rakyat Malaysia memang jenis yang sensitif dengan harga dan kita sering membuat pilihan melalui nilai yang kita terima dari sesuatu produk yang kita beli. Tapi tahukah anda, ramai yang sanggup membayar harga yang mahal untuk secawan kopi di kedai kopi ternama seluruh negara! Tapi setiap kali 1 hb dan harga minyak naik, masih ramai yang beratur di stesen minyak untuk mengisi tangki minyak penuh! Apa pendapat anda wahai peminum kopi tegar?

 

 

  1. Iklim Cerah dan panas

Pokok kopi hanya gemar cuaca yang cerah dan panas. Rupa-rupanya pokok kopi hanya tumbuh pada kawasan yang dikenali sebagai “The Coffee Belt”. Kawasan ini merupakan zon khatulistiwa paling sesuai untuk pertumbuhan pokok kopi. Pokok kopi memerlukan kandungan cahaya matahari dan kehangatan yang tinggi sama seperti cuaca semasa percutian musim panas!

 

 

 

  1. Kesan segera untuk peminum kopi

Kafein hanya memerlukan 10 minit untuk bertindak. Kajian terbaharu daripada Universiti Barcelona menunjukkan bahawa kecergasan mula meningkat dalam 10 minit, sementara kafein memerlukan 45 minit untuk mencapai kepekatan maksimum di dalam badan.

 

  1. Jenis makanan juga penting

Mengenalpasti makanan yang paling padan dengan kopi anda (atau sebaliknya) memerlukan kemahiran. Tip – hidangan manis akan menjadikan kopi anda terasa pahit manakala hidangan yang rasa manis buah akan menyebabkan kopi anda terasa lebih manis. Cuba untuk tidak mengambil makanan berempah atau makanan dengan perisa kuat sebelum meminum kopi.

 

peminum kopi

Ini membawa kita ke fakta terakhir, iaitu cara-cara unik bagi si peminum kopi menikmati  kopi mereka.

 

[btn text=”GUNA KOPI UNTUK CANTIK, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/kulit-mulus-dengan-skrub-kopi/” target=”_blank”]

 

10 cara untuk peminum kopi menikmati kopi mereka

  1. Senarai ini bermula dengan cara yang paling popular – kopi yang dibancuh dengan susu pekat

 

  1. Bukan peminat minuman manis? Maka anda patut memesan Kopi ‘Min-Tim’ lain kali apabila anda berada di kedai kopi – Kopi kurang manis!

 

  1. Bagi mereka yang inginkan dos kafein yang lebih tinggi, cubalah ‘Cham’ yang disedia menggunakan kopi, teh dan susu pekat.

 

  1. Kopi-C merupakan gabungan kopi, susu sejat dan gula.

 

  1. Tidak mahukan gula? Pesanlah Kopi-C-Kosong – ia hanya mengandungi kopi dan susu sejat.

 

  1. Bagi mereka yang agak mementingkan kesihatan, anda mungkin boleh memilih Kopi-O. Ia hanya mengandungi kopi dan gula. Anda juga boleh meminta gula dikurangkan.

peminum kopi

  1. Jika anda berdiet, Kopi-O-Kosong sesuai untuk anda. Hanya kopi tanpa sebarang gula!

 

  1. Ini mungking susah untuk disebut – ‘Kopi-Yin-Yong-Lai’ merupakan kopi yang dibancuh dengan sedikit susu pekat dan susu sejat

 

  1. Jika anda memerlukan minuman perangsang yang lebih berkesan, ‘Kopi-Gao’ adalah pilihan anda! Kopi yang pekat dan susu pekat akan memberikan anda tenaga untuk sepanjang hari

 

  1. Anda boleh memesan ‘Kopi-Beng’ pada hari yang panas kerana ia adalah kopi dan susu pekat yang ditambah dengan ais. Minta lebih ais jika ia hari yang amat panas!

 

Begitu banyak cara untuk menikmati kopi! Sementara anda boleh menikmati minuman-minuman ini apabila tiada kekangan masa, kami mempunyai pilihan alternatif untuk mereka yang kekurangan masa.

 

peminum kopi

Digemari oleh pengunjung mamak di Malaysia, NESCAFÉ® Tarik mempunyai rasa kopi berkrim dan manis yang tersendiri. Ini memberi peminum kopi pengalaman Malaysia yang unik! NESCAFÉ® Tarik kini boleh didapati dalam tin sedia minum yang anda boleh nikmati bila-bila masa dan di mana jua anda berada.

 

Dapatkan satu tin NESCAFÉ® Tarik dan nikmati rasa kopi yang sedap lagi harum yang anda kenali – diadun dengan susu pekat untuk kemanisan secukup rasa dan ditarik seperti mana yang anda sukai.

 

Dengan harga yang sangat berpatutan, NESCAFÉ® Tarik merupakan minuman ideal bagi mereka yang sibuk.  Kini, semua orang dapat menikmati kopi pada bila-bila masa dan di mana jua. Kini, semua orang boleh #TarikManaMana dan anda mungkin berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dari NESCAFÉ®!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme